Suntikan Hepatitis B Pada Usia 6 Bulan

6/09/2012 01:33:00 PTG 4 Comments

Kebetulan semalam usia Harraz dah cukup 6 bulan so balik dari koje terus bawa dia gi klinik untuk buat suntikan dengan timbang..


Sampai-sampai je takda pesakit yang sedang menunggu so lepas register je terus aku yang masuk jumpa doktor.. Doktor tanya dah berapa bulan... Aku cakap dah masuk 6 bulan.. Dah tu doktor tu kata usia 6 bulan takda suntikan.. Dah tu cik malarang cakap hari tu doktor yang suntik dia masa 5 bulan kata, masa 6 bulan nanti baru buat suntikan Hepatitis B...


Menurut kata google... Hepatitis B adalah sejenis Virus yang boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan. Jadi untuk mengelakkan dari terkena jangkitan virus tu.. Suntukan vaksin seawal usia bayi 5 bulan perlu diberikan..


Tapi untuk Harraz ni aku bagi suntikan pada usia 6 bulan.. Doktor kata takda masalah nak bagi suntikan pada usia 6 bulan.. Sebab masa usia 5 bulan ada suntikan lain.. So tak nak bagi suntikan serentak...


Alhamdulillah setakat hari ni belum ada tanda-tanda beliau nak demam.. Hope tak ada masalah demamlah lepas ni.. Lagi pun suntikkan sebelum ni pun memang dia tak demam.


Bab berat ni semalam aku timbang hanya naik dalam 500gram je.. Jadikan  berat dia Sekarang 6.8kg.. Ingatkan dah cecah 7kg.. Macam mana tak naik2 beratnya setiap kali minum mesti tak habis.. Kekadang tu kena paksa baru nak habiskan..


Lepas ni tunggu setahun baru gi suntik lagi ye harraz... Sekarang dah bermulalah fasa makan benda2 pejal selain susu ibu.. Malam semalam kita orang dah start bagi si comel ni makan benda pejal.. Sungguh mencabar nak bagi dia makan..


Kalau nak tahu makanan pejal pertama apa yang Harraz makan?... Kena terus setia bersama blog ni.. Entri seterusnya akan menyusul... Oklah nak tidurkan anak sat meragam pulak nak tidur ni... Mama dia dah nak nangis tu.. He3..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. Tengok HARRAZ nampak sangat la periang selalu...

    BalasPadam
  2. geram tgk pipi Harraz. montel je..

    BalasPadam
  3. tengok sikit masa lagi.. bila dah berjalan.. =)

    BalasPadam
  4. Sukanya harraz nak kena cucuk....

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..