Sesi Terjah Restoran Nasi Kukus Shah Alam

6/12/2012 09:02:00 PTG 10 Comments

 

Salam semua,

Rasanya sapa yang ada follow entri di blog Denaihati mesti pernah baca pasal Restoran Nasi Kukus baru di Shah Alam yang baru dibuka awal bulan ni.

Memang sejak aku baca entri beliau aku dah cakap dengan cik malarang yang mana kalau ada masa free nanti nak gi makan dekat sana.. jadi kebetulan bulan ni cik malarang memang ada final exam dekat seksyen 7 Shah Alam.. jadi rasanya rugi tak pergi sebab dah dekat dengan kawasan exam cik malarang tu.

Mulanya aku nak ajak cik malarang gi Restoran Mee Ketam Kuala Lumpur Seksyen 7.. sekali aku sampai kedai tengah renovate pulak so melepas nak rasa Mee ketam…(ni semua Mat Tiang yang buat aku mengidam.. hehehe) jadi untuk mengubati kekecewaan terus tengok map dekat google jalan nak ke Restoran Nasi Kukus yang bro Denaihati cerita tu..

Nasi Kukus Shah Alam 1

Alhamdulillah dengan bantuan smartphone ditangan akhirnya lokasi yang ditujui telah dijumpai.. dari jauh dah nampak papan tanda Nasi Kukus… hehehe.. mula-mula tengok dari jauh wah boleh tahan kedai baru ni.. 2 lot sekali kedai dibuatnya kedai makan ni..

Nasi Kukus Shah Alam 2

Tanpa melengahkan masa terus berjalan menuju ke restoran.. masa sampai tu kedai kosong lagi cuma ada sepasang customer yang tengah tunggu order.. masa tu ayam pun tengah siap digoreng.. jadi terus cari meja yang selesa dan meja No. 2 menjadi pilihan.

Tak lama lepas tu pelayan pun sampai.. kami terus order 2 Nasi kukus.. satu ayam goreng bahagian dada dan satu lagi bahagian peha..

 Nasi Kukus Shah Alam 3

Nasi Kukus Ayam Berempah bahagian dada ni aku punya… nampak dari persembahan menarik..

Nasi Kukus Shah Alam 4

Apa lagi acara menjamu juadah pun dirasmikan oleh cik malarang.. nyumm.. nyumm

Nasi Kukus Shah Alam 5

Secara keseluruhan oklah boleh tahan cuma apa yang aku nak cadangkan tu kalau boleh kuah tu kalau pekat dan ada kari nenas lagi menarik.. ayam goreng tu kalau rempah ratus dia lagi banyak pun lagi menarik juga..

Harga untuk nasi kukus ayam berempah ni RM6.90.. manakala harga air carrot susu aku RM4.00  (pandangan peribadi aku agak sedikit mahal kot.. tapi boleh tahan sedap)

Sedikit tambahan cadangan lagi buat pemilik restoran ni.. kalau boleh harga air tu dapat dikurangkan sedikit mungkin dapat menarik pelanggan datang berulang kekedai tu.. :-)

Nasi Kukus Shah Alam 6

So andai kata korang datang ke Shah Alam dan nak cari lokasi untuk menjamu selera.. kedai Nasi Kukus ni aku cadangkan untuk korang terjah.. memang terbaik!!!!

Apa pun terima kasih buat Denaihati sebab perkenalkan kedai ni..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

10 ulasan:

  1. bila le nak pi shah alam lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak gi shoping boleh je terjah bro.. He3

      Padam
  2. kat area mana ek? sy dok shah alam pn x tepergi lagi.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kedai ni baru je buka.. Kawasan kedai bersih dan selesa... Ni tempatnya.. Restoran Nasi Kukus yang terletak di no 16, Jalan Opera L 2U/L, Taman TTDI Jaya, Shah Alam.

      Padam
  3. Dah foward link entri kepada bos besar Restoran Nasi Kukus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq bro.. Semua komen dan cadangan tu adalah komen membina.. Insyaallah mungkin akan terjah lagi pada masa akan datang.. Sbb sy memang peminat nasi kukus ayam berempah ni.. He3

      Padam
  4. ahhaaa.. sempat ke sana dah yea... btw, hope komen itu komen membina.. terbaikk!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulan bulan ni cik malarang ada exam.. Tu yang terus terjah.. Apa pun ayam goreng dia licin aku kerjakan.. He3. .. Lepas makan baru bagi komen yang membina...

      Padam
  5. Berselera pulak aku baca review bro kali nie... anyway gambar tu amik ngan NOTE ke...? memang cantik laa.... cuma aku rasa kalu nak kekalkan gaya masakan pantai timur kari tu diorang tak letak nenas...hehehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dslr takda bro.. Pakai note je.. He3.. Oh yeke nenas takda dlm masakan kari untuk pantai timur.. Aku tak tahu pulak... He3.. Mungkin tekak aku je yang nak rasa nenas kari ni.. He3

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..