Public Phone Masih Releven Atau Sebaliknya

6/21/2012 10:18:00 PG , 7 Comments

 

Salam semua,

Public Phone

Masih cantik tapi status “Rosak”.. rasa-rasa dekat mana ni ye?

Public Phone atau nama mudahnya Telefon Awam kalau sebelum ni menjadi satu media komunikasi yang penting untuk berhubung dengan sesorang.. tapi bila teknologi dah berubah kepada Handphone fungsi Public Phone semakin dilupakan.

Rata-rata mana-mana tempat yang aku pergi kalau ternampak Public Phone ni.. mesti semuanya dah tak sempurna.. ada yang ganggang dah takda.. ada yang tinggal rangka dan paling tidak sebagai aksesori je  melekat dekat dinding atau tiang-tiang ditepi jalan..

Masih aku ingat lagi sebelum tahun 2000 ramai rakan-rakan aku yang suka bergayut dekat public phone ni untuk bersembang dengan makwe-makwe masing-masing.. sampaikan ada yang nakal tu tak masukkan duit pun.. tapi boleh sembang berjam-jam dekat public phone tu..

Zaman tu tak ramai lagi yang pakai handphone so kalau nak menyembang public phone nilah jadi mangsa.. paling malang bila time giliran kita nak guna waktu kecemasan status dekat public tu tertera “emergency call”.. nampak nah mamat yang guna sebelum ni baru lepas curi line.. (macam ada pengamalan je bro.. hehehe)

Pada pandangan korang masih relevenkah Public Phone pada zaman sekarang ni?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. macam kat hospital je?

    relevan jugak..sbb hari tu tertinggal hp, nasib baik ada public phone boleh call :) tapi jangan lupa bawa syiling lah ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye dekat hospital salah satu cawangan KPJ.. semuanya rosak.. siap dah tulis rosak dekat public phone tu..

      Padam
  2. PP masih releven. Kita tak tahu bila kecemasan berlaku.

    BalasPadam
  3. saya pernah jugak belajar2 nak curik lain. tak menjadi langsung

    BalasPadam
  4. banyak yang rosak, teringat zaman dulu2 harapkan telefon awam kan untuk berinteraksi

    BalasPadam
  5. hehe..masih relevan. berguna bagi aku yang hpnya selalu habis bateri..

    BalasPadam
  6. releven kat kawasan2 pedalaman dan yang memerlukan..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..