Pengorbanan Seorang Anak

6/11/2012 03:31:00 PTG 8 Comments

Selalunya kita dengar perkataan pengorbanan seorang ibu atau ayah.. Tapi jarang-jarang kita dengar pengorbanan seorang anak..


Bagi aku semalam anak aku dah berkorban untuk aku.. Iaitu berkorban masa rehatnya dekat rumah dengan terpaksa ikut aku gi opis..


Kebetulan semalam aku kena duty pagi.. Tapi last2 minute atas urusan tidak dpt dielakkan oleh partner aku... aku terpaksa menukar shift kerja pagi kepada petang..


Masa bujang memang nak dikatakan waktu kerja ni tak menentu.. Sekejab pagi.. Sekejab petang dan kekadang malam.. So lepas kawin ni memang aku dh request untuk shift pagi je..


Dan semalam merupakan pertama kali aku masuk shift petang yang mana aku bawa sekali anak bini follow.. Selamat anak aku kurang meragam.. Walaupun kekadang merenggek juga..


Memang dekat opis tu aku dera dia tak bagi tidur sampai jam 12.00 mlm sbb aku tak nak nanti dia tidur terjaga pulak time nak balik.. Tapi sebelum tu masa petang aku dah bagi dia tidur sekejab atas sofa yang hempuk.. Selamat dia lena kalau tak memang satu kerja pun tak jalan.. He3..


Kekadang tu penat juga nak bagi2kan masa dengan koje.. Family dan anak tapi dah lumrah kehidupan.. Semua perkara mesti ada cabarannya.. Kita je kena pandai bahagi2kan masa..


Hari ni aku off lagi.. Sebab masih kena hantar isteriku untuk exam Pjj.. Semoga aku terus diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menjaga keluargaku yang tercinta... Amin.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

8 ulasan:

  1. kalau hubby kerja hari sabtu dulu2 rajin jugak ikut kalau ada aktiviti lain lepas tu ;p

    BalasPadam
  2. tak pe, pegorbanan tuh akan dibalas dgn kebaikan kalau ikhlas.huhu

    BalasPadam
  3. pandainyer ayah dia siapkan tempat tido untuk Harraz..kekekekeke

    BalasPadam
  4. Adeh. Sedih lak aku baca. Teringat kat anak aku. Kalau waktu primetime 8pm-10pm tu memang susah nak mengadap komputer. Boring mak dia tak layan (main laptop), dia datang ke aku plak. Nak taknak aku shutdown la sebab by the time aku abis main, dia plak dah tidur. So, aku blogwalk time tengah malam mcm ni la nampaknya..


    Terbaru >Review - Madagascar 3 Europe's Most Wanted >Mikail Tengok Wayang >Review - Butik Wanita Anggun

    BalasPadam
  5. steady laaa bro!! daddy harraz terbaik.. sama laaa masa ilham kecik dulu. kita kena korbankan sikit

    BalasPadam
  6. Anda dipilih sebagai BLOG PILIHAN Kaki Wayang Paling Hangat!

    http://informations-the.blogspot.com/2012/06/edisi-blog-pilihan-5-blog-pilihan.html

    BalasPadam
  7. ni baru sorang kan.. huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru sorang bini.. hehehehee

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..