Muhammad Harraz Fahim Kini 6 Bulan | Mama Berjaya Buat Full Breastfeeding

6/08/2012 08:54:00 PG 16 Comments

 

Salam semua,

Tarikh 8hb Disember 2011 merupakan tarikh bersejarah buat kami sekeluarga apabila cahaya mata yang dinanti-nantikan selama ini telah lahir ke dunia ini..  dan hari ini 8hb Jun 2012 merupakan bulan ke-6 kelahiran putera sulang kami..

Muhammad Harraz Fahim 6 Bulan

Semakin hari perkembangannya semakin memberansangkan yang mana kalau sebelum ni tak pandai nak meniarap sendiri.. sekarang dah pandai meniarap sendiri sampaikan kalau baring atas tilam boleh buat pusingan 360 darjah lagi.. hehehe..

Harraz meniarap

Sekarang kalau letak dekat atas tilam memang kena pastikan sekeliling ada bantal.. kalau tak memang risau takut-takut dia jatuh dari tilam sebab sekarang pergerakkan dia semakin lasak..

Harraz Hisap ibu jari kaki

Bukan setakat pandai meniarap je.. tapi sekarang dah pandai hisap ibu jari kaki.. orang-orang tua kata kalau anak dah mula pandai hisap ibu jari kaki.. maknanya dia nak request adik lagi.. hahaha.. habislah kalau macam ni.. anak dah pandai request adik.. hehehe.

Apa pun terima kasih kepada isteriku yang tercinta kerana dalam tempoh 6 bulan ni jugalah dia bersusah payah memberikan full breastfeeding kepada anak comel kami ni.. bukan suatu perkara mudah nak mencapai sasaran 6 bulan penyusuan susu ibu sepenuhnya tanpa memberikan apa-apa makanan lain selain dari susu ibu.

Kekadang waktu aku tengah syok tidur time tulah pulak anak menangis tengah-tengah malam.. time tu jugalah dia bangun pump susu.. sungguh besar pengorbanan seorang ibu.. sebab tu syurga dibawah tapak kaki ibu.. bukan dibawah tapak kaki bapak..

Insyallah kalau ada rezeki si comel ni..kami memang dah rancang untuk bagi susu ibu sehingga usia 2 tahun.. stok susu ibu dalam peti sejuk pun dah mula nak penuh..

Esok bermulalah cabaran baru buat kami sekeluarga untuk memberikan makanan pertama buat si comel kami ni.. rasa-rasanya apa makan pertama yang sesuai untuk baby setelah usia mencecah 6 bulan ye? mengikut pengalaman korang apa makan yang korang bagi dekat anak korang.. jom kita kongsikan dekat sini sebagai panduan kita bersama..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

16 ulasan:

  1. Harraz nak adik tue.. he he..
    Aku punya peti susu dah penuh xtau nak letak mn plak nie.. he he..

    BalasPadam
    Balasan
    1. peti susu hang pun dah penuh.. hehehe

      Padam
  2. hahahahaha..baby Harraz dah mintak adik...
    kalao ada rezki, apa salahnya kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mama dia kata tunggu 2 tahun baru bagi adik.. lagi pun hari tu bersalin cara pembedahan..

      Padam
  3. bagusnya full bf :) hrp2 anak me yang kedua dpt full bf nanti. lepas ni dah boleh makan dah yer :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah.. memang dia dah tak sabar nak makan pun sebab setiap kali daddy dengan mama dia makan sebuk juga nak capai makanan kami.. hehehe

      Padam
  4. join group dalam fb - HFFYB (Homemade Food For Your Baby)...

    biasa untuk pengenalan.. bagi puri buah dulu.. untuk 'start engine'... tapi saya bagi bubur + carrot yg ditapis sbb sakinah xnak yg blend.. ikut baby..

    bnyk kena tau fasal food bby ni.. bleh study kat group tu.. nk tny2 kita pun muleh.... ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada link FB group tu tak.. saya cuba search tak jumpa.. ingat esok nak bagi anak start bagi puri pisang.. ok tak?

      Padam
    2. skali salah bg nama.. hihi.. ni link dia..

      http://www.facebook.com/groups/solidforbaby/

      puri pisang serat tinggi.. boleh jd sembelit, boleh jd over poo poo..

      selalu tgk org bg puri epal.. kupas kulit.. rebus/kukus.. blend/tapis..

      Padam
    3. ok2.. selamat gi tahu. baru nak test puri pisang.. ok2 kena tukar esok kena beli epal merah yang besarlah.. bolehkan..

      Padam
  5. tahniah. mudahan anak bro sihat dgn susu ibunya.

    BalasPadam
  6. bagus.. dan untung anak.. dapat breastfeeding sepenuhnya...
    harraz sihat dan kuat!

    BalasPadam
  7. wah harraz dh nak mintak adik..dia bosan kot bro sorg2..hehhee

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..