Menjamu Selera Di Medan Selera Bandar Sri Damansara

6/07/2012 06:57:00 PTG 3 Comments

 

Salam semua,

Mood kelaut datang lagi… idea nak menulis pun tak muncul.. dari pagi sampai petang idea takda nak tulis apa dalam ni.. Kalau korang ada idea korang bagi tahulah apa yang korang nak aku kongsi dalam blog ni ye.. hehehe

Jadi untuk tak biarkan blog ni kosong tak terupdate seharian aku nak share gambar je dekat bawah ni..

Kasi korang yang dah kenyang lapar semula.. hehehe

Restoran Mutiara Bandar Sri Damansara

Ontheway balik dari ambil cik  malarang lepas exam tadi terus singgah isi perut yang dah mula kosong.. mulanya ingat nak terjah Restoran Nasi Kukus Shah Alam yang bro Denaihati cerita tadi.. tapi aku cakap dengan wife minggu depan ajelah kita gi terjah. so yang kami terjah petang ni kedai dekat area rumah kami jelah.. Restoran Mutiara yang terletak dekat Medan selera Bandar Sri Damansara.

Kuey Teow Hailam

Yang ni menu cik malarang katanya Kueh Teow Hailam.. tengok gaya persembahan menarik.. sekali dia rasa memang menarik pun.. hehehe

Nasi Goreng Cendawan

Yang ni aku punyalah, Nasi Goreng Cendawan.. rasanya dah banyak kedai aku makan sebelum ni.. dan rata-rata setiap kali aku order Nasi Goreng Cendawan ni.. memang takda yang sama cara persembahannya.. kekadang kering je.. kekadang berkuah macam dekat atas.. tapi yang dekat atas tu aku suka..

Oklah ye aku nak rehat dulu sambil layan anak tembam aku ni… Macam mana dengan menu petang korang hari ni.. korang makan apa ye? cecita-cecita… hehehe

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. Kuey teow hailam nampak menarik...
    Persembahan mmg menarik... Macam masterchef plak...
    Lap keliling pinggang..

    BalasPadam
  2. Next time kena mintak nasi goreng cendawan berkuah.... tapi memang best mata aku tengok nie

    BalasPadam
  3. aku makan nasi USA aje.. hehehee

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..