Bercuti Di Cameron Highlands | Rumah Penginapan TNB – Part 3

6/30/2012 11:34:00 PG , , 19 Comments

 

Salam semua,

Kali ini aku nak sambung lagi celoteh percutian di Cameron Highlands yang mana aku nak sembang pasal rumah penginapan kami.

Celoteh Part 1 & Celoteh Part 2

Kos untuk penginapan 2 hari 1 malam ni kami dah save ekoran telah ditaja oleh Cik Malarang.. kebetulan company tempat cik malarang koje tu ada rumah penginapan di Tanah Rata.. so rumah tulah yang menjadi penginapan kami sekeluarga.

Kos untuk penginapan sehari di rumah penginapan tersebut adalah RM5 sahaja.. rasanya belum ada rumah penginapan yang semurah ni kot aku pernah jumpa.. dah jimat kos untuk penginapan kami..

Jom tengok rumah penginapan kami..

rumah penginapan TNB cameron highlands 3

Alhamdulillah semua family dan keluarga dari Penang dah sampai ke rumah penginapan TNB ni.. semua ada 3 kereta.. masa ni adik ipar tak sampai lagi.

rumah penginapan TNB cameron highlands 2

Pandangan dari sisi rumah penginapan TNB ni.. tengok dari luar senibinanya macam rumah dekat oversea.. hehehe

rumah penginapan TNB cameron highlands 4

Cantik dari lauranya… macam tengah bercuti dekat luar negara pulak.. hehehe

rumah penginapan TNB cameron highlands 5

Rumah terletak diatas bukit.. so kalau keluar dari rumah ni sedut udara yang nyaman.. hilang segala masalah kerja dekat opis.. hehehe

rumah penginapan TNB cameron highlands 6

Anak-anak saudara yang datang sekali pun punyalah seronok sebab dekat kawasan rumah ni ada siap dengan taman permainan.

rumah penginapan TNB cameron highlands 8

Masuk dalam rumah masing-masing terus bahagi-bahagi bilik tidur.. bilik ni aku dengan cik malarang punya.. hehehe cop dulu ye..

rumah penginapan TNB cameron highlands 7

Bilik air yang tak kurang cantiknya.. siap ada tap mandi lagi.. boleh berkubang macam badak airlah dekat sini.. hehehe.. tapi tak tahan nak mandi kerap sebab air macam ais.. sejuk sangat walaupun ada heater..

rumah penginapan TNB cameron highlands 10

Ni bilik ke-2 nak dikatakan semua bilik ada katil baby dan setiap bilik ada bilik air yang besar..

rumah penginapan TNB cameron highlands 9

Ni bilik ke-3 geng-geng lelaki tidur semua dalam bilik ni.. sebahagiannya tidur dekat ruang tamu..

rumah penginapan TNB cameron highlands 11

Ruang tamu yang besar tempat kami bersantai.. cuma masalah dekat cameron ni.. kalau takda astro channel TV boleh dapat cuma TV1 & TV2 je… huhu.. astro rumah ni takda.. malang betul.. tapi takpelah bukan datang nak tengok tv pun.. :-)

rumah penginapan TNB cameron highlands 12

Dan sebagai perasminya dekat bilik adalah si comel bambam ni… sampai-sampai rumah penginapan je terus terberak.. apa lagi mama tolong uruskan pampers.. hehehe.

Oklah ye.. update sikit-sikit dulu.. ada banyak lagi cerita.. saja kasi korang muak tengok entri Cameron ni.. hehehe.. hope korang tak muaklah baca ye.. n tengok gambar.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

19 ulasan:

  1. betul, macam rumah negara2 sejuk, siap dengan serombong heater. cantik dan semestinya ada privasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang bagus bro... Nk honeymoon pun boleh dkt rumah ni.. He3

      Padam
  2. Assalam..
    Saya hanya dapat rasa menginap di rumah penginapan TNB Bukit Fraser dan KOndo di PD je. Ada juga mohon di Cameron dan Desaru tapi tak dapat la. Mungkin bagi peluang untuk staff yang belum memohon kot.
    Memang best, segala keperluan disediakn. Kita hanya perlu bawa bahan mentah je untuk masak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sgt tu.. Ni fist time dpt sbnrnya.. Memang lama wife mohon baru dpt.. Lps ni nk gi langkawi hope dpt lglah rumah penginapan ni..

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. I want to make my house same type of position but i am getting excellent way here providing best and cash also but am't getting.

    BalasPadam
  5. Memang murah betul costing tempat tinggal nie.... confirm tido tak payah guna aircond kan... hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aircond dgn kipas memang takda... Yg ada heater je..

      Padam
  6. memang cantik dan selesa le bro

    BalasPadam
  7. Assalam..sy nk tanya homestayni utk disewa ke atau utk TNB staff shj.

    BalasPadam
  8. suasana dan keadaan yang sangat cool..!!

    BalasPadam
  9. Cam mna nk mohon perumahan ni eh..???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menurut cik isteri.. Rumah ni dimohon oleh staf tnb shj.. Mohon guna sistem dia org... Jika ada kekosongan baru dia bg..

      Padam
  10. Balasan
    1. rumah ni hanya untuk staff TNB sahaja boleh mohon.. menurut wife dia mohon melalui lifewire.. saya pun tak faham sistem apa.. kalau staff tnb mungkin tahu kot..

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..