Upgrade Maxis Broadband 3GB Kepada 4GB Secara Percuma

5/18/2012 10:35:00 PG 9 Comments

 

Salam semua,

Semua sedia maklum yang aku ni memang salah seorang pengguna tegar broadband dari Maxis sejak setahun yang lalu.. walaupun sebelum ni pernah menggunakan broadband celcom.. sebelum ditamatkan servicenya kerana masalah coverage dikawasan tempat tinggal lama aku.

Sejak kebelakangan ni pulak Maxis semacam juga.. kekadang coverage ok.. kekadang tak ok.. tu yang aku pernah fikir nak terminate juga dan beralih kepada celcom semula.. tapi bila difikir-fikirkan balik.. bila aku apply baru mesti kena contract.. so rasanya tak jadi kot aku nak terminate service maxis ni.

Maxis Broadband

Dan ditambah pulak baru-baru ni Maxis ada buat offer baru untuk semua pelanggan broadband mereka yang menggunakan Quota 3GB boleh upgrade secara percuma tanpa sebarang bayaran kepada Quota 4GB.. maknanya kalau sebelum ni korang bayar RM68 untuk 3GB sekarang untuk 4GB juga dibayar RM68 juga.

Maxis Broadband 1 

Jadi tanpa menoleh kekiri dan kekanan aku terus upgrade tadi..(gelojohkan aku ni.. hehehe)  so sekarang pakej baru aku adalah Quota 4GB dengan bayaran RM68 sebulan.

Maxis Broadband 3

Harap-harapnya lepas ni takda lagi masalah tidak cukup quota sebulan.. apa yang aku harapkan lepas upgrade quota 4GB ni coverage maxis broadband ni kembali pulih dekat kawasan umah aku.. setuju tak kalau aku cakap apa guna quota 12GB sebulan tapi coverage macam kura-kura.. :-)

Korang pengguna Maxis broadband juga ke? nak upgrade macam aku juga? boleh-boleh korang Sign In Maxis Account dulu dah tu upgrade je dekat Manage Package.. Pastikan sebelum tu korang dah register dulu ye akaun korang tu.. kalau belum ringan-ringankan tangan isi form online tu ye.. :-)

broadband maxis 2

Penting tak Broadband ni dalam kehidupan korang… rasa-rasanya kalau sehari korang takda talian internet boleh duduk dengan tenang tak?

Jom kita tunggu apa jawapan korang ye…. :-)

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

9 ulasan:

  1. dah cukup kecewa dengan maxis broadband dan staffnya yang agak arrogant bila aduan diadukan ke SKMM..wait, they might don't know me.. i will fight till the end...

    BalasPadam
    Balasan
    1. fight untuk kami semua bro.. tertekan pakai kalau coverage semput je.. huhu

      Padam
  2. pilih mana yang terbaik.. kalau coveragae bagus dan sesuai dengan pilihan, sila sila lah.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2.. mana yang bagi terbaik mesti aku pilih.. broadband Unifi ada tak? :-)

      Padam
  3. saya masih setia pada selkong broadband :) x pernah bawak msalah pd saya dan kelajuannya boleh tengok youtube tanpa buffered. cukup laa tu ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Celcom memang kebanyakkan tempat ada coverage.. cuma rumah lama saya dulu berbukit2 tu yang slow sikit.. rasanya sekarang dah ok lepas upgrade..

      Padam
  4. setakat nie b/band maxis yang paling releven ngan movement saya... dan aku dah u/grade sampai 12gb...hehehehe

    BalasPadam
  5. betul-betul. Set1kat ni Maxis Broadband paling convenient utk aku memandangkan, kampung, rumah mertua, rumah nenek semua ada coverage maxis

    Anyway aku dah terminate kali ke dua, ada 2 modem free skang. boleh jual kut. lol

    Aku on pakai mobile internet guna phone punya kredit.. senang sikit sbb tak da monthly comitment. Time nak pakai banyak, beli pakej yang mahal sket.. hehe



    Terbaru >Professor Emeritus Dr Sir? Mak Aih! >Anonymous, Lulzsec Rekrut Hackers Baru dari Malaysia ? >Ada Makhluk Cungkil Keyboard Netbook Aku

    BalasPadam
  6. salam...

    kg kita x leh maxis, pakai celcom, tp sopan jugak..gr... bilalah celcom nk bg upgrade free jugak ni...

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..