Tuesday, May 1, 2012

Selamat Hari Pekerja | 1 Mei 2012

 

Salam semua & selamat hari pekerja,

Pastinya ramai pekerja-pekerja tidak kira sektor swasta, kerajaan atau kerja sendiri yang sedang berehat dan bercuti dirumah hari ini sempena 1 Mei sebagai cuti umum hari pekerja.

Kalau tahun-tahun sebelumnya hari pekerja nilah aku duk balun OT.. sebab bila cuti umum ni confirm boleh claim OT double & sesetengah syarikat kasi triple lagi.. Tapi disebabkan dah berkeluarga & ada anak kecik aku rasa ada baiknya aku berehat dekat rumah je jaga anak bini aku.. :-).. sebab time cuti nilah aku dapat gunakan sebaik-baiknya masa untuk berehatkan.

Office Myvitrd

Semalam PM ada buat satu pengumuman tentang kadar gaji minimum untuk pekerja sektor swasta yang mana dalam tempoh 6-12 bulan dari sekarang ni majikan diberi tempoh untuk bersedia memberikan gaji minimum untuk pekerja-pekerja mereka.. RM900 untuk pekerja sektor swasta di semenanjung Malaysia dan RM800 untuk pekerja sektor swasta di Sabah & Sarawak.

Harap-harapnya dengan pengumuman ini majikan aku pun bolehlah merombak semula kadar gaji-gaji kami ni yang dah lama tak dinaikkan.. Gomen dah naik 2 kali gaji… aku …emmm dapat tengok jelah..

Duduk dekat Ibu kota ni.. kalau gaji RM3K pun belum tentu boleh cukup.. kecuali korang takda bayar pinjaman rumah, pinjaman kereta dan lain-lain hutang.. aku bukan mengeluh.. tapi tulah hakikatnya..

Apa pandangan korang tentang kadar gaji minimum yang PM umumkan semalam?

Insyaallah tuhan sentiasa taburkan rezekinya dimuka bumi ni.. pandai-pandailah hambanya gali sedalam-dalamnya untuk dapatkan rezeki tu.. seperti kata pepatah rezeki takkan datang bergolek kalau tak dicari..

4 comments:

  1. selamat hari pekerja pd semua. kebaikannya, majikan(syarikat kecik) yg beri gaji yg rendah sesuka hati dah xboleh nak buat mcm tu. mesti juga ada kelemhana/keburukannya utk majikan.
    syarikat besar/multinasional mungkin xde masalah besar.

    ReplyDelete
  2. selamat bekerja kepada semua yang bekerja. aku sokong untuk naikkan gaji swasta lagi.. hehehee

    ReplyDelete
  3. insyaAllah.. ada rezeki.. gaji boleh laa naik pagi.

    ReplyDelete
  4. Hurmm.... semua tu kena tunggu surat pekeliling dulu... baru la kita akan lebih faham pasal perkara nie betul tak...sebabnya mesti ada term n condition yang lebih terperinci...

    ReplyDelete

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Artikal Terdahulu

Catatan Popular Bulan Ini