Gelagat Anak di Kala Senang Hati

5/24/2012 03:37:00 PTG 7 Comments

 

Salam semua,

Alhamdulillah Harraz dah kembali ceria dan pulih sepenuhnya dari masalah cirit birit 3 hari yang lalu… sampaikan mama dia terpaksa ambil cuti untuk jaga dia dekat rumah.. yelah mana tidaknya.. nak dikatakan hampir setiap jam mesti cirit..

Kesian pulak nak hantar gi rumah pengasuh.. takut dia asik merengek je nanti.. Bermula dari hari ahad lagi dan start cirit sebenarnya.. punca aku pun tak tahu.. ada yang kata mungkin perubahan untuk meningkat usia kot.. lagi pun buat masa sekarang ni.. Harraz memang tidak diberikan makanan apa-apa lagi kecuali 100% susu ibu.. kira peratusan untuk keracunan makanan tu memang takdalah.. kecuali susu yang dia minum tu ada sedikit tercemar tak tahulahkan.

Baby yang nak masuk usia 6 bulan memang ada masalah macam tu ke?

Harraz Fahim 1

Harraz Fahim 2

Gelak suka dia bila orang nyakat atau panggil nama dia.. hehehe

Harraz Fahim 3

Harraz Fahim 4

kalau sebelum ni isap satu jari je.. tapi sekarang bukan dua tapi 3 dan kekadang 4 jari semua masuk mulut.. penyudahnya .. wueekkk.. muntah susu..

Harraz Fahim 7

Dah penat main-main dengan daddy dia.. terus tidur.. tengok gelagat anak aku tidur ni.. sopan jekan.. tapi bila pagi je.. habis semua bantal naik dekat badan.. hehehe

Hujung minggu ni rancangnya nak balik kg.ke Penang.. Tok Ibu & Tok Ayah dah rindu.. ramai yang geram nak cubit pipi gebu dia ni.. hehehe.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. Boleh dikatakan biasa la jugak.. ala2 perubahan hormon gitu.. tp baby ni as long dia aktif.. still nak susu.. ok jer... ^_^



    ehh.. ehh... hai..... *lambai2 tangan*

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah memang sekarang tak pisah dengan susu lagi.. setiap 2-3 jam mesti bagi minum 4oz..

      Padam
  2. comeynyeeee...tembam..geram..ggrrrr

    BalasPadam
  3. Tembam.... Nak gigit pipi budak... he he...

    BalasPadam
  4. hambooi.. senang hati dak tembam ni yea.. harrazz.. oh harraz..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..