Diluah Mati Mak Ditelan Mati Katak

5/20/2012 09:42:00 PTG 13 Comments

Salam semua...

Betul ke peribahasa aku dekat atas tu.. Rasanya yang betul bukan ke diluah mati mak ditelan mati bapak.. :-)

Kekadang tu ada kalanya kita terpaksa membuat satu pilihan yang mana kedua-duanya penting dalam hidup kita...

Aku bagi contohlah ye..

Pada suatu hari sepasang suami isteri pergi bercuti disebuah pulau.. Pada masa yang sama sisuami bawalah sekali ibu beliau gi bercuti bersama.. Dalam perjalanan menuju ke pulau tu tetiba bot yang mereka naiki karam sebelum sampai ke pulau tu.. Si suami ni memang pandai berenang.. Tapi si ibu dan si isteri tidak pandai berenang.. Dalam situasi penik tu si suami hanya boleh selamatkan salah sorang je.. Samada si ibu atau si isteri..

Kalau korang dalam si tuasi tu yang mana korang akan selamatkan dan apa alasan korang?

Pernah tak korang menghadapi satu situasi yang mana korang terpaksa membuat pilihan yang sukar dalam hidup korang?

Nota :- entri ni tiada kaitan dengan sesiapa samada yang hidup atau yang telah meninggal dunia.. Hanya sebagai memenuhi ruangan kosong dalam blog ni... :-)

posted from Bloggeroid

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

13 ulasan:

  1. hik3...dilema isteri dan ibu bro? Normally bro, hidup bekeluarga..memang kadang2 perkara sebegini tidak dapat dielakkan...

    we, as a husband dan anak, just do our best....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq bro.. biasalah kekadang hidup berkeluarga memang banyak cabarannya dari bujang.. so kena bijak mengatasinya..

      orang yang dah kawin je tahu macam manakan.. hehehe

      Padam
  2. weee mmg dalam dilema nie...tp rasanya saya pilih selamatkan emak dulu hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah dalam dilema juga ye.. memang sekarang ni musim dilema betul.. :-)

      Padam
  3. memang selalu dilema mcm tu, nak taknak, sebenarnya kena usaha selamatkan dua2 jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2 bro.. sebaik2nya usahakan dapat selamatkan keduanya.. walaupun terpaksa pertaruhkan nyawa sendiri

      Padam
    2. betul cakap bro dh kena usaha selamatkan dua-dua sekali

      Padam
  4. my hubby anak lelaki tunggal, adik beradik lain is perempuan. at times dia pun susah nak decide.....tapi as a wife takkan i mau hubby i durhaka kan?so i ll always sokong hubby i, alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kekadang kita kena mengalah untuk kebahagian orang yg kita sayang..

      Padam
  5. selagi boleh selamatkan kedua-duanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya itu yang terbaik bro..

      Padam
  6. Time berenang, jika ibu dan isteri duduk sebelah-sebelah dekat-dekat, boleh ler kita selamatkan keduanya sekali, tangan kiri dan tangan kanan atau bertiga saling berpaut.

    Tapi jika rumah terbakar, bilik emak dan bilik isteri jauh-jauh, atau seorang di dapur dan seorang dalam bilik air. Pilihan yang dibuat ibarat memilih syurga atau neraka, pahala atau dosa, takwa atau kufur.

    Sebelum kapal itu tenggelam, sebab ia bukan tenggelam sekelip mata, pasti Allah beri masa kepada ibu atau isteri untuk buat keputusan, siapa yang nak mengalah,siapa mahukan bantuan kamu dan siapa yang mahu berserah kepada Allah.

    Tapi jika ia tenggelam sekelip mata tanpa sempat berfikir, siapa yang paling dekat atau siapa yang paling sempat saya capai sewaktu dalam kekalutan itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas komen sdri/sdr semoga Allah sentiasa memudahkan kita membuat sesuatu pilihan yang sukar.. amin

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..