Cucuk Usia 5 Bulan

5/09/2012 09:22:00 PG 10 Comments

 

Salam semua,

Alhamdulillah anak comel aku kini dah berusia 5 bulan.. lagi sebulan mencapai sasaran mama dia untuk bagi full breastfeeding.. semoga tercapailah cita-cita mama dia..

Harraz 5 Bulan 1

Semalam petang terus hantar Harraz ni buat checkup sambil tu nak kena cucuk lagi untuk usia 5 bulan ni.. mula-mula sampai timbang dulu.. kali ni berat naik dalam 300 gram je menjadikan berat dia sekarang 6.2kg sahaja.. sejak dua menjak ni dia agak kurang sikit minum susu tak serajin sebelum ni.. lagi satu kalau minum mesti tak habis..

Secara jujur masa checkup semalam aku kurang berpuas hati dengan cara pemeriksaan dari doktor tu.. sebab semalam bukan doktor yang selalu checkup harraz yang cucuk dia.. semalam rasanya doktor gantian dari Iran.. so aku dengan Doktor tu yes.. orait.. thank.. you.. je.. hehehe.

Kalau sebelum ni masa Check-up usia 4 bulan.. doktor adalah ukur kepala dia.. check jantung dia.. check mata reaksi n pendengaran dia.. tapi semalam doktor tu tak buat apa pun.. terus cucuk je itu pun pembantu klinik tu yang tunjuk semua dekat dia.. huhu.

Tapi takpelah janji anak aku ok.. tadi pagi aku tengok Harraz bangun dengan tersenyum-senyum kira oklah tu kot.. takda apa-apa sebarang alahan lepas cucuk tu… Alhamdulillah.

Harraz 5 Bulan 2

Nilah budak yang nangis tu kena cucuk.. nangis kejab… dan mengalirlah air mata saya.. hehehe..

Bulan ni bulan hari ibu… Harraz nak bagi hadiah apa dekat mama? hehehe.. daddy dah selalu dapat hadiah kena kencing time tukar pampers.. hehehe.

Semoga anak aku terus sihat n membesar dengan ceria.. sedih semalam aku tengok berita kejadian budak yang dibuang calar balar diseret dengan anjing.. huhu.. (rujuk berita penuh disini) sungguh kejam manusia zaman moden ni.. huhu.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

10 ulasan:

  1. amboii... montelnya!!! baru 5 bulan ni.. macam danish dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua orang geram dekat pipi.. heheeh

      Padam
  2. Bro, anak sulong ke?
    Doakan aku dpt menimang cahaya mata sama :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya anak sulung yg sangat disayangi.. :-) semoga bro pun cepat mendapat cahaya mata ye.. amin

      Padam
  3. Assalam...
    Montel juga tapi montel lagi anak saya...
    Dah 3 kali cucuk tak nangis sikit pun..
    Mungkin sebab isi pahanya tebal kot, macam tak sedar je kena jarum..

    BalasPadam
  4. aik, naik 300 gram pun tp pipi tu bambam Harraz!! geram!!

    oo dpt adiah kene kencing eh, hahahah!!

    BalasPadam
  5. budak montel ni isap jari je yea... heheheee

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..