Coca-Cola Euro 2012 | Peraduan Euro 2012

5/22/2012 11:15:00 PG , , 10 Comments

 

Salam semua

Nampaknya demam bola semakin mula dirasai.. mana tidaknya media-media elektronik & cetak dah mula buat kempen promo tentang Euro 2012 yang akan bermula pada 8 Jun 2012 waktu Malaysia.

Nampaknya kena langgan jugalah Astro Sport macam ni… hehehe

Coke Euro 2012

Bersempena dengan kempen deman bola ni.. penaja minuman rasmi Euro 2012 iaitu coca cola telah melancarkan satu pertandingan yang mana korang berpeluang untuk memenangi tiket perjalanan menyaksikan Perlawanan Akhir UEFA Euro 2012.. bukan itu sahaja banyak lagi hadiah menarik menanti korang..

 

BAGAIMANA CARA-CARA UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN

coke - Euro 2012 a 

Beli mana-mana produk Coca-Cola, Coca-Cola Vanilla, Coca-Cola Light, Sprite, A&W or Fanta (Oren, Strawberi atau Anggur) TIN 325mL, TIN dalam Pek Pelbagai 24 x 325mL, botol 500ml, 1.25liter, 1.5liter and 2.0liter dan Minute Maid Pulpy (Oren, Tropikal, Sitrus dan O'Mango) botol 250ml dan 1.0liter yang ditanda khas ("Pek Penyertaan") yang dikilang oleh Promoter.

 

Tarik cincin pembuka tin atau buka penutup botol and lihat di bawah untuk kod. Jika kod anda ialah "EUR", "JEY", "FBL", "CAP" atau "WP" ("Kod Pemenang"), sila hubungi 03-80238311 sebelum 30 Jun 2012 (Isnin – Jumaat dari 10pg hingga 5ptg kecuali cuti umum). Anda dikehendaki menjawab soalan berkenaan promosi ("Soalan") dengan betul untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. Pemenang haruslah mempamerkan kad pengenalan atau pasport dan menyerahkan tab/penutup untuk menuntut hadiah.

 

Soalannya adalah, "Namakan penaja rasmi minuman ringan UEFA Euro 2012™."

HADIAH YANG MENANTI PEMENANG

coke - Euro 2012

  1. Terdapat lima jenis hadiah untuk dimenangi;
    1. Hadiah Utama (x 2 hadiah) – Jika anda memiliki Kod "EUR" dan jawapan anda kepada Soalan adalah betul, anda akan memenangi perjalanan 4 hari 3 malam untuk 2 orang ke Perlawanan Akhir UEFA Euro 2012™ yang bernilai sehingga RM45,000. Hadiah termasuk:
      • Tiket pergi balik kelas ekonomi untuk dua orang dalam jadual perjalanan yang sama dari Kuala Lumpur ke bandar di mana Acara akan diadakan di antara 27 Jun 2012 sehingga 30 Jun 2012. Pemilihan pengangkutan akan ditentukan oleh Penganjur Program.
      • Penginapan untuk dua orang selama 3 malam di hotel terpilih yang ditentukan oleh Penganjur Program.
      • Dua tiket ke Perlawanan Akhir UEFA Euro 2012™.
      • Pengangkutan pergi dan balik ke tempat Acara.

     

    1. Hadiah Pertama (x800 hadiah) – Jika anda memiliki Kod "JEY" dan jawapan anda kepada Soalan adalah betul, anda akan memenangi jersi Adidas UEFA Euro 2012™ bernilai hampir RM260. Warna jersi mungkin berlainan dan akan dipilih secara rambang oleh Penganjur Program.

     

    1. Hadiah Kedua (x2400 hadiah) – Jika anda memiliki Kod "CAP" dan jawapan anda kepada Soalan adalah betul, anda akan memenangi topi Adidas UEFA Euro 2012™ bernilai hampir RM60. Warna topi mungkin berlainan dan akan dipilih secara rambang oleh Penganjur Program

     

    1. Hadiah Ketiga(x1000 hadiah) – Jika anda memiliki Kod "FBL" dan jawapan anda kepada Soalan adalah betul, anda akan memenangi bola Adidas UEFA Euro 2012™ bernilai hampir RM60. Warna bola mungkin berlainan dan akan dipilih secara rambang oleh Penganjur Program

     

    1. Hadiah Keempat - Jika anda memiliki Kod "WP", dan jawapan anda kepada Soalan adalah betul, anda akan memenangi penghias skrin Coca-Cola yang boleh dimuat turun dari www.coke.com.my.

 

TEMPOH PROMOSI

  1. Promosi ini bermula pada 1 April 2012 dan berakhir pada 30 Jun 2012 ("Tempoh Promosi").

Terma & syarat-syarat pertandingan boleh dibaca disini

Note : Jadual perlawanan mengikut kumpulan Euro 2012 boleh rujuk disini

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

10 ulasan:

  1. uiii macam best jer hadiah tue..hehe tp kena pergi beli minuman tue pulak la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nilah namanya sambil menyelam minum air.. hehehe

      Padam
  2. Hurmm... pusing satu bandar cari produk COCA COLA nie...kat kfc dan mcd mesti ade banyak kan.... hahahaha

    BalasPadam
  3. memang best hadiahnya, bukan mudah nak tengok live kalau budget sendiri.

    BalasPadam
  4. Menarik untuk disertai neykh~

    BalasPadam
  5. dah lama tak minum coke!!! huhu.. sedapnya!

    BalasPadam
  6. macam mana nak cari jawapan nie penaja
    ??? tolong balas

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..