Berhati-hati Dengan Nombor SMS 3rd Party | Habis Duit Berpuluh Ringgit Hangus Disedut…

5/04/2012 12:58:00 PTG 33 Comments

 

Salam semua,

Aku memang dah mula syak kenapa tetiba bill postpaid aku  untuk bulan April ni melambung 3 kali ganda dari kebiasaannya.. bila bil terkini keluar je terus aku check detail secara online.. dan penyudahnya ini jawapan yang aku dapat..

sms gila 2

Rupanya ada satu service yang bila masa entah aku langgan yang mana dia dah charge hampir setiap hari dengan nilai RM3.. kalau tak silap aku, charge yang dikenakan adalah selama 14 hari.. huhu rugi-rugi.. jadi korang berhati-hatilah kalau dapat SMS dari nombor yang pangkal 3 ni.. macam aku no. sms tu 32626 yang dah sedut duit aku setiap hari..

sms gila

Dan dalam rekod sistem bil mesej terakhir dari penyedia service tu adalah pada 26hb April 2012 dengan charge RM3

sms gila 3

Bila aku semak dalam bahagian SMS Muat Turun- Hantar ia menunjukkan aku ada langgan service tu sebanyak 4 kali.. dah seingat aku aku memang tak pernah langgan service-service merepek macam ni.. atau mungkin juga aku tersilap klik.. tapi kalau tersilap takkan sampai 4 kali.. emm entahlah.. apa yang jelasnya aku tak pasal-pasal kena bayar service HANTU ni.. Hampeh betul.. aku tak Halalkan duit aku untuk company tu.. huhu

 SC20120504-104837

Melalui rekod dari SMS handphone aku pulak memang aku dah perasan dalam bulan 4 ni aku ada banyak kali terima mesej Push message ni.. yang peliknya tak tahu dihantar dari mana sumbernya sebab nombor tak keluar.. bila kita klik pada Push message tu akan keluar mesej seperti dibawah ni..

 SC20120504-104846

Tapi seingat aku sepanjang aku dapat mesej macam ni.. mesti aku akan Delete sebab takut link yang di bagi tu adalah link Virus.. so ada baiknya setiap kali aku dapat terus Delete… tapi tak pastilah dari situ ke puncanya..

Stop Service

Daripada aku terus menderita bayar service HANTU ni.. aku buatlah report dekat penyedia perkhidmatan postpaid aku dan pihak dia orang ajar untuk stopkan service tu dengan menaip STOP / STOP ALL dan hantar ke no. penyedia perkidmatan tu..

Pesanan aku kepada rakan-rakan yang ada menggunakan handphone ni dan lagi-lagi ada melanggan pakej data ni.. korang berhati-hatilah supaya tak jadi mangsa macam aku ni.. lepas ni aku akan lebih berhati-hati lagi kalau dapat apa-apa mesej yang pelik-pelik ni..

Ada tak sapa-sapa yang pernah kena macam aku ni.. lagi-lagi untuk pengguna Postpaid ni?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

33 ulasan:

  1. prepaid pun kena gak. lagi teruk. sekali dia hantar sms, rm8 terus kena potong. saya terkena dulu. dah la baru topap masa tu..sakit hati betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sakit hati.. prepaid ok sikit cepat leh kesan.. kalau bil sebulan baru tahu.. huhu

      Padam
  2. kalo kene bil memang naya la..kalo prepaid ok lagi sebab kita boleh detect dalam tempoh masa yang singkat..

    BalasPadam
  3. huh kne hati2 pasni...thanks for sharing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah berhati2lah ye dengan SMS hantu ni..

      Padam
  4. memang diorang nei selamba je broadcast message cenggini.... boleh kata hari2x dapat ... selalu DELETE je terus...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul bro...lepas ni delete je

      Padam
  5. pernah kena jugak... sekali tolak kredit sampai rm4.. service tu untuk tgk video bollywood.. servive tuh on sendirik jek.. tak yah kita on.. dh buat report maxis suh hantar msg STOP.. tapi lepas topup dia tolak lagi.. terus meroyan kat maxis centre.. last2 maxis centre refund balik kredit tuh.. geram sangat!!!

    eh eh.. terEMO plak kat sini.. sorry tuan punya blog..muehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasalah siapa yg dh pernh kena mesti emo..he3

      Padam
  6. aku rasa bro tertekan link.. sbb tue dia cas..
    aku kalau dpt msg no xknl.. mmg delete terus..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin jugalah bro... Huhu... Belajar dr kesilapan

      Padam
  7. sebaiknya terus delete, open pun jangan kot. masalahnya x boleh claim pulak tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak boleh claim.. Td tanya juga nk kena byr juga ke... Dia org kata bayar... Huhu

      Padam
  8. aku pun delete aje.. kekadang dorang hantar macam MMS.. pun sama

    BalasPadam
  9. tudia...melampau sangat..banyak sampai macam tu...hurmm..memang tak boleh pakai betul lah nombor-nombor gini..

    BalasPadam
  10. kalo ada masalah pasai natang HANTU ni sila kemukakan soalan di sini https://getsatisfaction.com/celcom
    insyaAllah mereka sedia membantu..

    BalasPadam
  11. saya baru je terkena.. actually bil bulan lepas dah terkena tapi tak perasan. perasan bila bil bulan ni melambung naik.

    memang exactly msg yg sama saya terima. Saya tak ada tekan apa² pun. Bila call celcom diorg bg jwpn sama yg kita tetap kena bayar.

    Tapi saya tak berdiam diri. saya gugel ni 32626 tu dan jumpa ada user maxis ckp dia dah buat aduan & dpt waive. User tu letak no. office company everest tu.

    Saya call company everest tu .. diorg ckp saya langgan game bola. WTF?? memang menipu! so saya cakap saya tak nak bayar dan nak mntk waive.. staff tu ckp dia perlu discuss dgn bos dia dulu.
    3 kali saya call dia still cakap dia tak dpt bercakap dengan bos dia. PENIPU!

    Saya gugel lagi n jumpa pasal everest tu dah kena saman pada 22 Mei 2012 atas kesalahan menipu. 50k kena saman tapi tak serik.

    Then saya masih tak give up saya report pada SKMM (MCMC) now MCMC dah suruh celcom siasat secara telus bukan lepas tangan je.

    Saya tengah menungu jawapan dari CELCOM.. kalau tiada jawapan yg memauskan saya akan report tribunal pengguna pula.

    JANGAN DUDUK DIAM SELAGI TAK BERTINDAK!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya memang ramai yang terkena dengan malapetaka ni.. hope nasib sdr/sdri terbela.. semoga tindakkan u tu dapat membantu ramai pengguna celcom yang sering tertipu dengan no 3rd party ni.. huhu

      Padam
    2. Alhamdulillah pagi tadi celcom call, diorg dah discuss dgn 3rd party tu. And company tu cakap nak refund balik.

      Lega rasa. tq to SKMM n CELCOM..

      walaupon saya rasa sebenarnya CELCOm boleh je settle sendiri tapi diorg ni biasa la nak untung juga. So kena jugalah guna SKMM.

      Sebenarnya kalau nak duit masing tu balik better bertindaklah.. usaha buat aduan. Tapi kalau duit dah bnyk sgt suka hati memasing la kan.. hehehe

      Padam
  12. aku rasaaaa aku pon kenaa .. beratus bulan ni .. grrrr ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. check dgn celcom bro.. kalau no sms 3rd party tu ada minta dia orang blog dulu.. kalau tunggu bil sampai.. memang banyak hang kena bayar nanti..

      Padam
  13. celcom bleh tlg stop kn tak kl kite pkai prepaid dan kite sndiri pn xtau kredit tu sape yg amik? topup je kena potong rm5...bkn skali dua byk kali plak tuu...kl ade trima sms xpela jgk bleh reply taip stop jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. concact terus celcom center dia org boleh stopkan service tu

      Padam
  14. Aku pun kena jgak. Pospaid. Dr nombor 2++++. Staf maxis pon kena. Dia ckp x boleh tuntut duit balik. Dia nasihatkn delete terus. Jgn baca@ buka mesej tersebut. Aku x de pon tekan link tu... cuma buka mesej je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kekadang kita buka tu lah yang kena.. kalau boleh mesej yg datang dari no 5 digit ni.. delete je

      Padam
  15. Aku pn ken gk 2hri sekali dpt msg dr push@message.go sms telan kdt rm3...cmne nk stop no pngantr xde...cl dg center xdpt pn brckp dgn operator!sakit hti r...ada spe2 ble tlg x?syg nk tukar no da lma pki no ni :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taip STOP / STOP ALL dan hantar ke no. penyedia perkidmatan tu

      Padam
  16. Baru lepascall digi center. Dia kata type STOP ALL hantar ke 32339.

    BalasPadam
  17. saya ni baru perasan ada mesej ni when hubby nk byr bil. saya ni celcom postpaid customer. mcamna nk stop ni. plz help.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya mula-mula hari tu call celcom.. dia orang tolong sekat service tu.. dan dia minta kita buat secar manual juga dekat phone.. dengan menaip STOP / STOP ALL dan hantar ke no. penyedia perkidmatan tu... kita yag guna postpaid memang tak perasan sampaikan tengok2 bil dah beratus..

      Biasanya terjadi kalau kita terklik perisian game online kalau guna smartphone..

      so hati2lah ye.. syg duit buang2 mcm tu je

      Padam
  18. saya pun baru kena minggu lepas..nasib baik tjumpa blog ni..dh try STOP semua.bhasil jgk...thanks admin..mcm2..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..