Thursday, April 12, 2012

Update Blog Guna Samsung Galaxy Note

 

Salam semua,

Atas permintaan rakan blogger Jejai.. hari ni aku nak kongsikan sedikit tutorial bagaimana cara mengupdate blog menggunakan Samsung Galaxy Note.

Sebenarnya mengikut pengalaman aku menggunakan Samsung Galaxy Note ni.. terdapat banyak aplikasi android yang boleh digunakan untuk mengupdate blog antaranya Blogger-droid & Bloggeroid.

Untuk panduan kali ini aku akan gunakan aplikasi Bloggeroid.. kerana ianya lebih mudah jika dibandingkan dengan Blogger-droid..

Untuk memudahkan pemahaman aku sertakan print screen dibawah sebagai rujukan..

bloggeroid 1

Pertamanya korang perlu mendownload terlebih dahulu aplikasi Bloggeroid ini melalui Market yang kini dikenali sebagai Play Store

bloggeroid 2

Buat carian dia Play Store dan setelah menjumpai aplikasi tersebut install seperti anda menginstall lain-lain aplikasi sebelum ini.

bloggeroid 3

Setelah aplikasi berjaya diinstall, anda sudah boleh memulakan aplikasi dengan klik pada Open atau buka aplikasi melalui senarai aplikasi di Samsung Galaxy Note anda.

bloggeroid 4

Bagi pengguna yang pertama kali menggunakan aplikasi ini di Samsung Galaxy Note.. Polisi License seperti diatas akan dipaparkan dan klik sahaja pada Accept (boleh baca kalau rajin syarat-syarat license diatas)

bloggeroid 5

Selepas itu masukkan login name & password untuk akaun google anda atau akaun blogspot anda.. dan klik pada Save

bloggeroid 6

Sekarang anda boleh terus memulakan penulisan blog anda dengan klik pada icon Bloggeroid jika paparan dibawah tidak dipaparkan.

bloggeroid 7

Jika paparan ini dipaparkan setelah anda klik butang Save diatas.. anda sudah boleh memulakan penulisan entri seperti didalam dashboard blogspot anda.

Untuk entri yang baru panduan seperti diatas akan ditunjukan dimana sebagai contoh… jika anda ingin membuat bold (tulisan tebal/gelap) anda perlu menaip **perkataan** atau pun jika anda ingin memasukkan backlink pada setiap perkataan… contoh dibawah diberikan.

[google http://google.com] … apabila entri tersebut dipublish yang akan tertera hanya perkataan google sahaja beserta backlink.

bloggeroid 8

Anda hanya perlu memasukkan tajuk entri anda dibahagian atas sekali dan dibahagian tengah adalah kandungan entri anda..

bloggeroid 9

pada bahagian bawah “Tags (separate with comma)” ni adalah option samada nak isi atau tidak.. ia adalah merupakan label untuk entri anda.

bloggeroid 10

Untuk memasukkan image pula anda perlu menekan butang  menu pada sebelah kiri di Samsung Galaxy anda.. setelah butan menu di tekan option seperti diatas akan dipaparkan..

untuk memasukkan image klik pada “Add image

bloggeroid 11

Anda boleh memilih mana-mana gambar yang hendak dimasukkan kedalam entri anda melalui gallery image anda.

bloggeroid 12

Setelah image berjaya dipilih perkataan [image_0] akan dipaparkan bahagian paling bawah entri anda.. untuk memasukkan image seterusnya ikut sahaja step diatas tadi.

bloggeroid 13

Sekiranya anda menambah image lagi.. perkataan [image_1] akan dipaparkan lagi pada penghujung entri anda.. anda tidak perlu risau kerana image yang dimasukkan telah dicenterkan secara automatik.

bloggeroid 14

Setelah entri siap dibuat anda boleh memulakan proses untuk publish entri tersebut dengan menekan butang “Publish

bloggeroid 15

Setelah butang “Publish” ditekan entri belum lagi dipublishkan.. anda boleh memilih samada entri tersebut hendah dipublish sebagai draft atau tidak.. jika ia tandakan sahaja pada kotak “Publish as draft”.. sekiranya kotak tersebut tidak ditandakan entri akan dipublish terus secara online.

Sekiranya anda ingin memberitahu pembaca blog anda bahawa entri tersebut dibuat menggunakan Bloggeroid anda boleh tandakan kotak “Add “posted from Bloggeroid” under your post content”.

Seterusnya step terakhir klik pada butang “Publish

 

bloggeroid 16

Status entri anda sedang dipublish akan dipaparkan pada bahagian atas samsung galaxy note anda dengan logo “B” berwarna oren… seperti gambar diatas.

bloggeroid 17

Sekiranya logo “B” bertukar kelabu.. ini bermakna entri anda gagal untuk dipublish dan semak semula apa mesej error yang dipaparkan.

Sekiranya Logo “B” tersebut hilang maka entri tersebut telah dipublishkan mengikut pilihan anda tadi.. samada terus dipublish secara online atau sebagai Draft.

bloggeroid 18

Gambar diatas adalah menunjukkan entri telah dipublish menggunakan Bloggeroid..

Rasanya sampai disini dulu tutorial ringkas daripada aku untuk blogger-blogger yang sering kebanjiran idea untuk update entri.. hehehe.. jadi lepas ni takda masalah lagi untuk korang update entri dimana-mana sahaja menggunakan Samsung Galaxy Note.. apa yang penting perlu ada talian Internet.

Semoga perkongsian ini dapat memberi kemanfaatan kita bersama.. (betul ke ayat aku ni.. hehehe).

 

Nota Pesanan : Penulis tidak bertanggungjawab sekiranya Smartphone anda menghadapi masalah setelah menginstall aplikasi ini.. perkongsian ini hanya sebagai pengalaman penulis mengupdate blog menggunakan Bloggeroid.

*** Kalau adan sukakan entri ni jangan lupa like & sharekan ye.. Terima kasih..

20 comments:

  1. Nice one bro.... rasanya ramai akan dapati entry bermanfaat.... tutorial step by step ni yang bagus.... p/s : Saya guna SAMSUNG CORBY 11 je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samsung Corby pun ok .. saya masih pakai nokia 3210 lagi.. hehehe

      Delete
  2. tq for sharing. baru je guna blogger-droid sbb tukar hp dari bb ke android. rupanya ada lg aplikasi yg lebih mudah..

    * nak print screen guna aplikasi apa yg best ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. ikut orang jugalah ada yg suka pakai blogger-droid.. :-)

      Delete
  3. Good One bro & Thanks so much

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 bro.. sharing is Caring.. :-)

      Delete
  4. Replies
    1. Pakai u punya galaxy Tab pun ok apa.. best lagi screen besar.. hehehe

      Delete
  5. hmmm...biasanya pakai blogger-droid..leceh sikit coz nk upload pic xboleh byk2 attach dlm entry..

    gonna try bloggeroid later..muchas bro.

    ReplyDelete
  6. ahkak sgt suker n3 ini. b4 this updet ikut gmail ajer n x leh nk masuk gambo.. neh nak try install bloggeroid tuhler..hihihihi..tqvm yea? akak share kat fb akak neh..

    ReplyDelete
  7. wah!! syoknya galaxy note!!!!! i galaxy sII jek.. sob.. sob..

    ReplyDelete
  8. Tq...dah boleh..
    Senang jerkan boleh update dimana2...

    ReplyDelete
  9. salam.. saya dah ikut semua langkah, tapi error lah. agak2 kenapa yer? tq

    ReplyDelete
  10. as salam...sy dh try buat tp xkeluar icon utk add image. sy guna tab 10.1.boleh tahu cara utk sy add image dmana yer

    ReplyDelete
  11. Hye..saya pulak sblm ni ok je publish melalui bloggeroid ni. Tp dlm minggu lepas dah tak boleh pulak. Dah 2 kali g samsung dorg ckp sb aplikasi buat hal. Dlm aplikasi lain tak boleh masuk gambar banyak2..huhuhu...mcm ne ni??

    Http://storymoryk@blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Tq byk2 bro dgn tips ni.berhasil jg sy bt.sblm ni try bt guna apps lain tp x tp.syukran jazilan ya. Moga murah rezeki sllu.

    ReplyDelete
  13. Boleh cuba guna aplikasi nie nanti

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Artikal Terdahulu

Catatan Popular Bulan Ini