Tazkirah Jumaat | Ganjaran Menahan Marah

4/06/2012 12:00:00 PTG 5 Comments

 

Salam Hari Jumaat semua kepada yang beragama Islam,

Semoga hari ini anda semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan tenang hendaknya.. semoga berterusan begitu sepanjang hari..

Sedikit perkongsian pagi ini ingin disampaikan didalam slot Tazkirah Jumaat di bawah tajuk Ganjaran Menahan Marah.

i_love_sabar

Kredit : Google.com

Hadith:

Daripada Muaz bin Anas RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang menahan kemarahannya sedangkan dia mampu bertindak menurut perasaan marahnya maka Allah akan menyerunya di hari kiamat di hadapan khalayak ramai (sebagai suatu penghormatan) sehingga Allah memberi pilihan kepadanya bidadari yang dia suka.”

Huraian Hadith:

  1. Menahan marah adalah sifat yang baik dan dipuji.

  2. Menahan marah dan memberi kemaafan yang dijanjikan dengan ganjaran yang besar di sisi allah ialah yang dilakukan dalam keadaan seseorang itu mampu bertindak, kerana memberi maaf, disebabkan lemah dan tidak mampu bertindak balas tidak ada nilainya di sisi Allah.

  3. Kekuatan jiwa dan peribadi seseorang akan terserlah dalam situasi-situasi yang mencemaskan dan boleh menimbulkan kemarahan, iaitu dengan menguasai diri dan menahan marah.

  4. Allah SWT memuliakan orang yang sabar menahan marah.

  5. Di antara ganjaran Allah di akhirat terhadap hambanya yang bersifat sabar ialah bidadari syurga.

Sumber rujukan dari : www.islam.gov.my

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. terima kasih atas tazkirah anda...info yg sgt menarik :)

    BalasPadam
  2. alhamdulillah... tazkirah untuk kita semua

    BalasPadam
  3. Insyaallah dpt try tahan marah, nak jugak dptkan bidadari syurga tu nanti....:))
    Terima kasih info ni..

    BalasPadam
  4. Blogwalking here...

    cik iena follow your blog..
    follow my blog juga ye(^_~)
    www.ienaeliena.com

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..