Sunday, April 22, 2012

Shopping Ala-ala Gengster di Jualan Gudang Pureen

 

Salam semua,

Sepatutnya cerita ni semalam lagi aku dah buat tapi ekoran sangat busy dengan beberapa jemputan kenduri dari rakan opis dengan rakan cik malarang… so nak mengadap laptop pun tak sempat.

Seawal jam 8.30 pagi  aku dah gerak gi jualan gudang pureen dekat PJ tu.. walaupun jualan gudang tu di buka pada jam 10.00 tapi aku saja nak gi awal sebab tak nak bersesak-sesak bila dah lewat sampai..

Pureen 1

Seawal jam 9.00 pagi aku sampai.. orang dah ramai beratur depan pagar gudang ni… perrrggg punya semangat dia orang ni nak shopping.. korang tahu jam 9.30 baru pagar ni dibuka maknanya ada yang dah berdiri lebih satu jam.. emmm ni semua shopping punya pasal.

Pureen 2

Pureen 3

Kali ni aku sengaja tak bawa stroller.. sebab tahun lepas aku tengok sapa-sapa yang bawa stroller memang payah nak bergerak.. so aku bawa kantung pendukung ni je.. tengok tu dari si Harraz terjaga sampai si Harraz tertidur tunggu pagar tak buka-buka.. hehehe

Pureen 4

Jam 9.30 pagar utama dibuka je.. semua serbu macam anak ayam di beri makan jagung.. berebut2.. memang dia orang semua tak kira ibu mengandung dekat sebelah ke.. semua berebut nak masuk.. selamat takda yang jatuh.

Gambar dekat atas tu lorong untuk menuju ke kawasan memborong pakaian.. waktu ni semua kiri dan kanan kosong.. sat lagi korang tengok ye..

Pureen 5

sampai-sampai je dekat bahagian borong baju-baju kanak-kanak dengan baby.. punyalah ramai orang… yang dekat sinilah aku cakap semua shopping ala-ala gengster.. berebut2 ambil pakaian..

Yang aku kecewa tengok adalah sebahagian pengunjung yang datang memang pentingkan diri sendiri.. mana tidaknya.. sampai-sampai je terus kaut semua pakain masuk dalam beg.. walhal bukan dia nak beli pun semua pakaian tu.. so orang yang dekat belakang ni memang dapat tengok bekas kosong jelahkan.

Dan kali ni aku tak masuk dah ruangan pakaian tu.. aku cakap dengan cik malarang.. sayang pilih je baju2 yang berkenan dah tu kita keluar dari kawasan ni..

Pureen 6

korang tengoklah lorong yang kosong tadi.. kiri kanan dah penuh dengan orang-orang tamak yang tengah pilih pakaian (maaflah ye kalau korang yang dalam gambar ni salah seorang yang baca entri ni)..

Kenapa tak ambil pakaian yang nak dibeli je.. kena perlu kaut sebanyak2nya sampaikan orang lain nak pilih dan beli dah takda.. emmmm memang macam ni kot budaya korang shopping dekat gudang.. sangat mengecewakan.

Pureen 7

Pureen 8 Pureen 9

Pureen 10

Ni antara barang-barang yang dijual di gudang tu.. walaupun macam mana pun ada juga barang yang dijual mahal dari pasaran.. so kena pandai tengoklah harga.. kalau tak memang rugilah.. sebagai contoh ada sabun pencuci botol tu yang kawan cik malarang kirim.. aku beli dengan harga RM11.. tapi kawan cik malarang cakap dekat luar dia boleh dapat RM9… huhu.. rugi… rugi.. tapi nak buat macam mana dah terbelikan.. so next time sebelum beli tu kena check dulu.

Pureen 11

Kali ni aku tak beratur lama macam tahun lepas.. so habis je pilih barang yang nak beli.. aku terus beratur gi bayar.. adalah dalam 45 minit aku dalam gudang ni.. sebelum aku gerak keluar dari kawasan ni..

Tips kalau korang nak datang shopping dekat jualan gudang macam ni.. adalah korang kena datang awal bagi mengelakkan jalan jem dan orang dah ramai.. Kalau nak bawa baby elakkan bawa stroller sebab ini akan melambatkan lagi pergerakkan korang dalam tu.. sebab semua pengunjung memang pentingkan diri sendiri..

Pureen 12

Nilah sedikit hasil tangkapan aku dekat jualan gudang Pureen tu.. baju adalah 4 helai berserta seluar.. kasut 2 pasang, botol susu 2.. sabun pencuci kalau tak silap aku dengan tisu basah 6 paket.

Nampak taklah  berapa banyakkan tapi lebih seratus ringgit juga ni.. :-) takpelah sesekali shopping untuk anakkan.. dulu masa zaman bujang bila gaji je mesti gi shopping barang sendiri.. sekarang dah ada anak.. dahulukan barang anak dulu baru barang sendiri.. :-)

Ada sapa-sapa yang pergi juga dekat jualan gudang tu? macam mana hasil tangkapan korang pulak?

10 comments:

  1. Aku rasa mmg xkan pergi jualan gudang Pureen nie lagi kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulsh bro.. Aku pun mcm dh mula fikir mcm tu juga untuk tahun depan... He2

      Delete
  2. huhu.orang macam ramai je.biaselah gudang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye.. Memang ramai sungguh... Sampaikan nk jln pun susah

      Delete
  3. Kalau pergi SALES cenggini kena beli banyak benda...kalau skit macam tak berbaloi je rasanya

    ReplyDelete
  4. salam.. aku ada pegi last year punya, kat puchong (pureen punya gak kot) tp mmg malas nak pegi lagi. org macam tak penah beli. harga pun takde lah murah sangat.. :)

    ReplyDelete
  5. Salam..

    aku ada pegi yg kat Puchong last year (pureen punya gak kot) tp kesimpulannya, sama jer. org membeli macam tak penah beli. takmo dah aku pegi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dengan wife dah lama tak pergi sebab kekadang bukan nak beli banyak mana pun barang org berebut2 mcm tak pernah beli barang..

      Delete

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Artikal Terdahulu

Catatan Popular Bulan Ini