New Samsung SMART TV | Samsung LED TV ES8000

4/08/2012 11:49:00 PG , 4 Comments

 

Salam semua,

Semalam sempat aku menghadirkan diri bersama-sama beberapa blogger di bawah komuniti Nuffnang di MiCasa All Suite Hotel, Kuala Lumpur untuk sesi penerangan tentang produk terbaru keluaran Samsung iaitu Samsung SMART TV.

myvitrd-samsung-event-micasa-all-suite-hotel

Mula-mula sampai tu macam blur-blur sikit mana tidaknya aku tak nampak pun blogger-blogger yang aku kenal.. so aku tanya dengan staff dekat hotel tu dekat mana bahagian event samsung ni.. so dia bawalah aku naik ke hotel dan menuju ke bilik.. emmm part ni aku confius mula-mula.. mana tidaknya.. mana ada orang buat event dalam bilik.. aku cakap dengan wife aku lain macam je ni.. baik kita turun dekat lobi dululah.. so aku tunggulah dekat lobi.

myvitrd-samsung-event-1

Sementara aku tunggu dekat lobi tu sempat aku menyusukan junior aku ni.. kira ni pertama kali aku bawa sekali junior aku ni.. selamat tak buat perangai sangat masa sesi penerangan tu..

Tak lama lepas tu CikLilyPutih pun muncul.. so adalah kawan wife aku sembang.. selang beberapa minit staff nuffnang pun datang jemput kami ke tempat sesi penerangan tu.. sekali sampai… laaaa.. betullah dalam bilik yang staff tadi tu tunjuk… rupanya.. Samsung buat sesi penerangan secara tertutup.. sebab dalam tu dia orang nak buat sesi rakaman patutlah nak dalam suasana bilik yang tak bising.

myvitrd-samsung-event-smart-tv-1

Masuk-masuk je kami di hidangkan dengan ruangan set SMART TV ni.. wah memang menarik.. sorrylah gambar tak berapa nak clear.. so nak clear boleh tengok gambar dekat bawah ni yang aku cilok dari google.

samsung_led_es8000

Model terbaru keluaran Samsung SMART TV yang bakal berapa dipasaran tidak lama lagi.. Samsung LED TV ES8000

Apa yang menariknya dengan model terbaru ni.. korang boleh berinteraksi bersama TV tersebut dengan hanya memanggil “HAI TV”.. menarik bukan.. nilah sebenarnya kali pertama aku boleh bercakap dengan TV.. hehe.

Korang boleh memberi arahan dengan bercakap dengan TV untuk menaikkan atau menurunkan volume TV tu.. termasuk menukar channel sekali.. hebat bukan.

Satu lagi yang paling menarik bukan setakat boleh bercakap dengan TV tetapi korang boleh mengawal TV tersebut menggunakan isyarat tangan..

Untuk bahagian security pula muka digunakan sebagai katalaluan yang mana korang boleh memasukkan password untuk mengawal TV tersebut menggunakan Muka korang.. canggih bukan…

myvitrd-samsung-event-smart-tv-2

Walaupun isyarat suara dan tangan digunakan bagi mengawal TV ini remote control masih boleh digunakan bersama.. so pilihan ditangan anda..

myvitrd-samsung-event-smart-tv-3

Samsung SMART TV ini juga boleh digunakan untuk melihat paparan dalam bentuk 3D.. so cermin mata 3D diatas diperlukan…

myvitrd-samsung-event-smart-tv-4

Cermin mata 3D ini adalah versi manual yang mana korang boleh tekan butang putih diatas untuk melihat paparan 3D atau normal

myvitrd-samsung-event-smart-tv-5-0

cermin mata 3D yang ini pula adalah secara automatik mengesan paparan 3D dan ianya berkomunikasi dengan TV menggunakan Bluetooth

myvitrd-samsung-event-smart-tv-5-1

Tengok ni amacam ada gaya tak… antara blogger yang sedang hayal menonton movie dalam bentuk 3D.. memang terbaik beb.

 myvitrd-samsung-event-smart-tv-5-2

ni pulak model terbaru untuk promo model terkini Samsung LED TV ES8000… hahaha..

myvitrd-samsung-event-smart-tv-6

Sepanjang didalam bilik hotel kami di beri penerangan yang begitu jelas sekali tentang model terbaru ni oleh staff Samsung En. Mitchell Wong (Assistant Manager-Training Trade Marketing)

3 ciri utama yang di ketengahkan utuk Smart TV ni…

Pertama SMART Interaction – TV boleh dikawal menggunakan Voice Control & Motion Control.

Kedua SMART Content – Pelbagai program telah disediakan bersama-sama dengan SMART TV ni melalui program di dalam SMART HUB seperti Family Story, Fitness, Kids Program, Samsung Apps.. Dengan Samsung Apps juga anda boleh mendownload aplikasi-aplikasi terkini dari Samsung.

Ketiga SMART Evolution Kit – Membolehkan anda mengupdate versi terkini Smart TV anda tanpa membuang duit untuk membeli TV baru.. jadi setiap tahun Smart TV anda anda mendapat update versi terkini.. fungsinya hampir sama seperti komputer.

 myvitrd-samsung-event-smart-tv-7-1

Ni antara paparan program yang terdapat didalam SMART HUB

 myvitrd-samsung-event-smart-tv-7

Pelbagai program yang boleh dipilih mengikut kesukaan anda.. dan semua program diatas dijalankan secara online.. bermakna anda perlu sentiasa ada sambungan talian internet.

myvitrd-samsung-event-smart-tv-8-1

Antara aplikasi yang menarik perhatian aku adalah Kids program yang mana korang boleh mendownload pelbagai program untuk pembelajaran anak-anak… so tak perlu lagi nak beli VCD / DVD program kanak-kanak ni sebab semua dah ada dalam Smart TV ni.. hanya perlu download & mainkan sahaja.

 myvitrd-samsung-event-smart-tv-8

Ni pula adalah Samsung Apps.. kalau korang pengguna Samsung Smartphone aplikasi ni sama macam dalam Smartphone korang.. semua aplikasi yang didownload akan disimpan didalam memori SMART TV ni.

 myvitrd-samsung-event-smart-tv-9

Paling best korang boleh melayari internet dengan SMART TV ni.. dan boleh menggunakan Keyboard & Mouse dari jenis Bluetooth.. so boleh jadi macam PC..

myvitrd-samsung-event-smart-tv-10

Bagi kaki Facebook & tweeter korang boleh berfacebook & bertweet sambil menonton TV… nampak gaya memang tak keluar rumahlah kalau korang ada sebiji SMART TV ni dekat rumah

myvitrd-samsung-event-smart-tv-13

Bukan setakat tu sahaja.. korang boleh berkumpul satu family didepan TV dan tangkap gambar korang dengan adanya Build-In Camera di atas SMART TV tersebut

myvitrd-samsung-event-smart-tv-14

sebagai contoh inilah hasilnya… selepas gambar diambil korang boleh terus share ke Facebook atau media-media sosial yang korang gemari..

So macam mana sekarang ni.. teruja nak memiliki sebuah SMART TV?.. pastikan Samsung SMART TV ini menjadi pilihan anda ye…

Korang boleh tengok sedikit rakaman video penerangan Samsung SMART TV ni..

Note : Untuk mendapatkan Audio yang jelas sila kuatkan volume anda...

Dibawah ni adalah spesifikasi Samsung LED TV ES8000

Samsung Smart TV ES8000 Specifications 1

Samsung Smart TV ES8000 Specifications 2

 Samsung Smart TV ES8000 Specifications 3

Nantikan ke munculan Samsung LED TV ES8000 ini dipasaran pada bulan ini… Secara peribadi apa yang boleh aku katakan tentang Samsung SMART TV ni adalah memang canggih dan terbaik dalam keluarga TV..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. harga masih dirahsiakan oleh pihak samsung... tapi bawah 20k... hehe kalau tak silap aku paling kecik 46 inci kot..

      Padam
  2. mak aihhhh... giler hebat produk samsung skrang nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah pasalnya bro.. tahun 2020 aku tak tahulah mcm mana teknologi tv masa tu

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..