Majlis Pelancaran Samsung SMART TV di KLCC

4/20/2012 11:38:00 PG , 3 Comments

 

Salam semua,

Semalam sempat menghadirkan diri di KLCC untuk Majlis pelancaran Samsung SMART TV… terima kasih kepada Nuffnang & Samsung Malaysia atas jemputan ni.. dan ni merupakan pertama kali aku menghadirkan diri untuk Event anjuran Samsung… hope lepas ni isyaallah bolehlah merajinkan diri untuk datang ke event-event semacam ni.. :-)

Sesi Pendaftaran Media Samsung Smart TV

Pada mulanya aku ingat aku dah lewat.. sebab majlis akan bermula jam 10.00 pagi.. mana tidaknya aku datang bawa kereta so tempat parking yang jadi masalah dekat aku semua dah penuh.. last-last selit jugalah dekat kawasan larangan parking.. (selamat tak kena saman).

Gambar dekat atas adalah sesi pendaftaran para jemputan dari kalangan media.. so mula-mula aku register je sorang staff dekat Samsung tu dah tegur.. “U ke yang berlakon dalam iklan Samsung di Youtube tu”.. apa lagi.. aku pun malu-malu hamsterlah jadinya.. aku cuma senyum n cakap ya je.. (Video Hi-TV)

Tak lama lepas aku register.. selamat ada 3 orang staff nuffnang datang juga.. so dapatlah aku teman borak.. walaupun aku ni malu-malu nak borak.. hehehe.

Samsung Smart TV 1

Masa ni pengerusi majlis yang aku lupa namanya dengan memberi ucapan..

Samsung Smart TV 2

Majlis pelancaran tersebut juga telah dihadiri oleh Kwon Jae Hoon, Managing Director Samsung Malaysia

Samsung Smart TV 3

Ni adalah sesi pengenalan model-model Samsung SMART TV

Samsung Smart TV 4

Samsung SMART TV mengetengahkan 3 ciri-ciri terkini untuk model kali ini iaitu Face Recognition, Voice Control dan Motion Control

Samsung Smart TV 5

Dan yang paling menarik untuk model Samsung SMART TV 2012 ni adalah didatangkan dengan Evolution Kit.. fungsinya adalah apabila samsung mengupgrade teknologi TV mereka untuk tahun 2013 keatas.. kita tidak perlu membeli TV baru untuk mendapat teknologi terkini tersebut.. hanya perlu beli Evolution Kit sahaja dan digantikan dengan Kit yang lama.. so semua kecanggihan yang ada pada teknologi TV masa hadapan sudah ada di TV kita. (Jimat duit tak perlu nak tukar TV setiap tahun..)

 

Video Pelancaran Samsung SMART TV

Samsung Smart TV 6

Habis pelancaran.. semua media di jemput ke bilik pameran untuk menyaksikan sendiri model-model terkini Samsung SMART TV.

Samsung Smart TV 7

Samsung juga memperkenalkan model terbaru Audio Dock yang boleh dihubungkan dengan peranti-peranti smartphone anda melalui Bluetooth.. so semua lagu-lagu dalam smartphone anda boleh di dengar melalui Audio Dock ni.. (bunyi memang terbaik)

Samsung Smart TV 8

Sesi penerangan generasi teknologi TV LED.. sehingga ke LED SMART TV..

Samsung Smart TV 9

Yang ni pulak adalah TV jenis Plasma yang masih dipasarkan oleh Samsung..

Samsung Smart TV 10

Sesi taklimat terakhir untuk Media adalah demo untuk menggunakan Samsung SMART TV.. jom tengok video pendek dibawah ni..

** Rasanya kalau dapat satu  dekat rumah confirm tak keluar rumah dibuatnya.. :-)

Untuk sebarang maklumat berkenaan Samsung SMART TV boleh layari website Samsung Malaysia

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. wah.. best.. asal nuffnang x ajak aku bro?? hahaha

    BalasPadam
  2. Bro.... nak sainnnn..... kalau dapat TV nie + UNIFI 20Mbps...memang mengadap je la internet skrin besar kan....

    BalasPadam
  3. memang smart tv ni... brapa harga launch kt malaysia?

    p/s: Bakal menggegarkan dunia blogger pada 30 April 2012: RahsiaSocialBookmarking.com
    Rahsia Jana RM45,000 dari laman komuniti!

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..