Jatuh Cinta Pandangan Pertama Dengan Proton Preve Di Proton Platinum Mutiara Damansara

4/23/2012 01:04:00 PTG , 8 Comments

 

Salam semua,

Kebetulan semalam tak koje di hujung minggu so lepas aku buat service tayar area TTDI aku ajaklah cik malarang gi tengok-tengok Proton Preve dekat Showroom Proton Platinum Mutiara Damansara.

preve 1

Hujung minggu biasalah memang ramai yang datang tengok dengan mata sendiri model baru Proton Preve ni.. tak kurangnya yang datang nak test drive.

Mula-mula tu macam teringin nak test drive juga.. tapi memandangkan anak asik-asik meragam je dengan senarai menunggu tu ramai.. aku batalkan je niat.. so aku cuma datang test duduk dalam kereta sambil ambil gambar yang patut-patut je.

preve 2

Pandangan dari sisi.. memang menarik.. korang nampak tak ada 2 pasangan dalam kereta tu.. punya lama duduk dalam tu.. aku rasa macam dia confirm kot nak beli.. hehehe

preve 3

Design bahagian hadapan juga mendapat sentuhan wajah baru.. kalau sekali pandang nak jadi macam lampu Honda City pun ada.. nak jadi macam KIA Forte pun ada..

preve 4

Menggunakan engine 1.6L CHARGED-FUEL EFFICIENCY (CFE)

preve 5

Yang ni menarik.. sebab penumpang belakang pun ada armrest sekali.. tempat duduk belakang memang luas jenis kaki yang panjang macam aku ni.. memang takda masalah.. sangat selesa.

preve 6

Design bahagian panel hadapan memang terbaik.. dan untuk menghidupkan kereta ni.. korang tidak memerlukan kunci hanya tekan butang Start/Stop sahaja.. daripada yang dimaklumkan oleh jurujual dekat situ.. butang Start/Stop tersebut telah diuji sebanyak 1 juta kali.. so jangan risaulah ada msalah pada butang Start/Stop tu.

preve 7

Setiap pemilik, kenderaan pastinya menginginkan kereta yang mempunyai saiz bonet yang besar.. terutama yang dah berkeluarga ni.. dari pandangan mata kasar aku.. bonet Preve ni.. sangat-sangat luas dan mampu memuatkan sehingga 508 liter muatan.

preve 8

Kalau ditengok dari belakang pulak.. memang cunlah.. ada sentuhan design tersendiri… dan untuk makluman korang kereta ni dijual dengan harga RM59,990 sehingga RM72,990.

Maklumat lanjut berkenaan model Preve ni.. boleh terjah di laman web Proton

** Apa pandangan korang tentang model Proton Preve ni?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

8 ulasan:

  1. kalau dah jatuh cinta, bolehlah dipinang. lepas order berapa lama boleh dapat kereta ni bro.

    BalasPadam
    Balasan
    1. :-) tak sure pulak bro.. berapa lama leh dpt lepas order.. rasanya mau lebih sebulan kot.. lupa nak tanya semalam.. hehehe

      Padam
  2. Kalau aku.... dapat SP dari PROTON untuk promote model nie pun dah okey....hehehehe

    BalasPadam
  3. kete ni mmg best nmpk gayenye ni...baru baca spec dier je..xdpt test lg ni..ini kete proton yng paling baik stakat ni..

    BalasPadam
  4. memang mengancam la kereta ni.... hehe

    BalasPadam
  5. aku dah dpt preve manual jumaat lps..mmg sdp bwk,,klo order skrg mmg la lambt dpt tp myb sblm raya lehla korg2 pkai..

    BalasPadam
  6. x sampai sebulan kereta dh dpt...sgt memuaskan hati....

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..