Harraz Semakin Bijak | Mama & Daddy Pun Happy

4/05/2012 12:40:00 PTG 10 Comments

 

Salam semua,

Ayah & ibu mana tidak gembira bila semakin hari melihat anaknya semakin bijak dan pandai… samalah macam anak aku (Muhammad Harraz Fahim).. semalam aku tengok dia dah mula pandai untuk pegang barang-barang mainan.. walaupun dia genggam dan jatuhkan balik.. paling tidak usaha untuk belajar menggengamm sesuatu dah cukup memadai..

Harraz semakin bijak 3

mencuba untuk membaca buku.. hehehe aku baru perasan.. lepas aku tak bagi dia pakai sarung tangan baru aku tengok dia ada usaha nak genggam sesuatu.. mungkin selama ni tangan terperap dalam sarung je.. kesian si comel ni..

Harraz semakin bijak 1

Paling seronok time si comel ni bangun pagi.. tak pernah lagi dia bangun dengan tangisan.. mesti dia senyum je.. mungkin dia rasa sihat dan selesa kot lepas cukup tidur..

Harraz semakin bijak 2

yang bogel-bogel tak pakai baju pasal apa ni.. hehehe.. ni waktu tengahari dekat rumah.. biasalah aircond takda.. so bogel tak pakai bajulah.. suka sangat dia buat main selimut dia.. tersenyum… senyum..

Pengalaman membesarkan anak pertama ni banyak mengajar aku erti kesabaran & kasih sayang.. semoga aku terus diberikan kesihatan berpanjangan demi membesarkan anak-anak dan memberi kasih sayang kepada isteri tercinta.

Nota : Buat rakan-rakan blogger yang baru mendapat cahaya mata seperti BEN ASHAARI.. tahniah diucapakan dan selamat berjaga malam bro… yang terbaru MAT TIGER, aku dengar wife dah dimasukkan kehospital dan mungkin akan bersalin hari ni atau esok.. selamat berjaga malam juga bro.. bagi yang sedang menanti kelahiran cahaya mata pertama seperti BEAN MORENO.. banyak bersabar ye bro.. giliran hang berjaga malam akan sampai nanti.. hehehe.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

10 ulasan:

  1. ekeke syomel jer harraz senyum dlm pic no2 tue...agak3 dia dah pandai meniarap blom nie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum pandai lagi meniarap... Mungkin lambat sikit kot... Sebab selalu kena bedung bila nk tidur dkt umh pengasuh

      Padam
  2. ololololo tembam nye harraz fahim ni........rasa nak cobit je pipi dia >_<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan cubit.. memang ramai yg geram.. kekadang daddy dia geram sampai gigit lagi sampai nangis.. hehhe

      Padam
  3. ya Robbi...kok comel sgt ni!!! tembamnye!!! Puas tu kalo com pipi dia!!! Tembam!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah ikut baka pipi sebelah keluarga mama dia.. semua pipi macam tu.. hehehe.. harraz sampaikan takleh nak angkat muka sebab pipi berat.. heheeh

      Padam
  4. harraz sangat comel! geram tengok.hehehe...

    BalasPadam
  5. memang tenang hati apabila tengok harraz senyum @happy

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..