Facebook Penyumbang Trafik Harian

4/13/2012 10:26:00 PG , 7 Comments

 

Salam semua,

Apa khabar semua di pagi Jumaat ni.. semoga pembaca blog ni berada dalam keadaan tenang & sihat semuanya… rasanya takda benda penting pun yang nak di kongsikan bersama pada hari ini.. cuma  sembang-sembang kosong sebagai pembuka entri di pagi Jumaat ni.. :-)

Terus kepada tajuk entri “Facebook Penyumbang Trafik Harian”, seperti yang anda semua tahu rata-rata rakyat malaysia dari kecil sampai ke dewasa mempunyai akaun facebook.. betulkan?

Ada yang menggunakan facebook untuk menyebarkan fitnah begitu juga berkongsi ilmu dan nasihat.. terserahlah pada jari jemari anda apa yang hendak diluahkan di wall facebook anda.

Point utama yang saya nak kongsikan disini adalah sebagai penulis blog sambilan.. saya selalu bekongsikan entri-entri yang baru di facebook saya dan juga di page-page blogger.. apa yang menarik perhatian saya.. dan tidak menyangka sama sekali satu entri yang saya buat beberapa hari yang lalu telah menjadi perhatian beberapa pembaca diluar sana dan ini mungkin berpunya dari entri yang disharekan merata-rata di wall pengguna facebook.

Sebagai buktinya entri dibawah ni..

Bersalin di Hospital Swasta

Entri sepenuhnya telah di Delete ekoran ketidak puas hati beberapa pengomen..

 

Dan secara tidak langsung entri diatas telah mengalahkan entri sebelum ini yang juga merupakan entri dalam blog ni yang paling banyak dishare difacebook sebelum ini..

Kaedah Makan Buah Zuriat

Entri sepenuhnya disini

Sememangnya entri “Kaedah Makan Buah Zuriat” ni adalah menjadi top carian di google sebelum ni yang telah menjadi penyumbang trafik ke blog ni setiap hari.

Dan apa yang terjadi semalam dengan trafik blog ni adalah….. dibawah ni..

TRaffic blog

Siapa sangka berpunca dari entri panas sebelum ni telah menjadikan trafik blog ni melonjak 2 kali ganda semalam..

Terima kasih kepada pengunjung & pengomen yang sudi berkunjung terus menerus di blog ini sehingga membantu menaikkan trafik blog ni dari masa ke semasa… tanpa kunjungan anda semua mana mungkin ini akan terjadi.

Insyaallah penulis akan terus memberikan perkongsian maklumat dari masa kesemasa melalui blog ini.. Sekiranya setiap penulisan yang buat oleh penulis ada mengguris perasan pembaca.. penulis dahului dengan ribuan kemaafan dan setiap apa yang ditulis adalah pandangan peribadi penulis sahaja tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak..

 

Nota : Penting ke trafik / visitor yang tinggi untuk sesebuah blog tu?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. wah.. syoknya tengok traffic kat blog you... :p

    BalasPadam
  2. bestnyee tengok traffic blog u..:D

    BalasPadam
  3. Trafik blog memang salah satu perkara penting dalam blogging.... sebab tu blog nie jadi kegemaran ADVERTISER kannn...hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. tak juga bro.. sikit2 adalah..

      Padam
  4. aku pun lama tak buat citer panas.. jap lagi ada laaa idea nih.. hehehehe

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..