Check-UP Usia 4 Bulan

4/10/2012 01:14:00 PTG 7 Comments

 

Salam semua,

Semalam malam sempat aku bawa Muhammad Harraz Fahim ni gi buat checkup dekat klinik area umah aku.. kalau sebelum ni semua aku buat checkup dekat klinik kesihatan kerajaan di Penang setiap kali aku balik bercuti.. tapi disebabkan kali ni aku tak balik ke Penang n masa untuk checkup dah tiba.. aku bawa je dekat klinik area umah aku.

Kebetulan aku dengan wife kerja so kami bergegaslah balik untuk bawa Harraz gi klinik walaupun dalam keadaan jalan jem yang teruk semalam.. lepas solat magrib je dekat umah .. baru singgah ambil dekat umah pengasuh dan terus bawa gi klinik.

harraz checkup 4 bulan 1

Lebih kurang jam 8.30 nama Muhammad Harraz Fahim pun dipanggil oleh staff dekat klinik tu untuk jumpa doktor..

harraz checkup 4 bulan 2

Macam biasalah dah jumpa doktor.. kenalah check apa yang patut dan sebelum tu kena timbang dulu.. dan berat si comel ni sekarang dah 5.9 kg. kira berat naik juga mengikut berat yang sepatutnya..

harraz checkup 4 bulan 3

Doktor ada tanya dia dah boleh meniarap ke.. wife kata belum lagi.. entahlah aku rasa anak aku ni macam lambat sikit nak meniarap.. dia berat pipi kot..hehehe…. biasanya budak lelaki umur berapa bulan ye dah boleh belajar meniarap?

harraz checkup 4 bulan 4

Macam biasa mesti kena ukur kepala.. sopan je doktor ukur kepala dia.. selamat tak meragam.. siap leh senyum-senyum lagi…. kali ni aku lupa berapa ukur lilit kepala dia.. sebab hayal dok tangkap gambar si comel ni.. :-)

harraz checkup 4 bulan 5

Part ni doktor tengah uji penglihatan dia.. doktor bagi tengok satu barang n doktor alih barang tu.. mata dia ikut je dekat mana barang tu doktor letak.. doktor kata dia punya pandangan ok,. sebab alert dengan pergerakan benda…

adalah dalam 10 minit jumpa doktor.. dah habis jumpa doktor terus balik.. kali ni tak kena cucuk.. doktor kata nanti usia 5 bulan baru kena cucuk 3 serangkai..(apa benda tu ye).. hehehe

harraz checkup 4 bulan 6

Baru nak belajar pegang sesuatu… pandai anak daddy ni pegang botol susu ye..

Menjadi rutin harian.. bila balik sampai umah dari umah pengasuh mesti kena sediakan susu dulu kalau tak memang dia akan meragam dan menangis.. so kuncinya sediakan susu awal2 sebelum bagi dia baring.. kalau tak memang tak nak baring punya.. nak kena dukung je.. (wife kata Anak Daddy.. manja lebih).. hehehe.

Semoga terus sihat & membesar anakku dengan sempurna.. amin..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. eh, nak dekat sama umo la anak kiter? is akan bawak mylittle humaira chechup 4month 12hb april ni... harraz lahir bopa hb?

    BalasPadam
  2. hehe dia nak manja ler tue setelah seharian mama dan papa dia tinggalkan dia kat umah pengasuh.

    BalasPadam
  3. haraz sbaya dgn umar.rini pon g bw umar checkup.n berat die ade naik 1/2 kg.krnye hmpr usianye 4 bln berat dh 7.66kg.umar dh boleh menerap..haraz tak lm lg mesti laju gk nerapnye..go haraz go..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah besar dah anaknya tu ye.. Harraz ni lahir memang berat cuma 2.85 je..

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..