Buat Panggilan Sekarang… Untuk Merubah Masa Depan Anda

4/06/2012 10:27:00 PG , , 7 Comments

 

"Artikal tajaan selama 24 jam. Scroll ke bawah untuk artikal terkini"

 

Salam semua,

Masih ingat lagi tak video-video sebelum ni yang pernah aku kongsikan dalam entri-entri sebelum ni.. yang mana kelihatan seorang gadis yang sangat kecewa dengan teman lelakinya.. tanpa kita mengetahui apa puncanya?

Video PERTAMA (marah-marah)

Video KEDUA (marah tapi sayang)

Kata orang hati perempuan ni kekadang lembut.. tapi memerlukan pujukan dari kita.. sebagai contoh video dibawah ni.. walaupun gadis tersebut kelihatannya sangat marah dengan teman lelakinya tetapi cinta dan sayang pada pasangannya tu masih ada..

Kalau tidak sayang takkan beliau sanggup membuat panggilan telefon semula kepada teman lelaki yang telah membuat berpuluh-puluh miss call terhadap gadis tersebut.. tetapi yang sedihnya…. (tengok video dibawah)

Video KETIGA (masih sayang tapi mungkin telah terlambat )

Walaupun kalau dilihat pada ending video ni menunjukkan kebahagian menyebelahi mereka berdua.. tetapi pastinya kita masih tertanya-tanya apakah punca yang menyebabkan gadis tersebut begitu marah pada teman lelakinya.. dan sehinggalah tertemunya dengan 3 video dibawah yang menunjukkan bahawa teman lelakinya tersebut dilihat seolah-olah curang kepada beliau.. Adakah teman lelakinya benar-benar curang? anda nilai sendiri video dibawah ni.

 
Video Curang Pertama (kerana lipstick)
 
 
Video Curang Kedua (Kerana barang kemas)
 
 
Video Curang Ketiga (kerana melamar seseorang)
 
Pastinya setelah menonton ke tiga-tiga video diatas banyak pihak yang menyalahkan teman lelaki gadis itu kerana cuba berlaku curang dibelakang gadis tersebut.. dan tak kurang juga ramai yang menyalahkan gadis tersebut kerana terlalu terburu-buru menghukum teman lelakinya tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu apa punca teman lelakinya berbuat demikian.
 
Cari kebenaran
 
Sebab itu dalam kehidupan kita andai kata kita ada terlihat atau tercium atau terbau kecurangan pasangan kita ada baiknya kita terus buat panggilan kepadanya dan bertanyakan sendiri apa yang berlaku.. jangan sesekali membuat andaian sendiri tanpa usul periksa.. kelak anda juga yang akan merana diri.
 
Untuk itu buatlah panggilan sekerap mungkin supaya hubungan anda sesama pasangan anda akan terus di hiasi bunga-bunga kebahagian. Jadikan video diatas sebagai pengajaran kepada kita semua..
 
Dengan membuat sekerap mungkin panggilan ianya dapat mengelakkan dari berlakunya perselisihan faham dan syak wasangka.
 
Bagi yang belum ada pasangan hidup atau belum menemuai cinta… kerap-keraplah berhubung dengan kedua ibu bapa anda dikampung (pesanan buat diri sendiri juga)… mungkin panggilan yang anda buat hari ini adalah panggilan terakhir untuk ibu bapa anda siapa tahu? esok lusa tiada lagi kedengan suara mereka di gegendang telinga anda… Duit boleh dicari.. tapi kasih sayang kedua orang tua tiada gantinya…
 
Terus buat panggilan sekarang.. dan ia mungkin akan merubah kehidupan anda buat selama-lamanya…

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..