Anak Mula Dera Bapak | Muhammad Harraz Fahim Kini 4 Bulan

4/08/2012 03:32:00 PTG 3 Comments

 

Salam semua,

Diam tak diam.. dah masuk 4 bulan anak aku ni.. semakin hari semakin memberat dan macam-macam perangai mula ditunjukkan.. bukan perangai nakal tapi perangai manja sahaja..

Kebetulan hujung minggu ni aku kena duty so macam biasalah.. aku usung lagi lah semua anak bini ke opis.. sampai-sampai dekat opis aduhhh dah mula buat perangai.. serba tak kena si comel ni.. minum tak mau.. tidur tak mau.. baring tak mau.. yang dia nak kena riba.. huhu.. jenuhlah aku meriba dia sampai lena.

myvitrd junior 4 bulan b

Wah bukan main seronok ye senyum-sunyum sambil dera daddy ye.. tengok tu mata merah sebab baru lepas teriak.. hehehe.. macam ni daddy tak boleh buat kejelah ye sayang..

myvitrd junior 4 bulan a

Dan akhirnya dia lena atas riba aku tadi… so aku pun ingat dia dah syoklah tidur.. sekali aku angkatlah dia nak letak dekat stroller dia.. sekali baru letak je.. mata dia suda buka dah… huhu.. percubaan kali pertama gagal..

Apa lagi angkat lagi semula letak atas riba sambil teriak dah tu kasi tidur n kasi lena semua..la.. kali ni aku bagi dia lena lama-lama atas riba aku.. walaupun tangan kira aku dah macam kebas je.. sebab lama sangat riba kot..

Percubaan kali kedua.. aku letak balik dekat atas storoller.. dan akhirnya berjaya aku.. hehehe.. fuuuurggggg rasa lega rasanya lengan aku.. cuma tak tahulah berapa lama dia bertahan dalam stroller ni.. sebab selalunya paling lama 1 jam je.. sebelum terjaga semula..

myvitrd junior 4 bulan

Kekadang geram pun ada.. kekedang tu kesian n sedih pun ada.. aku ingat-ingat balik mungkin aku dulu macam tu juga kot..hehe, sebab cik malarang cakap dia tak macam tu dulu… hehehe… kali ni giliran aku pulaklah melayan kerenah-kerenah anak bujang aku ni..

Semoga Muhammad Harraz Fahim ni terus sihat dan ceria-ceria selalu.. Lagi 2 bulan cukup 6 bulan dan bermakna lepas ni dah kena makan makanan selain dari susu ibu sepenuhnya.. Esok rasanya dah kena bawa dia gi check-up untuk usia 4 bulan.. entahlah kali ni ada cucuk atau tidak.. sebab dah 3 kali cucuk alhamdulillah tak demam.. harap-harapnya kali ni pun samalahkan..

Membesarkan anak ni bukan macam besarkan pokok kelapa.. tanam n tinggal.. tapi anak ni kena jaga, belai  dan bagi perlindungan serta kasih sayang sepenuhnya.. ingat.. anak itu satu anugerah darinya.. so hargailah pemberian dari yang maha esa ni.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. alolor tomeinya harraz..heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. hui makcik Prettywrite..hehehe, comel kan?? :))

      amboi Harraz,nk manja2 dgn daddy dialah tu,2x percubaan baru lena ye,1jam pon 1jam lah kan...hehehe

      Padam
  2. cumel ye,.... :)
    teringin loh ... huhu, insyaallah..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..