Wednesday, April 25, 2012

Akhirnya Berjaya Juga Harraz Meniarap

 

Salam semua,

Seminggu yang lalu adalah si comel Harraz ni macam dah start nak belajar meniarap.. tapi still tak berjaya juga.. berjaya meniarap separuh je.. tapi masih tak boleh nak meniarap sepenuhnya.

So kalau ada masa lapang dekat umah tu aku bentangkanlah tikar getah untuk dia belajar guling-guling.. kekadang sampai menangis sebab kepenatan kot.. Daddy dengan Mama dia pulak saja buat nakal nak juga kasi meniarap walaupun tak boleh penyudahnya teriaklah si comel tu.. hehehe.

Alhamdulillah tanpa disangka-sangka.. pagi tadi tengah kami bersiap-siap dia nak gi koje.. masa tu letak dia atas katil sambil terlentang.. tak semena-mena tetiba dia cuba meniarap lagi.. dan akhirnya berjaya meniarap dengan sendiri.. :-) punya happy kami berdua tengok.. hehehe.

Harraz belajar meniarap 1

Pandai anak daddy meniarap sendiri ye… Tutup mata pulak.. sebab dah kena flas kamera.. hehehe

 Harraz belajar meniarap 2

Sempat senyum lagi… sekarang hobi baru main air liur.. sampaikan rambut mama dia dah banyak yang gugur..

Risau jugakan sebab ramai anak kawan-kawan usia masuk 4 bulan je dah pandai meniarap.. lagi satu kalau dia dah pandai meniarap sekurang-kurangnya rambut dia dah boleh tumbuh dengan cepatkan.. taklah botak dekat belakang je.. hehehe

Nota : Korang yang ada pengalaman ada petua tak macam mana nak kurangkan rambut gugur lepas bersalin ni.. Kesian wife aku hari2 rambut gugur segumpal.. huhu.

24 comments:

  1. eheheh akhirnya berjaya jugak baby harraz mengurangkan kerisauan di hati mummy dan daddy dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah akhirnya risau daddy n mama dia dah kurang.. lepas ni boleh paraktis hari2 meniarap.. hehehe

      Delete
  2. geram tgk baby. nk peluk & cium.hehe

    ReplyDelete
  3. aisyah pun sama masuk 4 bulan baru niarap :-) saya pun rambut memang bergumpal2 juga. terus potong pendek, sekali tu lagi payah nak manage sbb tak leh ikat. hehe. tak tahu la nak wat camana, biar je la, may be hormon yg baik masa prgnt dah habis. tu yg rambut berterabut tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya nak kena potong juga kot.. huhu

      Delete
  4. setiap kali emak saya dalam pantang, dia akan simpan rambut panjang, emak sedara dia kata, (bekas mak bidan ler kot) kata lepas pantang, ikat toncang tinggi-tinggi and ketat-ketat maksudnya ikat ke atas melebihi paras telinga , ikat ketat-ketat rasa mcm semua rambut naik ke atas .... bukan sekadar tak mo rambut gugur tapi elak kedut di bawah telinga leher dan dahi, mak kita pun pesan dekat mak ucu kita .... biler suami balik, kat tocang disanggul kan then selit bunga .... hhhmmm wangi... cuba lah ...rambut gugur sebab darah tak sampai ke kepala ...... urut-urut skit,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq atas petuanya.. nanti boleh saya gi tahu dengan wife.. yang selit bunga tu tak boleh tahan.. hehehe

      Delete
  5. salam

    kalau dah boleh meniarap sat lagi boleh berlari la tu...

    petua rambut gugur takde, tapi mak kata masa pantang selama 66 hari kena ikat rambut tinggi2 bagi kemas supaya angin tak masuk, sebabnya, tak pasti, bila tanya mak kata buat je..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah mudah2 cepat dia berjalan n bercakap... oh yeke.. kena ikat rambut tinggi2.. nanti kena inform dekat wifelah.. tapi pantang dah habis.. huhu

      Delete
  6. olololo...siannye naik geram dia meronta-ronta mintak tolong...hehehehe...comel je Harraz ni, bambam!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. kalau tok ayah dgn tok ibu tengok video ni.. mau dia marah kita orang.. sebab dera cucu dia orang... hehehe

      Delete
  7. montel pipi haraz. rambut gugur lepas bersalin tu fenomena biasa agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah bro.. memang ramai cakap fenomena biasa tapi wife risau boleh jadi botak.. huuhu

      Delete
  8. Hurmmm... aper yang aku perasan ialah kalau baby nei dah pandai buat sesuatu.... mesti dia nak 'showoff' ngan mak ayahnya sambil senyum or tersengih bangga....

    ReplyDelete
  9. Yesss.. akhirnya saya berjaya.. Aloo comelnyer.. geram nak cubit2.. ;)

    ReplyDelete
  10. Dah boleh meniarap tandanya akan bertambah buas...
    So lepas nie kena tgk kerap2 laa.. he he he

    ReplyDelete
  11. seronok kan bila dapat tengok anak belajar sesuatu yang baru? ;)

    ReplyDelete
  12. beb may be ...baby u gatal gusinya..thats y air liur byk keluar...try belikan mainan yg boleh dia hisap tu...ade jual kan kat kedai..try ok..anyway tak kisah if perkembangan anak tu cam meniarap tak sama dgn perkembangan anak org lain...masing2 berbeza...

    ReplyDelete
  13. masa dh time nak dapat adek baru tuu.. ehhheee

    ReplyDelete
  14. hahahaaa.. comel sungguh.. lepas ni dia sembur2 tak?

    ReplyDelete
  15. Flashback trojan: Ancaman virus terbesar 2012 bagi pengguna Mac. Artikel sepenuhnya - www.gombug.net

    ReplyDelete

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Artikal Terdahulu

Catatan Popular Bulan Ini