Tebus Baucer Buku 1Malaysia Segera

3/24/2012 10:26:00 PTG 6 Comments

 

Salam semua,

Dalam keadaan anak tak berapa sihat hari ni sempat juga aku selesaikan beberapa perkara yang penting dengan cik malarang.

Sebenarnya dah nak masuk usia 4 bulan anak aku baru hari ini dia dijangkiti sedikit demam panas yang aku rasa berpunca dari jangkitan demam anak pengasuh.

Memang dah 3 hari anak pengasuh tu demam dan semalam mak dia cakap dah bawa anak dia gi hospital.. tup-tup tengah malam jam 2 pagi anak aku tetiba badan dia rasa panas sangat dah tu gelisah tak mau tidur.. apa lagi terus check guna thermometer dan bacaan menunjukkan suhu badan si Harraz 37.5 - 37.9 darjah celcius .. nampak gayanya dia dah nak demam.. berjaga malamlah aku dengan cik malarang jaga si comel ni.

Harraz Demam Panas

Cik Malarang dah cakap.. kalau suhu dia tak turun juga pepagi kita hantar dia gi klinik check.. so bila pagi aku check suhu badan dia dah turun.. cik malarang nak juga antar gi klinik.. so lepas sarapan je.. terus aku antar gi klinik area umah aku tu yang memang panel untuk insurans aku.

Alhamdulillah lepas doktor check katanya.. jangan risau.. demamnya sikit je.. jadi dia bagilah ubat demam untuk diminum..

Habis je urusan dekat klinik terus aku ke Lowyat untuk carikan adik aku laptop baru yang dikirim oleh mak aku dekat kampung.

Asus Laptop

Sampai-sampai je lowyat aku tak gi banyak kedai.. aku terus gi kedai yang selalu aku beli laptop dekat situ dulu.. lagi pun bukan nak beli laptop canggih.. ni jenis laptop biasa je.. lagi pun adik aku nak guna nanti bila ada rezeki masuk U..

Tawar-menawar diterukan dan penyudahnya laptop dari jenama ASUS menjadi pilihan.. Harga sekitar RM1,200 sahaja.(tak secanggih Toshiba Portege Z830 Ultrabook milik Denaihati)..

Habis urusan beli laptop terus bergegas ke klinik gigi pulak,… sebab cik malarang ada temujanji untuk tampal gigi beliau yang dah berlubang.

Baucer Buku 1Malaysia

Habis je urusan di klinik gigi… cik malarang dah ingatkan yang dia nak gi tebus semua baucer buku 1Malaysia yang dia dapat beberapa bulan yang lalu..

Sebelum ni dah claim separuh dari baucer ni  dekat MPH Mid Valley tapi malangnya masa tu majalah tak boleh dibeli guna baucer tu.. kata staff tu hanya buku SAHAJA.. dengan wajah kecewa aku pulangkan semua majalah yang aku dah beli tu..

Buku-buku Popular

Hasil tangkapan dari baucer buku 1Malaysia.

Lain cerita pulak dekat Kedai buku Popular.. sampai-sampai je aku dah cakap dengan cik malarang supaya pergi tanya dekat counter.. samada majalah boleh beli guna baucer atau tidak.. sekali budak casher tu cakap boleh dengan syarat ada beli buku sekali.. so bila dia kata boleh terus aku cilok beberapa buah majalah kereta,. hehehe.

Nota : kepada semua pelajar yang dapat baucer buku 1Malaysia tu cepat-cepat gi tebus baucer tu sebab tarikh tamat tebus adalah pada 31hb Mac 2012.

P/S : Doa-doakan ye semoga anak aku cepat sembuh dari demam panasnya.. sekarang asik nak nangis je.. huhu

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. boley je beli majalah..dengan syarat ada beli sekali buku barang sebijik ..xkisahlah buku apapun..agaknya MPH tu tersalah kot?
    Semoga baby cpt pulih ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikutkn memang mcm tulah..tapi mph banyak leceh... dekat popular apa2 pun boleh beli.. siap ada budak beli keyboard lg guna baucer tu.. he2

      Padam
  3. skrg ni mmg tgh musim budak demam and selesama lah.. moga si kecik tu cepat sembuh..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..