Durian Runtuh Kakitangan Awam, Naik Gaji 13 Peratus | SBPA Di Batalkan

 

Salam semua,

Sejak kontroversi panas melanda penjawat awam.. pelbagai cerita yang kita dengar.. ada berita gembira untuk sebelah pihak dan ada berita mengecewakan di sebelah pihak lagi.. lantaran itu telah menyebabkan Skim terbaru kakitangan awam yang dikenali sebagai SBPA telah ditangguhkan pada awal tahun ini.

SBPA vs SSM

kredit image : google

Dan pada hari ini PM telah mengumumkan kepada penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bahawa skim gaji baru SBPA telah dimansuhkan dan kakitangan awam kembali semula ke skim SSM dengan diberi penambahbaikkan.

Rasa-rasanya apa yang baik ye… terus baca dekat bawah…

Perdana Menteri mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Selain itu beliau juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Maklumat lanjut boleh layari – www.bernama.com

Apa pandangan korang tentang berita ini… berpuas hati? … Tahniah buat adik2ku di sektor Awam…

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

8 ulasan:

  1. Baguslah, pejawat awan ni banyak main peranan, terutama bahagian yang sensitif kepada rasuah, kalau main cikai je bayar diorang, kerja pun cikai gak.

    Harap dapat gaji lebih ni, moga kualiti kerja pun bertambah gak.

    BalasPadam
  2. Lepas dah naik gaji nie kalo makan rasuah gak elok amik tindakan diberhentikan kerja terus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bawa agama dalam kehidupan seharian.....gaji sekecil mana pun tak akan buat pekara2yg haram....akibatnya amat buruk menjadi darah daging dan keturunan pun tak mendengar kata dan tak jadi manusia.

      Padam
  3. alhamdullillah, dapat sikit pun takpe!

    BalasPadam
  4. Kita ni surirumah je, org naik gaji tumpang seronok.

    BalasPadam
  5. seronok betul kakitangan awam

    BalasPadam
  6. tumpang gembira bini... hehehee

    BalasPadam
  7. Syukur..tetap wajib bersyukur..tahniah semua.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..