Bulan Membayar Cukai | Mudah Dengan e-Filing

3/06/2012 09:58:00 PG , , 6 Comments

 

Salam semua,

Alhamdulillah pejam celik cukup lagi setahun.. maknanya kenalah bayar cukai pendapatan lagi.. seingat aku macam baru je aku gi uruskan aku punya borang e-Filing tahun lepas..

Alahai apa mau kecoh.. kalau gaji dah besar & masyuk.. bayor jelah.. dari nanti kena denda yang bukan-bukan kan.. Tahun ni merupakan kali ke-2 aku isi borang e-Filing ni.. selamat ada pengalaman tahun lepas.. so klik-klik & save dah tu siap.. dan jumlah cukai yang aku kena bayar adalah RM 0.00.. hehehe.. maklum jelah gaji kecik.. mana kena cukai.

e-filing

Perlu ingat ye.. yang jadi blogger ada income 4 angka sebulan tu baik korang declare cepat-cepat sebelum orang-orang LHDN ketuk pintu korang.. hehehe

Bila lagi mau bayar.. emmm jangan bertangguh… buat hari ni kalau korang dah dapat borang EA dari majikan masing-masing.. rasanya semua yang koje swasta dah dapat EA form ni kot.. kalau tak dapat lagi.. gegarlah majikan korang tu ye.. hehehe.

Isi borang secara Online dengan klik link sebelah ni >>> http://e.hasil.gov.my

Untuk makluman semua tarikh akhir penghantaran borang e-Filing ni pada 30hb April 2012 (ala apa mau kecoh lama lagilah)

Yelah tu.. sebab lama lagilah aku ingatkan korang semua.. jangan bila tinggal sehari nak tutup baru berebut-rebut.. penyudahnya sistem hang dan gagal hantar borang e-Filing tu.. sapa yang susah.. korang & keluarga korang juga..

e-hasil

Aku! …. tunggu tahun depan baru isi borang lagi.. sebab untuk tahun ni aku dah selesai hantar tadi.. ingat! jangan bertangguh ye..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. tak pernah lagi try efiling ni.. boleh dipraktikan nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang kena praktikan.. kalau tak LHDN dtg ketuk pintu.. hehehe

      Padam
  2. Rasanya blogger yang selalu dapat SP mungkin LHDN carik jugak kot....hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. sapalah tu ye.. selamat aku takda SP..:-)

      Padam
  3. hehe, dah tolong isi kat mak, memang senang
    jadi tak payah diorang nak kacau kacau :P

    BalasPadam
  4. Salam,

    saya agak khuathir menggunakan sistem berkomputer e-filing kerana setahu saya syarikat yang bertanggung jawab ke atas sijil digital adalah digicert. baru2x ini syarikat direvoke SSL mereka atas dasar implementasi polisi yang lemah. justeru itu saya sebagai pembayar cukai lebih merasakan untuk menghantar borang secara manual.

    sila lihat rujukan mengenai isu yang dihadapi oleh syarikat ini
    http://amanz.my/2011/11/malware-dengan-sijil-daripada-mardi-dilaporkan-oleh-f-secure/

    http://amanz.my/2011/11/mozilla-dan-microsoft-menarik-kembali-kepercayaan-yang-dikeluarkan-oleh-semua-sijil-digicert/

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..