Tips Mendapatkan Top 10 Link Referrer Dari Denaihati

2/28/2012 09:50:00 PG 17 Comments

 

Salam semua,

Sejak Denaihati keluarkan keputusan Top 10 Link Referrer dan Rakan Paling Mesra Januari 2012 semalam dah ada yang cuba bertanya dekat aku apa Tipsnya mendapatkan Link Referrer sebanyak tu?… hehehe sapa ye yang tanya tu.

Sebenarnya aku sendiri dapat tahu yang blog ikan bilis ni termasuk dalam senarai top 10 tu dari Mat Petak… petang semalam dia yang msg aku bagi tahu… sekali aku cakap dengan dia.. “Mana ada Bro? Siapa cakap. Jauh panggang dari api blog ayam serama ni.. hehehe” sekali dia cakap dengan aku.. yang dia baca post terbaru dari Denaihati.. 

Terus aku buka blog Denaihati & pastikan kesahihannya.. sekali aku tengok yelah memang betul.. gosok mata berkali2… cuba zoom screen.. sebab macam tak caya.. takut nama blog orang lainkan.. sekali aku dah tenang-tenangkan fikiran aku tengok balik.. yelah memang betul.. dalam hati “ALHAMDULILLAH rezeki anak bini ni”.. hehehe.

Denaihati - Top 10 Link Referrer

Saja sorok jumlah RM.. sebab nak suruh korang kira sendiri.. hehehe

Cuma aku cuba berfikir sejenak macam mana boleh jadi macam tu.. (hai sombong pulak budak ni.. orang nak bagi duit ambil jelah… dok fikir-fikir pulak… hahaha).. tak boleh beb kena fikir juga mana tahu silap sistem ke? atau kena spam ke.. betul tak.. sebab kalau rezeki tu bukan hak kita.. kita kena pulang semula pada yang berhak.. setuju tak? .. duit ni nak bagi anak bini makan.. kan jadi darah daging susah nanti tau.. (semoga dijauhkan)

Sekali aku baru teringat yang awal-awal tahun 2012 tu aku adalah pasang Banner Dari Denaihati tu dekat blog ni.. tapi tak lama lepas tu aku delete semula sebab masa tu status glitterati blog aku kena tarik dengan Nuffnang.. jadi aku sangkakan puncanya dari banner tulah.. sekali aku check dengan nuffnang katanya punca bukan dari banner tu.. tapi sebab akaun google aku kena disable yang menyebabkan blog aku down sehari.

 Banner

So bila aku fikir balik mungkin tu kot puncanya.. selain dari tu aku memang dah lama follow Rakan Denaihati dan yang terakhir aku pasangan widget waktu solat dari Denaihati.. Setiap kali aku buat entri yang ada kaitan dengan denaihati macam contest ke, aku mesti bagi backlinks semula ke blog beliau… itu sahaja yang aku buat.

Takda tips yang lain aku guna selain dari benda-benda yang aku dah terangkan dekat atas tu.. Cuma apa yang aku nak pesan lepas ni kalau korang dah buat semua benda-benda tu.. tapi masih tak tersenarai dalam Top 10 tu .. jangan dakwa dan salahkan aku ye..hehehe.. sebab tu semua hanyalah usaha… selain dari tu Allah yang tentukan segalanya.

Apa yang penting jangan menipu sudahlah ye.. :-) mungkin bulan Januari rezeki aku.. bulan Februari siapa tahu rezeki korang pulakkan.. Doa-doa & teruskanlah usaha ye.. :-) .. Amin

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

17 ulasan:

  1. huih, denaihati bayr ke utk setiap backlinks? kalo letak gliterati still tak cedera kan? kehkehkeh



    #newpost1 teknologi parking sendiri ford escape
    #newpost2 superman tak pakai underware merah dalam man of steel

    BalasPadam
    Balasan
    1. katanya dia bayar cash... tapi tak sure untuk yg tak tersenarai dalam top 10 tu.. jgn risau gliterati still tak cedera... hehe

      Padam
  2. Balasan
    1. Alhamdulillah rezeki anak bini. :-)

      Padam
  3. kiranya kena selalu istikomah beri backlink la ni ye untuk dapatkan top referrer

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebih kurang macam tulah.. jgn kedekut bagi backlink dekat org sebab ada juga baiknya untuk mudahkan entri kita duduk kekal dalam engine carian (rasanya kot.. heheeh)

      Padam
  4. Balasan
    1. tq.. Alhamdulillah boleh tahan juga banyaknya.. hehehe

      Padam
  5. steady lah bro!! leh berguru nih.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq2... aku pun masih nak berguru dengan Ariffshah ni.. hehehe

      Padam
  6. wah tahniah rezki masyuk lagi...ini lah org kata rezki anak nie... =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq.. betul2 memang tak sangka dah tak pernah terfikir pun..

      Padam
  7. Dengan hanya memberikan backlink... semakin bertambah rezeki bro kan... nice tips bro

    BalasPadam
  8. Lewat ucap tahniah... all d best brother

    BalasPadam
  9. Tahniah. saya baru follow blog denaihati ni,tengah mencari cara cara mendapatkan backlink dari denaihati ni.bagus juga tips bro ni.terima kasih ya.

    My Blog - Perniagaan Online | Usahawan Internet

    BalasPadam
  10. Tip yg diberi belum menyakinkan,
    Pasti ada lain lagi rahsianya,
    Ada ke sesiapa yg nak buat artikel berkenaan,
    Pasi ramai rakan2 yg terjahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada tips lain bro.. Kena tanya org lain juga apa tips diaorang

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..