Restoran Denai Tropika, Sungai Ara Penang | Bakal Adik Ipar Open Table

2/09/2012 11:20:00 PG 9 Comments

 

Salam semua,

Ini cerita semalam punya.. kisah bakal adik ipar aku open table untuk family mertua aku.. sebenarnya dah lama sangat bakal adik ipar aku nak belanja aku dengan cik malarang.. tapi disebabkan masa dengan waktu yang tak berapa nak mengizinkan asik tertunda je.. dan malam tadi di Restoran Denai Tropika, Sungai Ara Penang menjadi saksi bila impiannya ditunaikan.. hehehe..

Restoran Denai Tropika Sungai Ara

Sebelum meneruskan celoteh.. terima kasih kepada bakal adik ipar yang sudi belanja kami sekeluarga.. semoga murah rezeki.. dan bila dah sah jadi adik ipar aku nanti.. jangan lupa belanja kami lagi ye.. hehehe (ni bukan gurau betul2 tau..hahaha)

Family Mertua Myvitrd

Family cik malarang sedang ambil order.. aku pulak sebuk ambil gambar.. last-last gambar aku sekeping pun takda.. hehehe

Ruangan Menjamu selera

Suasana ruang makan yang sungguh selesa dan nyaman.. meja dilapik dengan kain batik dan semua kerusi dihias seperti berada dihotel..

Sotong Segar

Jom pilih apa nak makan.. macam aku pastinya nak sotong goreng tepung.. sebelum tu kena timbang sendiri berapa banyak nak sotong.. RM5 untuk 100g

Timbang Sotong segar

setelah aku pilih sotong mana yang elok.. terus timbang dalam 300g so harga aku dah taulah.. hehehe

lala dan Kerang Segar

ni pulak lala yang masih hidup.. masa aku ambil gambar tu.. lala ni masih bergerak-gerak lagi… kerang pun ada..

Siakap Segar

Ikan segar, macam biasa siakap mesti ada.. pilih-pilih mana mahu seekor siakap RM35 sahaja

Udang Segar

Udang segar RM10 untuk 100g.. tapi malam tadi kami tak ambil udang.. entah aku pun heran juga pasal apa aku tak ambil udang ye.. kalau tak boleh rasa udang goreng tepung.. huhu rugi2.. orang dah nak belanja kita balun jelahkan.. paling tidak kena cuci pinggan dekat belakang je kalau tak cukup duit.. hehehe

 Menu Restoran Denai Tropika

Jom kita buka menu apa yang menarik dalam ni…

Menu Set 1

Menu Set 2

nilah dia set menu untuk family.. korang pilih nak ambil yang mana rasanya harga berpatutan dengan suasana kedai.

Bihun Sup

Menu ibu mertua.. Bihun Sup Ayam Black Paper.. terbaik.. rasa hangat sampai ke anak tekak.. kuah yang pekat.. aku memang suka sup-sup ni..

Telur Dadar Kailan Ikan Masin

Telur dadar & sayur kailan..

Kerang Bakar Siakap 3 Rasa

kerang bakar & siakap 3 rasa.. yang ni aku yang pilih.. banjir dengan kuah 3 rasa.. terbaik

Sotong Goreng Tepung Sup Ayam

sotong goreng tepung aku tadi.. & sup ayam.. pun terbaik..

Selamat menjamu selera

Menu dah sampai.. tapi tak boleh start makan lagi sebab adik cik malarang tak sampai lagi.. so kena tunggu dia dulu.. jadi semua orang kena posing ambil gambar dulu.. hehehe

Selamat menjamu selera 1

akhirnya adik cik malarang sampai yang berbaju biru tu.. so baca doa & makan… tengah makan memang takda snap gambar dah sebab aku pun dah lapar… hahaha

Tokey KDU Bayar

Bakal adik ipar (baju merah berkopiah) tengah deal dengan casher.. boleh diskaun ke ni.. ke kena basuh pinggan.. hehehe..

So far makanan dengan restoran Denai Tropika ni memang sedap & service pun cepat.. order je.. tak sampai 15 minit semua yang di order dah sampai.. dan paling menarik semua pelayan dia pakai uniform yang sama.. ala-ala hotel.

Andai korang berkunjung ke Penang ni.. dan nak cari tempat untuk menjamu selera Restoran Denai Tropika ni boleh dicadangkan…

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

9 ulasan:

  1. err..bakal adik ipar atau biras?

    BalasPadam
  2. @matjoe : hehe kalau ambil sekilo memang mcm tulah kot harganya

    @ciklilie : dua2 boleh.. Hehe

    BalasPadam
  3. wah tengahari baca entri makanan mmg bergetar muzik perut berbunyi hihi...

    ehh tapi alamat lengkap xder camner nak terjah hihi...

    BalasPadam
  4. hurmmm....bila mau blanja kengkawan blogger pulak nie bro...heehhehe

    BalasPadam
  5. @Misz_eyza : insyaallah alamat akan diupdate nanti.. hehehe

    @Hazman : insyaallah boleh2.. hehehe

    BalasPadam
  6. ni aku nak tanya.. lepas bersalin ni, mood makan cik malarang makin naik ka, atau sama aja...?
    best laaa cuti2 kita makan ramai2 kan?

    BalasPadam
  7. @kid : mood makan mcm balas dendam lepas pantang..he3

    BalasPadam
  8. Kid:mood mkn sy dr sblm kahwin smp skrg sama je,bersrlera selalu,tambah kalau org belanja,hehe....

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..