Pagi Rabu Yang Tension….

2/15/2012 11:29:00 PG 10 Comments

 

Salam semua,

Hari kedua antar anak ke rumah pengasuh sebelah rumah… nampak macam oklah sebab hari pertama semalam si comel ni tak buat perangai kata pengasuhnya.. tengok anak-anak kepada pengasuh ni pun suka dekat si comel tu..

Seawal jam 7.00 pagi dah sampai umah pengasuh.. adalah dalam 5 minit kot dekat umah pengasuh tu.. terus gerak gi hantar cik malarang gi koje.. sampai je opis cik malarang dah 7.40…

Jalan Tun Razak

Dah tu terus gerak gi opis aku… seperti yang aku dah jangka sampai je dekat depan Parlimen.. kereta dah mula berderet… aduhhh dalam hati dah risau.. confirm aku sampai lewat kalau macam ni..  seperti yang aku jangkaan memang BENAR.. aku ambil masa 1 jam untuk sampai dekat depan PWTC… penyudahnya sampai opis jam 9.05… lewat satu jam aku masuk opis hari ni.. huhu..

Nampaknya petang ni lewatlah aku gi jemput si comel aku ni..

stress_man

emmmm… apa nak buat dah nasib badan.. esok kena tukar jadual perjalananlah jawabnya kalau macam ni.. tak pon esok aku naik LRT jelahkan.. huhu.

Pasal apa minggu ni KL sesak sangat ye? Patutlah dekat papan tanda digital tu ada tulis ayat lebih kurang macam ni “Mari Berkongsi Kereta ketempat Koje”.. mungkin ni salah satu cara nak kurangkan kesesakkan dekat pusat bandar ni kot.. Tapi macam mana nak kongsi kereta kalau sorang koje kearah utara.. sorang lagi koje ke arah selatan.. emmmm…

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

10 ulasan:

  1. dah 2 hari jalan sesak semacam je..
    hangin tul pg2..

    BalasPadam
  2. @iEyla : tulah pasalnya.. rasanya semua orang gi koje naik kereta kot.. tu yang banjir dengan kereta dekat KL minggu ni.. huhu

    BalasPadam
  3. biar betol bro 1 jam perjalanan g tempat keje...mmg cabaran betol kalo hari² mcm ni

    BalasPadam
  4. nampak gaya sorang kena naik public transport laa kalau jadi kes cenggini

    BalasPadam
  5. uihhh dasat sungguh ekk jem sampai lewat 1 jam ke tempat kerja...huhu sib baek saya duk bandar kecik jer

    BalasPadam
  6. adoi betul2 tension lah dok bandar ni..esok pkul 5 dah kena gerak tu..heee

    BalasPadam
  7. Your blog is very helpful for me .thanks to sharing with us.

    BalasPadam
  8. aku memang gerak awal gi koje.. shif 8.30am, kul 6.30am dah start enjin... vrooomm....

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..