Kini Sudah 2 Bulan Si Comel Manja Ni

2/08/2012 06:26:00 PTG 3 Comments

 

Salam semua,

Diam-diam sebenarnya usia Muhammad Harraz Fahim hari ni genap dah 2 bulan.. rasanya macam baru je semalam si comel ni lahir.. tengok2 kalender dah 2 bulan sudah dia melihat dunia ni.

myvitrd vs myvitrd junior

Hari ni merupakan kali kedua si comel ni kena hantar ke klinik kesihatan untuk cucuk kali ke 2.. masa cucuk satu bulan tu.. aku tak ada sebab dah balik kerja ke KL.. so cik malarang dengan pak mertua yang hantar gi cucuk. kebetulan kali ni aku masih cuti so aku yang bawa sendiri si comel ni gi cucuk untuk 2 bulan.

Timbang baby 1

Sebelum kena cucuk nurse minta si comel ni kena timbang berat dulu.. lagi pun aku pun excited nak tahu berapa dah berat terkini si comel ni..

Timbang baby 2

Sorry saya malu sebab dah kena sunat.. so anu saya kena tutup… tq daddy tutup anu saya… daddy tengok tu berapa berat saya ye…. wah.. berat dah naik.. dari mata jarum penimbang tu menunjukkan 4.5 kg untuk usia 2 bulan.. masa usia sebulan berat baru 3.6 kg… ni lah dia penangan susu ibu yang penuh khasiat.. tq mama..

pengukur panjang baby 1

apa pulak ni daddy?… kalau nak tahu nilah tempat nak ukur berapa tinggi kita… alat pengukur manual ni.. kalau dah besar kena guna alat yang kita berdiri tu.. so kalau baby mana boleh berdiri.. so kenalah baring untuk ukur berapa tinggi sekarang..

pengukur panjang baby 2

aik.. dia orang nak buat apa dengan kita ni… takutlah…huhu.. nilah gelagat muka cuak si comel ni masa nak kena ukur.. gayat kot. tinggi kita sekarang 56cm bulan lepas 53cm je.

ready 2 cucuk

habis kena timbang dengan ukur tinggi.. maka nilah saat2 yang nanti-nantikan.. takut… takut sebab nak kena cucuk ye… huhu

Nangis sikit je…

Harraz lena

Macam biasa kena cucuk nangislah kejab.. selamat tak melalak teruk.. herokan mana boleh nangis.. hehehe.. sebelum balik nurse dah bekalkan dengan ubat demam sebab takut demam lepas kena cucuk ni.. cucuk bulan lepas tak demam..

Sampai-sampai je umah.. terus lena.. tengok tu punyalah khusyuk tidur… semoga anakku ini sihat sepanjang masa amin…..

Oklah aku nak siap2 gi antar cik malarang untuk final exam ni.. next time ada cerita aku kongsi lagi.. wasalam..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. segaknya anak hang nih.. takpe, bagi breastfeeding dulu. selagi ada.
    harraz, hang ni tembam lah. =)

    BalasPadam
  2. tgk fizikal baby harraz xnampak macam dah 2 bulan...hehe rasa macam lebih 2 bulan dah tue hihi apa2pun, tetap comel dan kiut jerr...

    BalasPadam
  3. gambar no. 2 tu buat saya terkejut..
    rupanya anak patung yang duduk.. hihihi..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..