Kes Petang Tadi Peragut Ada di Mana-mana

2/17/2012 09:48:00 PTG 9 Comments

 

Salam semua,

Tengah aku duduk dalam kereta dalam keadaan sedikit jem di jalan 17/21 berdekatan dengan Lebuhraya Sprint….. tetiba aku dengar macam ada bunyi ketukan kuat dekat belakang kereta aku.. so aku tengoklah dengan cermin pandang belakang.. ingatkan ada orang kemalangan ke… rupa-rupanya.. 2 orang penunggang motorsikal tengah cuba untuk memecahkan cermin sisi hadapan sebelah kiri sebuah kereta Volkswagen yang dipandu oleh seorang perempuan.

Masa kejadian tu.. semua kereta tengah berhenti menunggu lampu isyarat warna hijau.. rupanya2 time tu jugalah peragut tu cuba nak ragut beg tangan perempuan tu.

ragut

Sekadar Gambar Hiasan : Kredit Google

Korang nampak gambar dekat atas tu.. gaya cuba memecahkan cermin sisi lebih kurang macam tulah.. aku rasa peragut ni.. cuba untuk mengambil beg tangan perempuan yang bawa kereta tu.. sebab masa aku tengok cermin belakang tu.. aku tengok perempuan yang bawa kereta tu cepat2 capai beg tangan dia dekat sebelah tempat duduk tu.

Akibat peragut ni gagal memecahkan cermin tingkap kereta tu.. dia terus pecut motor yang ditunggang tu lalu depan kereta aku.. masa tu aku tengok peragut yang bawa motor tu cuba larikan diri sebab dah gagal nak ambil beng tangan perempuan tu.. habis semua lampu merah pon dia langgar.

Aku hanya mampu nampak je drama petang tadi tu… memang terkejut aku sekejab dibuatnya sebab benda tu berlaku betul-betul dekat belakang kereta aku.

Sempat aku tengok kereta yang cuba dipecahkan tu.. cermin sisi dah retak seribu.. tapi mungkin telah dipasangkan dengan tinted yang berkualiti yang telah berjaya menyelamatkan dari cermin tu ranap dan seterusnya menyelamatkan beg tangan perempuan tu dari dilarikan.

Pesanan aku kepada semua pemandu kereta tidak kiralah lelaki atau perempuan.. jangan sesekali letak beg galas atau beg tangan di kerusi penumpang sebelah korang.. kalau boleh letak dekat bawah tempat duduk korang yang mana susah nak di capai oleh peragut.. gara-gara kecuaian koranglah ni yang biasaya mengundang kepada kes ragut dalam kereta.

Semoga kita semua sentiasa dijauhkan dari musibah ni… kekadang malang tidak berbau..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

9 ulasan:

  1. takutnya bila benda tuh berlaku depan mata

    BalasPadam
  2. berani sunggug si peragut skang...tgh2 ramai orang pun amish nka buat kejer kotor tu jugak

    BalasPadam
  3. skrg ni menakutkanlah duk kl...penjahat ada di mana-mana .cuma kena hati-hati

    BalasPadam
  4. xkira kat mana dah skarg ni. semua tmpt bahaya even kat dlm rumah pun. kes ragut n pchkan cermin keta dah bnyk berlaku, utk elakkannya jgn pancing peluang.. berjaga2.

    BalasPadam
  5. sekarang bahaya sangat kalau pempuan drive sorang2..kena buat sesuatu ni..

    BalasPadam
  6. yg ni mmg saya selalu pesan kat isteri saya..tapi sedihlah..ada lagi mat2 rempit ni yg nak buat kerja2 bodoh ni

    BalasPadam
  7. mesti rasa dag dig dug kan bila tengok kejadian tu depan mata....

    BalasPadam
  8. eee..ngeri tgk..

    pa sni kene pandu kete kunci pintu, tak buka tingkap danjuga letak beg kat kaki pemandu.. ok ker?? huhuhuh

    Sumijelly.com

    BalasPadam
  9. fuh sangat bahaye....skrg kena extra carefull...saya kalau drive mmg handbag duk bawah seat...keluarkan hp dan dompet je..itupon sorok..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..