Cabaran Membawa Pulang Stok EBM Untuk Si Comel

2/13/2012 02:56:00 PTG 10 Comments

 

Salam semua,

Alhamdulillah setelah hampir 2 minggu aku habiskan cuti dengan cik malarang di Penang, semalam  kami sekeluarga telah memulakan semula kehidupan bertiga dirumah kami sendiri.. Alhamdulillah malam tadi si comel dapat tidur dengan lena sehingga jam 6 pagi.. walaupun pada mulanya agak liat juga si Harraz ni nak lelapkan mata.. ni mungkin cuaca di dalam rumah kami tu sedikit bahang.. jadi nak tak nak terpaksalah aku dengan cik malarag tidur dekat ruang tamu.

Dodoi punya dodoi.. daddy dengan mama yang lena dulu.. si comel rasanya jam 1.00 pagi baru tutup mata.. :-)

Muhammad Harraz Fahim

Esok pulak merupakan hari pertama aku terpaksa menyerahkan si comel ni dekat pengasuh sebelah rumah.. nampaknya untuk permulaan ni.. perasaan sedih.. risau dan macam-macam pastinya bermain-main dibenak kami suami isteri ni.. almaklum jelah sekarang ni macam-macam kes yang terjadi dekat baby dekat rumah pengasuh dengan nursery.. mak dengan ayah mana yang tak risaukan.. tapi tulah hakikatnya yang terpaksa kami buat bila kami berdua bekerja. harapnya si comel ni dapatlah sesuaikan diri nanti.

Cerita pasal EBM ni.. semalam alhamdulillah stok EBM yang disimpan selama 2 bulan dirumah ibu mertua sebahagiannya telah kami bawa balik ke KL untuk stok si comel dekat rumah pengasuh nanti..

Stok EBM 1

Stok EBM 2

ni semua stok EBM sedia ada dekat rumah di KL.. aduh peti ais dah nak penuh.. ni tak masuk lagi stok yang bawa bali dari penang..

Cik Malarang dah mula risik-risik nak beli peti ais khas untuk EBM je… andai kata keadaan mendesak.. mungkin kena beli satu lagi peti ais rasanya…

Stok EBM 3

Macam nilah rupanya cube ais dari Penang.. sampai KL masih sama.. tak cair pun.. ada orang kata kalau nak tahan lagi lama bubuh garam dekat atas ais tu.. aku tak pernah cuba lagi.. ingat lagi sekali balik Penang nanti nak test bubuh garam… tengok menjadi tak? sebab sekarang tak bubuh garam pun dalam 5 jam perjalanan ok lagi.

Stok EBM 4

Dalam longgokkan ais tulah stok EBM aku letak.. supaya tahap beku kekal seperti sediakala.. andai kata cair semuanya.. apa yang cik malarang cakap dalam tempoh 1 jam (silap) 24 jam semua stok EBM tu kena habiskan..

Peti Ais EBM 2[3]

Rasanya jenis peti ais mana yang sesuai.. jenis yang dekat atas ni.. atau dekat bawah ni..

Peti Ais EBM 5jpg

kredit foto : sayahappyslalu

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

10 ulasan:

  1. kalau cair semua,kena hbskan dlm ms 24jam la syg,bukan sejam...

    BalasPadam
  2. @malarang_kak : dah betulkan.. hehehe silap taip.. tq syg

    BalasPadam
  3. owh banyaknya stok...kena cepat2 cari peti sejuk nie..sayang plak kalau dah cair dan xleh guna

    BalasPadam
  4. ambiik peti yang bawah pun okay... :)

    BalasPadam
  5. salam singgah :-)

    sy pun ada pglmn bawa ebm selepas berkursus selama 2 mgu . cam tu la gayanya. kali ni nak kena bawa balik tong ikan berisi ebm dari johor ke kl plak. rasanya teknik yg sama kena pakai juga :-)

    jmput singgah http://suliana-mylittlesunshine.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. @Misz_eyza : tulah.. nampak gaya kena beli juga kot rasanya..

    @KiD : ramai gak kata yang jenis dekat bawah tu ok.. insyaallah hujung bulan gi cari kot.. hehehe

    @Suliana : memang tong ikan tu berkesan rupanya.. dah cuba letak ais dalam tu memang kalau 24 jam tak cair lagi..

    BalasPadam
  7. pakai dry ice lagi tahan lama bro

    BalasPadam
  8. @zarul umbrella : mungkinlah bro.. tak pernah cuba lagi.. hehehe

    BalasPadam
  9. ibu susu pernah pos susu dr penang ke kelantan ni tak bubuh ais, sekadar tabur garam saja, sampai sini still beku.. pun guna polisterin juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh yeke? tanpa ais hanya guna garam.. boleh cuba ni

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..