Terkejut Beruk Blog Myvitrd.com Kena Delete

1/16/2012 09:14:00 PG , 12 Comments

 

Salam semua,

Sebenarnya aku masih dalam mood cemas lagi.. mana tidaknya malam tadi member aku papankekunciku ada maklumkan aku pada jam 12.00 pagi blog cap ikan bilis ni tak boleh nak access mula-mula dia ingat aku tengah tukar domain.. aku cakap aku tak buat apa-apa sekali aku check.. ni yang aku dapat..

blog myvitrd 1

Sorry, the blog at myvitrd.blogspot.com has been removed… huhu gila apa? sapa yang tak  terperanjat.. baik2 aku nak tidur lena tak pasal-pasal aku kena cari solution sampai jam 2 pagi.. last-last aku penat terus aku tertidur...

Pagi-pagi cik malarang ada call kata bro mat tiger cakap cikepal pernah kena macam ni cuba tanya dia.. so apa lagi sampai opis terus aku memburu si cikepal ni nak minta bantuan.. aku dah email tapi belum ada respone lagi mungkin dia buzy kot..

So dalam pada masa yang sama aku cubalah godeh-godeh sendiri apa yang perlu dibuat.. apa lagi mula-mula aku cubalah login akuan gmail.. terus dipaparkan satu kotak yang meminta aku masukkan no.phone untuk verified akaun google aku.. macam biasalah aku follow jelah step tu.. dan akhirnya alhamdulillah lebih kurang jam 8.45 tadi akaun google aku dah aktif semula.. Syukur alhamdulillah.. cuma sampai sekarang aku tak tahu apa puncanya sampai jadi macam tu.. (korang ada ke yang pernah kena macam aku ni?)

Apa pon lepas je blog dah boleh buka.. terus aku backup semua blog-blog peribadi aku ni.. kata orang sediakan payung sebelum hujan.. maunya dia delete buat selama-lamanya akaun google aku ni.. menangis seminggulah aku dalam kelambu… hehehe.

Oklah aku nak sambung koje dulu.. walaupun masih dalam macam percaya tak percaya apa yang berlaku malam tadi.. kepada yang membantu aku ucapkan ribuan terima kasih.. Terbaik!

* macam kena tukar hosting je ni.. hehehe

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

12 ulasan:

  1. nasib baik mid, kalau aku kena pun memang nangis tak berlagu jawabnya lah kan.

    BalasPadam
  2. alaa dulu penah blogspot menggila, delete blog orang secara besar2an... sebab tu jugak ler aku pakai domain & hosting sendiri... sayang wooo kalau segala apa yg kita tulis selama ni hilang camtu jer...

    BalasPadam
  3. benda ni biasa jadi pada google user bro so cool je hehe

    BalasPadam
  4. untuk keselamatan.. tukar hosting je

    BalasPadam
  5. hehe saya selalu sgt jadik macam nie...tp xpenak buat backup pun. camner yer nak buat backup tue?

    BalasPadam
  6. perasan juga malam tadi blog myvirtd ni dah dipadam. agak pelik juga. nasib baik dpt balik blog ni ye..

    BalasPadam
  7. alhamdulillah myvitrd sudah kembali semula hari ni...kalo kena kat aku pun xtau nak kate ape...pe kate buat tutorial backup blog bro...

    RM12642 Pendapatan 4 Bulan Nuffnang

    BalasPadam
  8. pernah kena haritu..neves jugoklah seposen..hehe..
    blogger ni memang kerap cari pasal..
    ore klate kata brehi babak..hehe..

    BalasPadam
  9. rasanya dah tiba waktu bro tukar kepada hosting sendiri.... SP yang dapat tu dah boleh cover sumenya...hehehehe

    BalasPadam
  10. ikut kemampuan blog ni, dh boleh tukar ke selfhosting ni bro.. blogsite pon kira cam asset gk kan..hehhe

    BalasPadam
  11. Haa.. Kena bertukar kepada hosting sendiri dah ni.

    Boleh cuba Sealserver :D
    - http://sealserver.my

    BalasPadam
  12. The New Testament doesn't give any restrictions on giving. You can give any percentage you want, to anyone or any organization you want.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..