Selamat Ulang Tahun Kelahiran Tn. Zamri

1/12/2012 12:51:00 PTG 7 Comments

 

Salam semua,

Semalam lepas magrib sempat aku berkunjung ke rumah sepupu aku di Klang bersama dengan family adik aku.. selalunya kalau aku gi mana-mana mesti cik malarang ada ikut.. tapi kali ni sedih sikit sebab dia takda sekali.. sebab masih cuti berpantang dekat Penang..

Kunjungan semalam atas jemputan wife sepupu aku (Tn.Zamri).. Sebenarnya wife sepupu aku ni nak buat surprise dekat laki dia.. tapi rupanya laki dia yang buat surprise dekat dia.. hehehe.. mana tidaknya.. masa nak buat masjlis ni dia tak cakap pon dekat laki dia.. kira ala-ala nak buat kejutanlahkan.. sekali laki dia tahu.. laki dia kata dia pun ada jamuan makan malam dengan Pegawai-pegawai dekat Bukit Aman.. hahaha.. ambik kau wife dia pulak yang gelabah.. hehehe.

happy birthday 7

Sampai-sampai je makanan dah terhidang.. macam biasalah bila dah tengok sate tu confirm aku akan bedal.. dah tu tak lupa merasa ayam golek Tn. Zamri ni.. memang terbaiklah..

Sebenarnya malam semalam selera makan aku kurang sikit.. sebab tu kali ni aku makan tak banyak manapun.. walaupun semua juadah sedap2 belaka… entahlah pasal apa entah kurang selera.. mungkin teringat anak bini kut.. huhu.

happy birthday 5

Acara pemotongan kek dimulakan oleh Tn. Zamri.. (tahun keberapa ni tn.? hehehe)  Semoga dengan meningkatnya usia tn. dapat ditambahkan lagi rezekinya, amal ibadahnya dan diberi kesihatan berpanjangan disamping berbahagia bersama keluarga tercinta sampai ke syurga.. amin.

happy birthday 4

Awat tangan tn. mengeletar potong kek ni.. hahaha.. macam tak biasa je.. takkan risau majlis dekat Bukit Aman tak sempat nak datang kot.. hehehe.. ke ada Kek lain yang nak potong dekat sana… hahaha.

happy birthday 1

Wife Tn. Zamri bersama baby barunya.. comel tak saya…

Alhamdulillah syukur 30hb Disember 2011 sepupu aku ni baru je menerima sorang lagi cahaya mata comel.. kalau dulu bertiga kini dah berempat.. murah rezeki Tn.

Nampak gayanya Harraz ada sepupu barulah ni.. lepas ni boleh main kejar-kejar sama..

happy birthday 2 happy birthday 3

Nilah gaya anak saudara aku sebelah kiri ni yang macam nak azan je.. hehehe dan sebelah kanan ni anak sulung Tn. Zamri.. comel dan pandai bergaya depan kamera..

Seronok tengok budak2 ni dah membesar.. dah boleh lari.. cakap pon dah petah sampai kita nak cakap pon tak sempat.. hehehe.. rasanya bilalah anak kita nak besar ye sayang? hehehe.

 

P/S : Terima kasih kepada Aida & Tn. Zamri yang menjemput kami untuk memeriahkan majlis semalam.. ada makan-makan jangan segan-segan panggil lagi ye.. teringin nak makan Mee Bandunglah macam hari tu.. hehehe.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. selamat ulangtahun Tuan Zamri.. ni adik beradik Ustaz Zamri eh? :)

    BalasPadam
  2. agaknya mmg dok tringat kat cik malarang dgn baby harraz tue yg xlalu makan tue hihi...(^_^)

    BalasPadam
  3. setiap kali majlis sambutan hari lahir....kanak2x juga yang happy kan...

    BalasPadam
  4. @Kid : heheehe.. takda kena mengena dgn Ustaz Zamri.. hehehe

    @Misz_eyza : tulah pasalnya.. selalu datang umah sepupu mesti berdua.. kali ni dia takda lain macam sikit..heheehe

    @Hazman : betul bro.. sebenarnya yg seronok budak2 je.. kita yg tua ni datang untuk makan je.. hehehe

    BalasPadam
  5. makanan sedap-sedap semuanya..
    happy birthday to him too..:)

    BalasPadam
  6. Teringat ank bini memang la tak lalu.. Tambahan pulak.. Selalu jln2 berdua.. Kali nie lone ranger plak...

    Raya cina nak blk penang x? Jom balik ngan aku... Hari rabu mggu depan.. Ha ha..

    BalasPadam
  7. @Prettywrite : tq2

    @Fazrol : selera kurang bro.. hehehe.. alamak hang balik awal sangat.. aku balik ari Khamis hehehe

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..