Ronda-ronda di Hari Sabtu | Tesco & One Utama

1/29/2012 09:49:00 PG , , 12 Comments

 

Salam hujung minggu semua,

Semalam merupakan  hujung pertama aku dengan cik malarang & si Comel berehat bertiga dirumah.. kalau minggu-minggu sebelum ni banyak aktiviti balik kampung ke Penang & ke Johor.. jadi hujung minggu yang ada ni.. kami gunakanlah sepuas-puasanya untuk gi ronda-ronda.

Kesian juga aku tengok cik malarang duduk dekat umah je dah 3 hari tak keluar-keluar so aku bawalah dia gi keluar ambil angin.. mana tahu boleh tenang-tenangkan fikiran setelah penat berjaga malam.. hehehe.

Harraz Fahim 1

Daddy nak bawa kita gi jalan-jalan dekat mana ni…? kita mengantuklah nak tido dulu boleh?

Peti Ais EBM 1 Peti Ais EBM 2

Lokasi pertama yang aku gi semalam adalah dekat tesco Mutiara Damansara.. nak dikatakan setiap bulan aku mesti datang shopping sini.. kekadang tu gi pusing-pusing je tengok harga barang kot-kot ada offer murahkan.. macam semalam kebetulan lalu dekat kawasan barang-barang elektrik tu.. tetiba aku terperasanlah satu peti ais tempat simpan daging.. so aku cakap dengan cik malarang.. bagus juga kalau beli peti ais ni.. boleh simpan Susu badan yang dah diperah tu.. bukan apa.. peti ais dekat umah dah penuh dengan stok EBM je.. hehehe

Peti ais tu memang tengah offer sebenarnya.. harga asal RM9xx.xx tapi semalam dia tulis RM4xx.xx.. tapi kita orang tak beli pun sebab buat masa ni belum ada keperluan lagi nak beli.. kalau dah terdesak mungkin beli juga kot nanti.. hehehe

Almari Baju 2 Almari Baju 1

apa benda pulak ni? mulanya cik malarang dah berkenan dengan almari baju ni.. katanya nak letak baju-baju si comel yang dah berlonggok dekat umah tu… hehehe.. harganya pun murah.. sepadan dengan rupanya.. kalau tak silap RM65 kot.. tapi malangnya warna hijau macam ni takda stok yang banyak warna pink je… adehhhh aku ni dah lah tak suka warna pink.. so memang tak belilah.

* next time kita cari tempat lain ye sayang.. buat sementara ni simpan baju-baju tu dalam beg jelah dulu.. huhu

Drypers

Niat asal datang tesco memang nak cari Drypers nilah.. so kebetulan memang tengah offer so apa lagi aku cakap dengan cik malarang.. “sayang, ambil 2 size S64 tu” hehehe. So kalau korang nak beli Drypers ni gi tesco cepat-cepat sebab harga yang ditawarkan sekarang RM27.69.. harga asal RM31.xx

Fos Kid One Utama 1 Fos Kid One Utama 2

Habis je shopping dekat tesco.. aku cakap dengan cik malarang jom balik rumah.. hehehe.. emmmm apa lagi muka muncunglah bila ajak balik umah.. sebab masa tu awal lagi.. hehehe..

Sebenarnya aku saja je  nyakat dia… aku ni taklah kejam nak terus bawa isteri balik umah.. lagi pun hari masih awal.. hehehe..

next destination adalah One Utama.. macam biasalah dah sampai one utama mana-mana je ada kedai jual barang-barang @ pakaian baby mesti cik malarang nak masuk.. so sayang bini turut-turutkanlah ye… hehehe.. dan sampailah ketemu dengan F.O.S kid & teens ni… punyalah suka cik malarang.. korang tengok berapa banyak baju dia borong untuk so comel.. sampai dia lupa baju suami tak shopping lagi.. hehehe.

A&W

Penat shopping ye… jom pekena A&W sekejab…

kerusi urut bayi

Selesanya saya.. kerusi ni bergegar-gegarlah daddy.. ni ke namanya kerusi urut?

 Buai elektrik

Buai laju-laju…. sampai saya lena…

Habis je makan dekat A&W tu.. sambung pusing semula dekat one utama.. terjumpa pulak tempat jual permainan untuk kanak-kanak.. nama kedai aku lupalah.. hehehe.. tapi kedai tu memang besar gila.. sediakan duit je kalau nak beli mainan dalam tu..

Niat asal nak cari kipas untuk si comel ni.. memang ada jual tapi tak jadi beli sebab harganya mahal sikit.. sekali pegi kedai lain.. harga sama juga.. emmmm nak tak nak belilah juga..

Masa dalam kedai mainan tu sempat si comel tu test dua benda.. kerusi urut & buai elektrik.. punya suka si comel ni duduk dalam tu… nak beli ratus juga harganya.. emmm kena tunggu ada orang belanjalah si comelni baru beli.. hehehe

Baju FOS kid Harraz

Model iklan F.O.S kids & teens

Habis je shopping dekat one utama kita orang terus gerak balik umah.. sampai je dekat umah.. mestilah nak test baju barukan.. dan akhirnya saya telah mencuba baju baru yang mama belikan tadi.. tq mama & daddy belikan harraz baju baru.

* Hari ahad daddy nak bawa kita jalan-jalan gi mana pulak?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

12 ulasan:

  1. Good morning,,
    Oh! Oh! Semangat Dan comel nye baby... Pegi jalan2 ye...

    BalasPadam
  2. aik bukan daddy ke yg nak belikan Harraz baju mula2....

    BalasPadam
  3. haaa malarang-kak dah pecah rahsia hihi rupa2nya dady yg eksaited terlebih... ;)

    BalasPadam
  4. dah berapa kg si comel Harraz tu? bersemangat sungguh :)

    BalasPadam
  5. mak aii..tembamnyaaaaa baby..comeiiii... baiknyerr daddy dier bawak mummy and baby jenjalan

    BalasPadam
  6. Comel la anak cik malarang :) haha.. buai tu cantik la :)

    BalasPadam
  7. Baby Sangatttt comel dan tembam! Geramnya tengok...hehehehe

    BalasPadam
  8. gambar last tu kalau edit ngan cantik memang boleh buat katalog iklan bro...

    BalasPadam
  9. harraz debab!! hehehe.. brape kg dah nih?

    BalasPadam
  10. @Kid : berat dia tak tak bro.. next week cukup 2 bulan baru g timbang

    BalasPadam
  11. excited sangat nak bawak anak jalan², kan? walhal bukan dia ingat apa pun... takpe, enjoy ur time....

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..