Pemberian Ikhlas Dari Mat Tiger | Terima Kasih Eyriqazz

1/14/2012 06:48:00 PTG , 3 Comments

Salam semua,

Memang tak sangka betul.. Sebelum aku gerak balik tadi dari test drive kereta-kereta volkswagen dekat Desa Park City.. Mat Tiger @ eyriqazz.com sempat hulurkan dekat aku satu sampul berisi duit..

Opssss nanti dulu ye... Ni bukan duit rasuah atau duit tutup mulut pasal dia kena peluk dengan artis MasterChef tu tau.. Hehe.. Ni sebenarnya adalah duit siri baharu yang bakal di keluarkan oleh Bank Negara tak lama lagi.. Katanya hadiah buat pengomen yang rajin dalam blog... Hehe.. Rajin ye aku bro..




Sapa yang tak happy dapat duit baru yang orang lain tak dapat pegang lagikan... Kira aku ni salah seorang orang yang terawalah pegang duit siri baharu ni.. Jangan jelous ye.. Kalau korang nak tahu aku ni memang salah seorang penggemar mengumpul duit2 lama ni, so dah dapat duit baru ni pastinya ku akan simpan sebagai kenangan pemberian dari seorang rakan blogger yang sangat pemurah.. Terima kasih eyriqazz.com..



Nilah dia rupa wang polimer bernilai RM5, belakang duit ni ada dipaparkan elemen hidupan liar iaitu Burung Enggang Badak



Yang ni pulak wang polimer bernilai RM1 yang mana di belakangnya bercirikan elemen sukan tradisional iaitu permainan Wau.

Terima kasih eyriqazz.com atas pemberian ini.. Semoga terus di murahkan rezeki dan di beri kesihatan berpanjangan.. Kalau ada duit yang dah tak pakai lagi.. Sudi-sudilah hulurkan lagi ye.. Kecil tapak tangan bonet myvi aku hulurkan.. Hehe.

Published with Blogger-droid v2.0.3

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. follower baru di sini.


    wah,seronok eyriqazz bg free.

    BalasPadam
  2. uih cantik design ni.. orang lain belum dapat lagi, tuan blog ni dah dapa dulu dah

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..