Hadiah Muhammad Harraz Fahim di Tahun 2012

1/01/2012 12:01:00 PG , 3 Comments

 

Salam semua,

Kini kita telah memasuki tahun baru 2012.. meningkat lagi usia kita setahun.. bagi Muhammad Harraz Fahim memasuki tahun 2012 merupakan peningkatan usia setahun kalau dikira dari tahun, walaupun hujung tahun nanti 8hb Disember baru genap setahun.

Siapa sangka menjelangnya ambang tahun baru 2012 tadi tok ibu, tok ayah dan Auntie Nisa telah menghadiahkan si comel ni dengan hadiah yang sangat cantik dan comel.. sebenarnya hadiah ni baru je cik malarang intai-intai tadi dalam internet.. tup-tup.. sekali dengan tidak disangka-sangka akhirnya bulan jatuh ke riba.. hehehe

Bouncer Sweet Cherry 1

Nilah hadiah yang aku maksudkan tadi, Bouncer Sweet Cherry untuk si comel tidur dengan lena.. hehehe.. Sebenarnya aku tak mau ajar anak aku ni dengan buai sebab takut nanti bila pergi rumah saudara mara dia dah terbiasa nak buai ni.. masalah juga kalau buai takda.

Tapi dengan Bouncer jenama Sweet Cherry ni memang bersesuaianlah dengan saiz dan mudah alih serta mudah dibawa kemana-mana sahaja.. berbanding dengan buai yang besar-besar tu.

Bouncer Sweet Cherry 2

Terima kasih Tok ibu, Terima kasih Tok ayah, Terima kasih auntie Nisa sebab belikan Muhammad Harraz Fahim tempat tidur yang selesa.. lepas ni kita boleh tidur dengan lena dah.. tak kacau lagi tidur daddy dengan mama malam-malam.. hehehe

Bouncer Sweet Cherry 3

Tengok tu kan saya kata tidur saya lena malam ni.. hehehe.. nyamuk pun tak boleh nak sentuh saya.. hehehe

Bouncer Sweet Cherry 4

Boleh pusing-pusing lagi.. bertambah selesa lah tidur kita malam ni..

Terima kasih sekali lagi kepada tok ibu, tok ayah dan auntie nisa sebab bagi hadiah yang sangat cantik ni.. terima kasih sebab sayangkan Muhammad Harraz Fahim.

“Selamat Menyambut Tahun 2012”

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. wah baru jer masuk tahun baru 2012, baby harraz dah murah rezki...=)

    BalasPadam
  2. serius.. sempoi beb!! aku tak jumpa sweet cherry dulu macam ni dulu.. hahahaa.. pasni, car seat, walker, stroller.. sweet cherry terbaik!! bagi aku

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..