Cabaran Seorang Daddy Di Tahun 2012

1/02/2012 12:25:00 PTG 10 Comments

Salam semua,

Membesarkan anak-anak ni bukan semudah membesarkan kucing parsi atau ayam serama.. tapi membesarkan anak dengan penuh kasih sayang adalah satu cabaran yang perlu di tempuhi oleh semua yang telah bergelar daddy atau akan bergelar daddy ni.

Bila dah jadi daddy ni baru aku tahu betapa susahnya untuk menjaga seorang anak ni.. bila aku renung-renungkan semula.. macam nilah kot rasanya ayah aku besarkan 11 adik beradik aku dulu... bukan 1 atau 3 tapi 11 orang beb.

Pastinya siang malam bersengkang mata menjaga aku dulu.. pengalaman tu aku dah rasai sekarang.. kata orang kalau tak rasa sendiri tak tahu macam mana nikmatnya nak jaga anak nikan.. Mak aku pernah cerita dulu yang aku ni memang jenis kuat nangis.. senang cerita nangis tu kekadang tak tentu sebab.. hehehe.. jadi rasanya tak heranlah kot kalau anak aku ni follow perangai daddy dia masa kecik-kecik dulu (Like Father Like Son) hehehe..

si comel dalam keadaan suasana tenang...

2 malam berturut-turut si comel ni.. buat perangai.. kalau malam sebelumnya aku terpaksa tidur pada jam 4.00 pagi lepas bergilir-gilir dengan cik malarang... tapi malam tadi di tambah lagi dengan aku berjaya lelapkan mata selepas solat subuh.. maknanya sepanjang malam memang tak boleh nak tidur dek gara-gara si comel ni asik merengek dah tu menangis.


Ku sangkakan panas hingga kepetang rupanya Hujan ditengahari

Mampukah isteriku tercinta ni menanggani situasi ni selama 2 minggu nanti bila aku dah balik KL hujung minggu ni?

Apa yang penting sayangku.. Sabar.. Sabar.. sabar.. & sabar.. insyaallah ada jalannya sayangku..


Tapi apa pon nilah cabaran yang perlu aku tempuhi sepanjang tahun 2012 ni bersama isteriku tercinta.. sebenarnya bukan aku sorang je kot yang mengalami situasi ni.. rata-rata siapa yang dapat baby baru ni.. pastinya tidur malammu tidak lena seperti malam-malam sebelumnya.. hehehe.

Oklah ye.. sementara si comel ni tengah nyenyak tidur rasanya aku nak gi gunakan masa yang ada ni untuk cover tidur aku sekejab.. mengantuk tahap gaban beb.. hehehe..

Doakan kami sekeluarga sentiasa sihat & sentiasa dijauhkan dari malapetaka didunia & akhirat.. amin.



--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

10 ulasan:

  1. insyaAllah mudah2an ahm sekeluarga sentiasa dalam limpahan rahmat Allah...

    kebiasaan kan budak2 dalam pantang la nie...suka nangis tanpa sebab.

    BalasPadam
  2. semoga bro diberikan kekuatan dan idea yang baik untuk tenangkan anak tu yea...

    BalasPadam
  3. byk2 bersabar. biasalah cabaran anak sulung. bak kata org, "alah bisa tegal biasa". lama2 nanti mesti dah teror menangani masalah berjaga malam..

    * muka Harraz kali ni nampak macam muka mummy :)

    BalasPadam
  4. steady bro, lama² nanti baby akan biasa lepas hari...tapi kena usaha jugak mid...aku cadangkan pegi darul syifa atau jumpe ustaz² yang boleh minta air dibacakan ayat² suci al-quran...

    BalasPadam
  5. takpe. biasalah tu. lama-lama biasalah nanti..

    BalasPadam
  6. besar dugaan nak jaga seorang anak ni.. i dulu pukul 3 pagi ketuk umah bidan sbb danish tak benti nangis.. huhu..

    BalasPadam
  7. awal2 tu memang mcm tak cukup tido pun ada..tapi tu semua dugaan..lama2 jadi biasa..tu nama dia pengorbanan..sama2 susah jaga anak nih..baru ada kenikmatan hidup berkeluarga.

    BalasPadam
  8. haaaa... memang mengantuk beb menunggu si kecik tu tidur.. tapi, aku pasti, ko kat sini.. kat KL.. rindu giler beb kat harraz tu.. tul tak?

    BalasPadam
  9. semoga jadi daddy yang ceria selalu ye..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..