Bawa Si Comel Ke Klinik

1/03/2012 09:55:00 PTG 5 Comments

 

Salam semua,

Mula-mula macam malas je nak update entri hari ni.. entahlah penat kot dengan idea macam kering sikit awal-awal tahun ni.. (kalau malas banyak je alasan hehe)

Oklah daripada tak update langsung.. updatelah sikit juga.. walaupun 3 perenggan je..

Siang tadi sempat aku bawa si comel ni gi klinik gara-gara nak gi sedut kahak dia yg mcm tersangkut dekat tekak dengan hidung.. bukan apa dah seminggu cik malarang kata time dia tidur macam susah je nak bernafas si comel ni..

Harraz Klinik 1

Dr. Jaginder Singh (Dr. yang merawat cik malarang dari kecik)

So langkah keselamatan ada baiknya aku bawa je gi klinik untuk sedut kahak dia tu.. kira ni first time aku tengok baby kena sedut kahak ni.. kesian juga aku tengok.. seksa wo… tiup masuk dekat hidung dengan mulut.. confirm2lah teriakkan..huhu

Harraz Klinik 2

Nilah mesin penyedut kahak tu.. tengok rupa macam ngeri je.. huhu

Harraz Klinik 3

alahai kesiannya time tiup masuk dalam mulut si comel dah nangis.. sakit kot.. mana tak sakit benda asing masuk dalam mulut.. huhu.. selamat cik malarang pandai main peranan pujuk si comel ni..

Harraz Klinik 4

Tu dia.. dari balang air tu jernih.. sampailah sekarang kalau korang perhatikan dah berkeladak dek gara-gara kahak yang dah disedut tadi.. tq doktor sebab bantu keluarkan kahak si comel saya ni..

Syukur alhamdulillah semuanya dah seatle.. walaupun tak 100% kahak dikeluarkn.. tapi sekurang-kurangnya dah membantu memberi sedikit kelegaan si comel ni bernafas.

Hope si comel ni akan lebih ceria sepanjang masa..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. baik sedut awal2 dari melarat nanti kan.

    BalasPadam
  2. alat sedut tu mmg ngeri tgknya.. tapi alhamdulillah baby dah okey.. elokla p sedut awal2 jgn melarat

    BalasPadam
  3. owwhhh....rupanya ade mesin khas yea...aku ingatkan alat penyedut biasa jee...

    BalasPadam
  4. anak akak pon kalau demam selsema plus batuk.. akak bawa je p sedut.. baru lega mak dia nak tdo... isshhh bukan anak, mak yg penting ooi..

    BalasPadam
  5. kesian baby harraz takleh tido ye..better disedut je, takut makin byk, mkin susah lak.,

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..