Adakah Nuffnang Nak Bergurau Dengan Aku | Status Glitterati Ditarik Balik

1/19/2012 11:40:00 PG , 16 Comments

 

* Update Jawapan dari NUFFNANG

Salam semua,

Macam biasa kalau tak buka akaun Nuffnang setiap hari memang tak lengkap rasanya.. ialah mana tahu ada berita pasal sponsored post ke atau iklan Buffered Earning yang barukan.. hehehe

Tapi pagi ni bila buka akaun nuffnang je.. apasal aku tengok earning aku semua tinggal separuh je.. jantung dah dip.. dap.. dip.. duk.. emmm ni mesti ada yang tek kena dengan akaun aku ni.. sekali aku tengok memang betul.. Status Glitterati aku dah kena tarik dan sekarang status dan jadi ahli biasa.. emmmm PASAL APA YE?

Status Glitterati

So untuk mengetahui apa puncanya aku baru je hantar tiket dekat Nuffnang tanya apa masalah yang telah aku buat dalam blog-blog aku ni..

Adakah berpunca dari iklan Exabytes tu.. sebab kalau iklan Exabytes tu rasanya sebelum ni aku pernah tanya dengan nuffnang pasal iklan tu dan pihak mereka kata Exabytes tu bukan pesaing mereka.. so rasanya apa ye… emmm entahlah.. aku pun tak tahu.. tunggu jelah apa jawapan dari nuffnang.

Apa yang aku harapkan supaya dalam masa status glitterati ni ditarik balik.. janganlah ada salah satu buffered earning aku minggu ni yang jadi metered earning.. sebab kalau ada rasanya ratusan ringgit juga yang akan terbang melayang.. huhu..

* Nuffnang aku harap ko bergurau je dengan aku ke pagi ni ye? hehehehe

--------------------

Soalan aku pada pihak nuffnang

Hai,
Saya nak tanya berkenaan Status keahlian glitterati saya dalam nuffnang.. kenapa ye ditarik balik menjadi ahli biasa?
Boleh maklumkan kepada saya apa salah yang telah saya buat dalam blog ini..
Adakah berpunca dari blog yang down beberapa hari yang lepas?
Hope dapat membantu terima kasih

Ni jawapan dari Nuffnang

Hi,
Yes, it was due to that. Please give it 96 hours to revert your status. Hope that helps. :)


Cheers,
Farahnaz Anwar
Community Executive
Nuffnang Sdn Bhd
www.nuffnang.com.my

------------------------

Nampaknya 3 hari ni aku kena doalah supaya takda BE yang metered… ni semua gara-gara google disable akaun aku ni… Tq Nuffnang sebab bagi respone yang cepat.. ni yang aku bertambah sayang walaupun separuh earning aku dipotong ni (ayat sedapkan hati sendiri).. hehehe

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

16 ulasan:

  1. hurmm... akak x paham langsung pasal nuffnang ni..kat blog akak ada sbb kengkawan yang upload kan...

    harap yang kusut dapat dileraikan segera..

    BalasPadam
  2. ehh ya ker? knp blh jd camtue ekk..nt cepat2 gtau ekk apa jwpn dari pihak nuffnang...

    BalasPadam
  3. @Deru Ombak : sebenarnya banyak info pasal nuffnang ni dekat internet.. boleh google je.. dari tips sampailah ada yang dapat 4 angka sebulan..

    @Misz_eyza : tulah nak tahu juga pasal apakan.. nanti kami boleh sharekan.. supaya yg lain tak kena..heheehe

    BalasPadam
  4. Earning aku pun dah 2 minggu tak naik

    BalasPadam
  5. @daydeck : kalau tak naik mungkin nak metered tu bro... nak m asyuk tu.. hehehe

    BalasPadam
  6. bro.. exabyte mybe... syg woo gelihati kena tarik balik.. huhu

    BalasPadam
  7. owh sbb masalah blog kena delete jer yer...maybe dia ingt masa blog kena delete tue, dah tak berminat dgn nuffnnang kot hihi..

    hope dpt balik status glitteri tue..

    BalasPadam
  8. oh? semalam rasanya ada log in nuff. eh nak kena cek balik ni!

    BalasPadam
  9. insyallah kalau dah rezeki dapatlah balik status geli-geli tu ek

    BalasPadam
  10. Assalam..
    Rasanya exabytes tu sebab letak dekat header, ada edit kod html kot, itu yg nuffnang dapat kesan. Kalau letak kat sidebar, tak ada masalah rasanya. Saya dulu letak kat sidebar ok je..

    BalasPadam
  11. Ada isu ngan downtime jelah. Banyak kali dah ke website down? Kalau banyak kali kena cuba cari webhosting lain yg lebih reliable la kot. Karang asyik down memanjang susah jugak dibuatnya

    BalasPadam
  12. sindrom chicken pox semakin menular....weekend nie okey la balik tue...

    BalasPadam
  13. Several records presented by the same individual or business are topic to immediate canceling unless particularly approved in writing by Nuffnang.

    BalasPadam
  14. Nuffnang cakap punya geli2 kena tarik sbb blog down hari tu. Huhu.. Penyakit google disable sedang menular.. Hati semua

    BalasPadam
  15. bertukarlah kepada wordpress.. hak3..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..