Sabtu, 31 Disember 2011

Hentian Pudu Raya Tidak Seperti Dulu

 

Salam semua,

Alhamdulillah syukur.. setelah 4 hari berjauhan dengan yang tersayang & myvitrd junior kini aku bersama mereka semula untuk seminggu lagi.

Harraz Detik 2012

Wajah ceria Muhammad Harraz Fahim time daddy dia nak balik…

Untuk pengetahuan korang sebenarnya hampir 2 tahun aku tak naik bus dekat hentian pudu raya ni, semalam merupakan kali pertama aku naik bus dekat situ setelah pudu berwajah baru.

Nak tahu bagaimana wajah-wajah ceria hentian pudu raya ni sekarang.. jom tengok beberapa keping gambar yang sempat aku ambil semalam petang.

 Pudu Raya 1

Keluar-keluar dari lrt terus menuju pintu masuk belakang hentian pudu raya.. masuk-masuk terus blur kejab.. sebab tak tahu nak menuju dekat mana untuk beli tiket.. apa yang aku nampak.. banyak gerai-gerai dan bangku tempat menunggu.. memang jauh sekali bezakan dengan sebelum ni.

Tetiba aku terpandang satu papan tanda.. “Kaunter Tiket di Tingkat 1”.. terus naik tangga menuju ke lokasi..

Pudu Raya 2

Dalam perjalanan menuju ke kauter jualan tiket.. tetiba terpandang satu papan tanda.. “Surau Jumaat Al-Hidayah” wah dah hati aku cakap  “ ini sudah bagus boleh aku solat jumaat dulu ni..”

Pudu Raya 3

Sampai je ditingkat 1 terus nampak pintu masuk dari kawasan parking.. wah besar juga kawasan jualan tiket ni.

Pudu Raya 4 Pudu Raya 5

Nilah dia kawasan jualan tiket.. lebih teratur, kemas dan selesa.. tiada lagi kelihatan ulat-ulat tiket berkeliaran.. misi mencari tiket bus diteruskan

Pudu Raya 6 Pudu Raya 7 Pudu Raya 8

Dah akhirnya terjumpalah syarikat bus City Express ni.. kebetulan semua kaunter bus yang menjual tiket untuk ke Penang dah penuh.. selamat kaunter ni masih ada kosong.. dan penyudahnya tiket Jam 2.30 petang aku beli.

Jadi sempatlah aku nak gi menunaikan solat Jumaat dulu.

Pudu Raya 9

Alhamdulillah telah sempurna tanggungjawab menunaikan solat jumaat di surau baru ni.. surau yang lagi selesa dari sebelumnya.. luas cantik dan berhawa dingin.

Pudu Raya 10

Habis je solat terus menuju ke Platform tempat tunggu bus.. ya ni Platform bus aku.. P17.. kawasan menunggu yang sangat selesa.. siap dengan skrin paparan waktu perjalanan.. dan macam dekat airport beb.. terbaik.

Pudu Raya 11

Jam menunjukkan 2.30 apa lagi turunlah dekat bawah untuk tengok bus.. rupanya bus tak sampai lagi..

Pudu Raya 12

jam 2.40 petang bus aku dah sampai.. ready untuk naik bus.. tapi macam biasalah dekat tiket tulis jam 2.30.. bus bergerak ke penang jam 3.15.. huhu.. selamat dia tak gerak jam 4.00 petang.. ni semua gara-gara tunggu penumpang lain untuk penuhkan muatan baru bus nak gerak.

Syukur alhamdulillah jam 8.30 malam bus aku ni selamat tiba di Hentian Sungai Nibung, Pulau Penang.. tak lama lepas tu.. pak mertua aku sampai dan jemput aku untuk terus balik umah… yeeeehhh akhirnya dapat jumpa isteri & anak tercinta akhirnya..

Kesimpulan yang boleh aku buat.. Hentian Pudu Raya kini adalah jauh 100 x ganda lebih baik dari sebelum ni.. kepada yang nak balik utara tu.. jomlah naik ke Pudu Raya untuk rasai sendiri suasana baru hentian ni.

Oklah ye.. sebagai penutup entri tahun 2011 ni.. aku ucapkan kepada semua pembaca blog ni.. Selamat menyambut tahun baru 2012.. semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..

“Tingkatkan Prestasi Kurangkan Kontroversi”

Wasalam……

Jumaat, 30 Disember 2011

Azam Tahun 2011 Dua Tercapai Satu Terkubur


Salam semua,

Sebelum aku memulakan cerita ada baiknya korang yang tak tahu lagi azam tahun 2011 aku boleh baca dientri tu.

Setiap manusia biasanya ada azam atau target yang nak dicapai.. tak kiralah sepanjang hayat.. sepanjang tahun atau sepanjang bulan.

Bagi aku syukur alhamdulillah untuk tahun 2011 ni.. 2 azam aku berjaya aku capai walaupun satu daripadanya terkubur begitu sahaja.

Sd Apartment  2 -1

Azam nak berpindah ke rumah baru.. alhamdulillah telah tercapai pada bulan mei yang lalu.. dan paling menggembirankan juga sebulan sebelum aku berpindah ke rumah baru aku dapat tahu yang cik malarang telah berbadan dua.. syukur alhamdulillah.

myvitrd junior_thumb[5]

Dan pada tarikh 8-12-2011 jam 6.05 petang seorang hamba allah telah lahir kemuka bumi ini bagi menyeriakan lagi keluarga kami.. Alhamdulillah.

Jadi azam untuk berpindah rumah baru dan menerima cahaya mata telah aku capai.. yang tak dapat dicapai adalah rancangan untuk berhoneymoon kali ke-2 ke Bandung yang tidak dapat aku capai.. ini semua adalah gara-gara masa tu.. adik ipar aku nak melangsungkan pertunangan dan kebetulan berita gembira yang cik malarang baru sahaja berbadan dua menyebabkan aku cancel penerbangan tu… happy punya pasal terus cancel.. hehehe.

Rasanya bagi aku apa yang aku hajatkan selama ni telah aku perolehi.. antaranya kerjaya yang tetap, sebuah kenderaan sendiri, sebuah rumah sendiri, seorang isteri yang cantik, seorang anak yang comel dan sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Semoga apa yang aku ada sekarang ni.. terus dikekalkan sampai bila-bila.. dan semoga keluarga kami terus dimurahkan rezeki, diberi kesihatan dan dipanjangkan usia.

Tahun 2012 bakal muncul tidak lama lagi.. jadi apa azam baru korang untuk tahun baru ni ye?

Khamis, 29 Disember 2011

Lagu Khas Buat Isteriku Yang Tercinta | Lagu Episode 29 Tentang Dhia

 
Salam semua,
 
Pastinya sapa yang tengok semalam Drama Tentang Dhia Episode 29 ada dengar satu lagu masa Melly dengan Azmi bertunang..
 
So kebetulan Cik malarang minat dengan lagu tu.. terus aku cari lagu apa sebenarnya yang dimainkan masa tu.. dah akhir ku temui lagi ini (Norman Kamaru – Cinta Farhat)
 

Semoga cik malarang terhibur dan tersenyum disana… :-)

Korang andai tak puas dengar boleh Download MP3 lagi ni disini..

Rabu, 28 Disember 2011

Exabytes 100 Blogger Ads Program

 

Salam semua,

Peluang buat duit tambahan dari Exabytes telah kembali semula dengan mencari 100 blogger untuk program pengiklanan.. sebelum ni aku pernah join program ni.. korang boleh baca disini

menjual ruangan banner blog dengan exabytes MY

Cek Bayaran Iklan Dari Exabytes Masyuk Lagi

Exabytes Mencari 100 Blogger Untuk Pengiklanan

exabytes-malaysia 2

Ok jom baca maklumat dari exabytes ni..

Exabytes is looking for 100 bloggers to advertise our products. Please contact us to be one of our advertisers.

Steps
——-
1. If you have at least 200 unique visitors per day, we are interested to advertise with you.
2. Submit a screenshot of your unique visitors for the past 1 month to marketing@exabytes.com.my .
3. The approval process will take 3-4 working days.
4. Upon Approval, you will receive a link to download an invoice template. You are required to fill out all the details and send it back to us.
5. We will provide the banner script in every 1st & 3rd week of the month.
6. Once the Banner is up, kindly inform Exabytes so that we are aware of the start & end date.

Terms and Conditions
———————————
1. Blog traffic must be mainly from Malaysia.
2. Payment will be made 6 weeks after the banner is up by cheque.
3. Payment/Cheque will only be sent to Addresses in Malaysia.
4. If the information provided in the invoice is inaccurate and cheque has been sent out, Blogger must bear the cheque cancellation cost unless the cheque is sent back to Exabytes Network.
5. Advertising approval depends on blog traffic, traffic source, content niche and bounce rate.

Email us your website visits at marketing@exabytes.com.my

Sumber rujukan : Blog Exabytes

Sekiranya korang berminat dan blog korang menepati krateria yang diinginkan apa salahnya mencubakan.. ok.. good luck semua ye..

GIVEAWAY FROM WWW.KAKINAKL.COM

 

Salam semua,

Dalam keadaan kekurangan idea untuk update blog ni.. apa kata masa-masa yang ada ni jangan kita sia-siakan.. so apa lagi sebagai tanda sokongan ni, aku pon joinlah Giveaway dari Ketua Geng Talibarut ni.. hehehe.

GA From Kakinakl

GIVEAWAY FROM WWW.KAKINAKL.COM

Susah ke nak join Giveaway ni… emmm tak susah mana pun.. apa yang korang kena buat cuma bagi 3 sebab kenapa korang suka baca blog Kak ina ni.. senang bukan.

Macam aku ni antara sebab-sebab yang aku suka baca blog kak ina ni adalah part Resepi Masakan beliau.. nak dikatakan setiap bulan ada je resepi-resepi baru yang akan dikongsikan dengan pembaca blog beliau… part ni yang aku suka.. bolehlah aku belajar masak sikit-sikit.. hehehe.

Selain dari tu.. kak ina ni boleh dikategorikan sebagai RAJA EVENT.. hehehe kenapa aku cakap macam tu.. nak dikatakan mana sahaja ada event anjuran nuffnang mesti dia ada.. paling dia buzy sekali pon dia mesti antar wakil.. korang tak caya.. ni buktinya.. baca dekat sini.

Tak cukup dengan itu.. kak ina ni pun rajin gi Jalan-jalan cari makan..  so setiap kali lepas dia gi sesuatu kedai makan tu..pastinya dia akan buat review atau ulasan.. jadi kita sebagai pembaca ni.. kalau tengok menu masakan menarik dekat kedai tu.. pastinya teringin nak pegi jugakan… betul tak?

So aku dah bagi lebih kurang 3 alasan aku kenapa aku suka datang & baca blog kak ina ni.. jadi korang pulak bagaimana.. cecita.. cecita sikit..

Ohh.. sebelum terlupa GIVEAWAY FROM WWW.KAKINAKL.COM di taja oleh http://hazmanfadzil.com, http://yanayassin.blogspot.com dan http://www.ciklaili.com.

P/S : Jangan lupa ye korang yang ada blog ni join sama..

Selasa, 27 Disember 2011

Tugas-Tugas Baru Sebagai Seorang Daddy

 

Salam semua,

Sebelum ni.. kalau ada baby baru lahir je.. memang confirm aku tak berani nak pegang atau angkat.. tak kiralah nak riba ke atau macam mana.. tapi alhamdulillah sejak ada anak sendiri ni.. perasan berani tu datang sendiri.. Buktinya!

 Myvitrd - Harraz 1

inilah buktinya sekarang daddy dah berani angkat Harraz.. anak sendiri beranilah.. anak orang lain masih takut-takut..

 Myvitrd - Harraz 2 Myvitrd - Harraz 3

Dan ini pula ada tugas baru sebagai seorang daddy.. selain bangun malam bagi susu yang dah diperah oleh mamanya.. tugas terbaru aku adalah.. menukar lampin baby.. mula-mula aku tengok je nurse buat dekat hospital masa anak aku baru lahir.. lepas tu sampai dekat umah mertua aku dah start belajar buat sendiri..

Myvitrd - Harraz 4

Rupanya bukan susah sangat pon.. suma kena ada skill je.. hehehe.. pengalaman manis adalah kena kencing semasa tukar pampes dan kena berak.. selamat sempat mengelak.. kalau tak confirm kena dekat muka.. hehehe

Myvitrd - Harraz 5

Bab-bab menidurkan anak diatas riba pon aku dah pandai..

 Myvitrd Family

Satu-satunya foto kami bertiga yang ada.. kalau sebelum ni.. selalu gambar kami berdua je menjadi penutup setiap entri.. tapi kali ni.. penutup entri akan dihiasai dengan kami bertiga.

Bila berjauhan ni … terasa rindu lain macamlah..

Bujang 4 hari sebelum sambung cuti semula.. korang jangan jelous ye.. kalau ada 360 hari cuti aku.. confirm aku akan ambil semuanya.. hehehe

Isnin, 26 Disember 2011

Jangan Kau Bersedih Isteriku

 

Salam sayang dari abg,

Mungkin semasa sayang membaca entri ini.. abg sedang dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur meninggalkan sayang bersama si comel dalam seketika waktu.

Semoga sepanjang ketiadaan abg disisimu.. sayang jaga diri baik-baik & jaga amanah yang telah dikurniakan kepada kita ini… Jangan bersedih sayangku.. Air matamu sangat bernilai buatku.

Sayangku

Doakan abg semoga selamat pergi & pulang semula kepangkuanmu sayangku.. Jangan kau tangisi pemergiaan ku seketika ini.. ada umur yang panjang insyaallah abg akan kembali disisimu.

LOVE U & MISS U FOREVER SAYANGKU… Sayang Cayang & Muhammad Harraz Fahim.

Sayangku dan Si Comel

Pesanan buat anakku.. Jangan nakal-nakal sepanjang daddy tiada.. kesian nanti mama ye cayang.. Insyaallah Abg doakan semoga sayang & si comel sentiasa sihat disana… Amin.

Terima Kasih Semua Yang Hadir di Majlis Aqiqah Muhammad Harraz Fahim

 

Salam semua,

Seawal pagi saudara mara dah riuh diluar rumah.. rupanya semua dah dok pakat masak lauk untuk majlis aqiqah anakku… walhal pada masa tu aku masih lena dibuai mimpi-mimpi indah.. hehehe..

Sebenarnya aku keletihan menjaga baby comel kami semalaman yang agak liat sikit nak tidur.. so macam biasalah bergilir-gilirlah aku dengan cik malarang jaga si comel ni.

 Memasak lauk Aqiqah 1 Memasak lauk Aqiqah 2 Memasak lauk Aqiqah 3 Memasak lauk Aqiqah 4-1

Gambar di atas menunjukkan gelagat keluarga cik malarang yang sedang syok memasak.. selalunya family ni buat catering.. tapi untuk majlis ni.. kami buat kelainan sikit.. nak bagi saudara mara merasai suasana gotong royong… barulah ada kemesraan dan semangat tolong menolong.. betul tak?

Kalau tak buat macam ni.. semangat buat majlis tu macam kurang… hehehe.

Memasak lauk Aqiqah 5

Jam 11.30 semua menu utama telah siap dimasak… jom kita usha-usha apa menu utama kami masa majlis ni…

Menu Majlis Aqiqah 1

Beras Jati Super Spesial jadi pilihan… 30kg… kita orang guna hanya 20kg sahaja.. untuk jemputan tetamu 200 orang… tapi rasanya yang hadir lebih dari jangkaan.. Terima kasih semua atas kehadiran anda memeriahkan majlis aqiqah ini.

Menu Majlis Aqiqah 2

Salah satu menu utama… ayam masak apa entah.. nak kata rasa kari macam ye.. nak kata macam qurma ye juga.. entahlah.. tak sempat nak tanya tukang masak tadi.. korang rasa ayam masak apa ni ye? hehehe

Menu Majlis Aqiqah 3

Menu ke-2, Gulai ikan kering.. orang penang memang suka masak gulai ni.. selamat aku pon peminat gulai juga…

Menu Majlis Aqiqah 4

Menu utama iaitu kambing masak qurma yang dihasilkan oleh air tangan pak andak cik malarang.. memang terbaik.. bau hanyir kambing pon takda.. kalau korang nak tahu pak andak cik malarang ni.. memang ada kedai makan depan umah ni.. sebab tu bab-bab masak ni memang pakarlah.. terkenal dengan kari kepala ikannya..

Sesekali datang Penang.. jgn lupa pekena kari kepala ikan Sungai Rusa.. rumah belakang masjid.. hehehe.. (kasi promote tak berbayar punya)

Menu Majlis Aqiqah 5 Menu Majlis Aqiqah 6 Menu Majlis Aqiqah 7

Antara tetamu yang hadir ke majlis aqiqah ni.. kebanyakkan rakan-rakan & jiran-jiran ibu & bapa mertua aku.. kebetulan hari ni kenduri kawin pun banyak.. so dia orang datang ni bahagi2lah..

Selesai je membaca tahlil & doa selamat.. semua tetamu dijemput menjamu selera.. Majlis bermula dari jam 2.00 petang sampai 5.00 petang..

Kepada saudara-mara semua yang tidak kenal erti penat lelah sepanjang hari membantu menjayakan majlis ini.. kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih.. jika ada kekurang kami sekeluarga juga turut memohon maaf.

Buat ibu, ayah dan adik-adik ipar aku.. terima kasih juga.. tanpa anda semua tidak terdaya diri ini melaksanakannya seorang diri.

Buat rakan-rakan2 sekerja cik malarang yang datang dari jauh.. terima kasih kami ucapkan.. maaflah kalau layanan tak berapa sempurna..

Muhammad harraz Fahim

Dengan sempurnanya majlis ini.. semoga diharapkan keluarga kami terus diberi keberkatan.. kebahagian.. kesihatan dan keselamatan sepanjang masa.. insyaallah … amin..

“Terima kasih semua”

Tablet Ajaib Dari Samsung | Samsung Galaxy Tab 8.9

 

48 HOURS SPONSERED POST. PLEASE SCROLL DOWN FOR LATEST ENTRY

Salam semua,

Adakah anda perasan pada hari ni terdapat begitu banyak sekali tablet dipasaran.. dari segi saiz yang kecil sampailah ke yang besar. Terdapat juga beberapa tablet yang mempunyai access Wi-Fi percuma. Sampaikan anda sendiri yang nak memilih tablet mana yang sesuai menjadi pening dibuatnya.

Percaya tak kalau saya katakan zaman ini kita sukar untuk dipisahkan dengan perkhidmatan seperti e-mail, mesej, laman web dan kekadang memerlukan tempat untuk menyimpan  aplikasi seperti permainan games dan juga aplikasi yang memerlukan capaian bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.

Tidak cukup dengan sekadar tablet sahaja.. kita juga memerlukan satu capaian rangkain yang mampu memberikan perkhidmatan komunikasi dimana-mana sahaja secara konsisten.

Jadi apakah tablet yang paling sesuai dengan anda?

Ya betul…. jawapannya adalah SAMSUNG GALAXY TAB 8.9

image image

Samsung Galaxy Tab 8.9

Samsung Galaxy Tab ™ 8.9  adalah tablet yang paling sesuai dengan saiz yang sangat ideal.

· Ianya mampu menyimpan fail kerja, permainan, muzik, e-mel, dan banyak lagi di dalam satu tablet yang ringkas, nipis, ringan dan pantas berbanding dengan tablet lain sebelum ini.

· Di gabungkan pula  dengan pelan Celcom maka ia akan menjadi lebih terbaik! kerana anda akan mendapat:

  • Satu tablet yang sesuai dengan sambungan rangkaian  yang  terbaik  dan liputan (coverage) yang paling meluas di negara ini!
  • Menjadikan video streaming begitu lancar  dan pastinya anda akan mendapat pengalaman luas melayari laman web di tablet jenama  baru ini, yang semestinya  telah disokong oleh rangkaian yang terbaik di Malaysia
  • Ianya juga menjadikan lebih banyak penjimatan dengan tawaran terbaik dari pelan-pelan yang sesuai dengan keperluan anda.

Antara ciri-ciri utama tablet jenama baru ini adalah seperti berikut:

- Android 3.1 (Honeycomb)

- 8.9” touch screen display

- 1.5GHz dual-core processor

- 2MP front camera, 3MP rear camera

- Thinner (8.6mm)

- Lighter (453g)

- 16GB internal memory

- Supports Wi-Fi and 3G

image

Jadi apa tunggu lagi dapatkan hari ini Samsung Galaxy Tab 8.9 baru dengan rangkaian yang terbaik dan pakej yang paling berpatutan, daripada serendah RM1,288 (RRP:RM1, 699).

image

• Padankannya hari ini dengan pelan terbaik Celcom Broadband pilihan anda:

image

Mengapa Samsung Galaxy Tab 8.9 menjadi lebih baik apabila anda dapatkannya dari Celcom?

  • Celcom  merupakan pembekal telekomunikasi yang paling terkenal yang telah memenangi pelbagai anugerah seperti Frost & Sullivan’s Mobile Broadband Provider selama 2 tahun berturut-turut.
  • Celcom Broadband mempunyai liputan rangkaian yang paling meluas di mana-mana tempat di Malaysia tidak kira di dalam & luar bangunan dan di setiap langkah.
  • Celcom Broadband menawarkan kualiti rangkaian yang terbaik, pengalaman melayari laman web dan video streaming dengan sambungan yang stabil.

Samsung Galaxy Tab yang mana menjadi pilihan anda sekarang?

Mana-mana yang paling sesuai dengan keperluan dan gaya hidup anda, Celcom tetap ada segalanya!

Di samping Samsung Galaxy Tab 8.9 yang terbaru di atas, terdapat juga Samsung Galaxy Tab (7") dari serendah RM668 dan Samsung Galaxy Tab 10.1 dari serendah RM1,468.

image

Samsung Galaxy Tab 7

image

Samsung Galaxy Tab 10.1

Jadi untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, jangan lupa layari web site www.celcom.com.my/smartphones bagi mengetahui keseluruhan tentang Samsung Galaxy Tab pilihan anda!

Ahad, 25 Disember 2011

Hari-hari Terakhir 2 Ekor Kambing Aqiqah

 

Salam semua,

Sebelum nak melaburkan mataku ini nak juga aku update sikit entri ni.. sebenarnya entri ni dah dipublish siang tadi semasa majlis aqiqah..tapi cuma dalam bentuk gambar sahaja… jadi malam ni semua urusan dah selesai baru nak buat cerita disebalik gambar-gambar ni.

Kambing aqiqah 1

Ni dia salah satu kambing yang bakal di sembelih pada 24hb yang lalu untuk majlis aqiqah si comel (Muhammad Harraz Fahim)

 Kambing aqiqah 2 Kambing aqiqah 3

Kalau korang perasan ada 2 ekor kambing pada gambar sebelah kanan tu.. yang warna coklat.. yang putih tu.. saja jumpa kawan kambing dia untuk ucap selamat jalan & selamat tinggal buat selama-lamanya.. hehehe

Kambing aqiqah 4 Kambing aqiqah 5

Dan akhirnya tepat jam 3.45 ptg.. 24hb Disember 2011… 2 ekor kambing jantan telah disembelih untuk dijadikan aqiqah pada 25hb Disember 2011..

Kambing aqiqah 6 Kambing aqiqah 7

Acara melapah kulit kambing oleh 2 orang pekerja tokey kambing.. kambing ni disembelih sendiri oleh tokey kambing.. tak sampai 30 minit 2 ekor kambing ni dah selesai di lapah.. kalau pakar yang buat memang cepatlahkan.. rasanya kalau aku mau makan masa 2 jam ni.. hehehe

Kambing aqiqah 8

Jam 4.30 ptg.. kambing dah sampai di rumah mertua.. tu dia terkangkang digantung oleh adik ipar aku.. target lepas solat asar akan dimulakan acara melapah daging pulak.

Kambing aqiqah 9

Gotong royong bersama saudara mara mengerjakan 2 ekor kambing.. Seperti yang dicadangkan proses melapah daging dimulakan selepas asar.. Melapah daging aqiqah ni kena cermat.. sebab kalau boleh sebaiknya tulang-tulang kambing ni tidak dipecah-pecahkan.. dan kalau nak potong pon kena ikut sendi.. Hadith berkenaan pengurusan daging aqiqah ni memang pernah aku baca berkenaan tulang kambing aqiqah ni..

Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:
Maksudnya:
"Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya."

(Hadis riwayat al-Hakim)

Oklah setakat ini dulu entri aku.. esok entri suasana sepanjang hari majlis aqiqah akan menyusul.. teruskan setia bersama blog ini.

Artikal Terdahulu

Catatan Popular Bulan Ini