Thursday, June 30, 2011

Earning Nuffnang dan Churp Churp Bernilai

 

Salam semua,

Aku dah tahu rata-rata semua blogger laju je klik link bila ada tajuk berkaitan earning, nuffnang dan churp churp ni.. termasuklah yang cakap ni.. hehehe.

Bagi yang dah cukup syarat untuk cash-out pastinya hari ni menjadi pilihan menekan butang cash-out pada akaun nuffnang.. kalau tekan butang cash-out esok..jawabnya 2 bulanlah korang menunggu cek sampai.. hehehe.

earning nuffnang dan churp2

Sebenarnya aku masih belum gatal tangan lagi nak cash-out earning nuffnang & churp churp aku walaupun dah lama cukup syarat.. hehehe.. cadangnya duit tu akan dicash out bila lagi 2 bulan myvitrd junior nak keluar.. hehehe.. mungkin lepas raya dah boleh buat cash-out kot… yelah masa tu duit dah habis bagi duit raya.. :-)

Sekarang semua kena pakai duit.. masuk tandas pon ke bayar.. jadi duit memang penting zaman sekarang ni.. kalau takda duit orang pandang sebelah mata je.. tapi kena ingat jangan jadi hamba duit sudah.

Sapa yang dah buat cash-out earning hari ini?

Susah Juga Nak Jual Rumah Ni

 

Salam semua,

Sebenarnya apa jua benda yang kita nak buat,  mesti ada kesabaran dan ketabahan betul tak? macam tu jugalah samada korang nak beli rumah atau nak jual rumah ni.

jual rumah

 kredit : google.com

Baru-baru ni aku ada iklankan satu apartment untuk dijual iaitu apartment milik rakan kepada cik malarang.. Seminggu lepas aku iklan dekat mudah.my terus ada orang call aku bertanyakan pasal umah tu.. (kira iklan dekat mudah ni memang senanglah)

Tapi masalahnya satu je orang tu terus minta tawaran harga yang tak logik.. owner nak jual rumah dengan harga RM75K.. orang tu nak beli dengan harga RM60K.. apa lagi aku terus kata “tak bolehlah En. murah sangat tu” memang tak logik beb sebab owner tu beli rumah tu 10 tahun yang lalu dengan harga RM57K.. takkan dalam tempoh tu harga rumah tu naik RM3K je.

Kalau beli reban ayam sekali pon mesti ada up hargakan.. tak lama lepas tu ada orang lain pulak call kata nak beli.. tapi harga yang diminta pon kurang sesuai juga.. so secara mentah2 aku tolak lagi.

Semalam petang ontheway balik koje.. sorang lagi call tanya pasal umah tu.. kali ni yang call melayu.. 2 orang sebelum ni cina.. dari apa yang dia cakap semalam rasa-rasanya orang ni serius nak beli rumah. cuma dia nak tengok dulu rumah tu. so aku tengah uruskan temujanji dengan owner untuk tengok rumah tu.

Jadi aku berharap kali ni adalah sedikit harapan rumah ni berjaya untuk dijual.. ada satu persoalan yang aku nak tanya dengan yang ada pengalaman jual rumah ni.. kalau ambil loan Goverment biasanya berapa lama tempoh proses yang diambil untuk lulus pinjaman ni?

Mat Joe kalau ko ada pengalaman kasi inform sikit. sebab mamat yang nak beli ni katanya nak guna loan goment.. Aku ni kira pengalaman pertama nak tolong jualkan rumah ni.. member2 blogger yang lain yang ada pengalaman boleh share dekat ruangan komen ye.

“Bukan senang nak senang, tapi kalau nak susah senang je”

www.tonton.com.my Lepas Ni Dah Kena Bayar

 

Salam semua,

Sebenarnya aku adalah salah sorang pengikut setia di tonton.com.my.. semua dek kerana kalau aku terlepas tengok drama-drama tv3 aku mesti akan tengok semula ditonton ni.

Kebanyakkan drama-drama ni semua boleh ditonton semula secara percuma.. tapi untuk pengetahuan korang semua.. sekarang terdapat beberapa drama atau movie yang korang nak tonton tu dah kena bayar mengikut kadar bayaran kredit setiap drama tu.. ia dipanggil tonton premium

tonton premium 1

tonton premium 2

Aku nak cerita panjang pon tak berapa nak habis lagi aku kaji.. tapi jelasnya korang boleh bayar guna kad kredit atau CIMB Cliks untuk membeli kredit-kredit dari tonton ni.

tonton premium 3

Apa pandangan korang tentang service baru ni?  nampaknya lepas ni kalau nak tengok movie-movie dengan drama-drama terpilih korang sediakanlah kredit banyak-banyak ye.. hehehe. sebab dah ada sesetengah drama dah kena bayar.

tonton premium Boleh rujuk di tonton

Tapi jangan risau sebab drama-drama yang lain masih ada yang free.. nak tahu cerita lanjut korang layan dekat tonton.com.my

Wednesday, June 29, 2011

Santapan Anak- Anak Jin | Kari Kepala Ikan PGRM Cheras

Salam semua,

Bab makan free ni aku memang suka.. lagi2 kalau ada orang yang pemurah nak belanja.. macam tengahari ni.. makan tengahari kami ditaja oleh rakan opis Sdr. Malik.. semoga murah rezeki korang yang belanja ni.

kari kepala cheras 1

Kari kepala ikan menjadi santapan kami.. terbaik dari ladang..

kari kepala cheras 1-1

aku tengok pon takut kepala ikan ni.. besar gila.. mula-mula macam tak yakin je boleh habis.. tapi …

 kari kepala cheras 2

nilah dia anak-anak jin yang akan melanyak kepala ikan ni.

kari kepala cheras 3

sms cik malarang dulu.. nak makan pon kena ingat bini dulu beb

 kari kepala cheras 4

yang ni bapak jin.. korang tengok tu bersemangat semua makan.. hehehe

kari kepala cheras 5

berselera je 2 orang anak-anak jin ni.. tak tengok kiri kanan pon

 kari kepala cheras 6

tu dia otai yang belanja kita orang.. tq bro

 kari kepala cheras 7

akhirnya kesudahan kari kepala yang tidak ada belas kasihan dia orang kerjakan.. kan aku dah kata.. mula-mula macam tak caya boleh habis.. tapi.. tinggal tulang dia orang kerjakan..

Wordless Wednesday #4 | Comelnya

 

Salam semua,

baby

Tuesday, June 28, 2011

Peluang Menang iPad 2 16GB Berserta WiFi

 

Salam semua,

Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu.. so apa kata dari pada korang tak mencuba.. mai cuba dapatkan iPad 2 secara percuma sekarang.

Mudah hanya perlu masuk diwebsite www.mymetromall.com.my dan seterusnya klik pada butang HIJAU “BELI SEKARANG”.

mymetromall

Sebelum tu pastikan korang login terlebih dahulu menggunakan akaun facebook korang ye.

mymetromall 1

Klik pada butang seterusnya.

mymetromall 2

Selepas semua maklumat diisi klik butang “Teruskan Ke Pembayaran

mymetromall 3

Seterusnya klik pada butang “Hantar

mymetromall 4

Untuk melengkapkan tempahan klik pada “Sahkan Tempahan

mymetromall 5

Langkah terakhir adalah mencetak bukti tempahan pada butang “Sila Cetak Halaman ini untuk rujukan”

Nota Kaki : Peluang mungkin datang sekali.. jika tidak mencuba menyesal tidak berguna.. tapi jika telah mencuba tapi tidak berjaya sekurang-kurangnya kita telah mencuba.. Selamat Berjaya semua.. Tempahan akan ditutup setelah 10,000 penyertaan.

Dari PR0 Ke PR4

 

Salam semua,

Selepas bertukar domain awal tahun ni secara automatik PR aku sebelum ni yang PR2 dah jadi PR0.. tapi tadi bila aku buka blog ramai pulak yang update entri pasal PageRank ni.. apa lagi kalau semua orang dah check blog masing-masing aku nak check juga PageRank blog cap ayam ni.

myvitrd PR4

Semak punya semak.. sapa sangka aku dapat juga PR4 macam kawan-kawan lain yang dapat tu.. terus terang aku katakan cerita pasal PageRank ni aku kurang mahir.. tapi kalau korang nak tahu juga boleh terjah diblog kak Ina.. dalam tu dia ada terangkan sikit-sikit pasal PageRank ni.. kalau korang tak faham juga boleh google je ye.. dah ramai budak explain pasala PageRank ni.

Entri yang berkaitan dengan PageRank boleh terjah Denaihati. So kalau sapa-sapa nak check PageRank blog tu boleh check di PRchecker.

Monday, June 27, 2011

Durian Balik Pulau Memang Power

 

Salam semua,

Balik pulau 1

Sepanjang perjalanan menuruni bukit dari kg. mertua di Balik Pulau.. keadaan jalan sangat sesak ekoran banyak kenderaan keluar masuk ke pesta durian di atas bukit Balik Pulau ni.

Balik Pulau 2

Kenderaan penuh depan dengan belakang.. semua ni nak turun bukit.. lepas makan durian kot.

Durian Balik Pulau 1

Ni dia durian bapa mertua aku.. 2 hari duduk umah 2 hari juga aku masuk dusun kutip buah.. memang seronoklah.. macam nak je minggu-minggu aku balik kg. mertua aku ni.. hehehe

Durian Balik Pulau 2

 Durian Balik Pulau 3

Isi kuning ni yang paling best.. kalau korang nak tahu sebiji ni aku sorang je yang pulun.. hehehe.. almaklum jelah cik pn. tak boleh nak makan banyak.

Kalau korang  merancang nak g bercuti hujung minggu ni ke Penang.. apa kata korang gi sekali ke Balik Pulau.. sebab sekarang pesta durian tengah berlangsung atas bukit tu.. setiap hari.. makan durian sampai demam.. hehehe.

Sorry ye kawan-kawan sebab tak dapat nak bawa balik buah durian dekat korang semua.. cik malarang tak boleh nak cium bau durian.. nanti dia mabuk.. hehehe

Nota kaki : Kalau nak makan durian free.. jemput datang rumah mertua aku di Balik Pulau.. pintu umah sentiasa terbuka untuk korang semua.. jemput datang ye.. :-)

Tutorial Download Video Dari Tonton

Salam semua,

Masih ingat entri aku sebelum ni “Bagaimana mendownload drama dari tonton.com.my” dan sekarang aku nak bagi sikit panduan bagaimana untuk mendownload video-video atau drama-drama pilihan dari tonton.com.my.

Dan untuk pengetahuan korang, buat masa ni aku hanya guna satu perisian percuma untuk mendowload video-video dari tonton ni iaitu Stream Transport. Korang cuma download secara percuma dari link diatas.
Selepas korang download korang ikut arahan dekat bawah ni.

stream Transport

Masukkan url www.tonton.com.my seperti diatas dan klik pada butang “Start”.

stream transport - tonton login

Selepas page tonton dipaparkan, anda perlu klik Login dan sekiranya belum register anda perlu register dulu pada website tonton untuk mendapatkan id & password.

download tonton

Selepas berjaya memasukkan id & password anda boleh pilih video mana yang anda ingin download dengan klik mana-mana video pilihan anda.

Tunggu sehingga satu url seperti diatas diatas beserta dengan duration dan saiz video.

Klik pada butang Download dan tentukan lokasi dimana video itu hendak disimpan dan pastikan anda menamakan semula video tersebut.

Dan terakhir klik pada butang OK

Download tonton 1

Setelah video tersebut berjaya ditentukan lokasi disimpan.. popup seperti diatas akan dipaparkan dan tunggu sehingga proses download selesai 100%.

P/S : Semua fail video yang berjaya di downlaod adalah dalam bentuk format *FLV

Nota Kaki : Tips ini hanya sekadar berkongsi ilmu yang ada.. sebarang perkara yang berlaku keatas pc anda lepas anda menggunakan perisian ini adalah tanggungjawab anda sendiri.

Sunday, June 26, 2011

Gila Kentang Aku dapat Jemputan Main Golf

 

Salam semua,

Memang tak sangka betul.. asalnya memang aku hantar komen dalam ruangan bloggers sports carnival with citygolf tu main-main je.. sebab memang tak bajet leh dapat pon.. mana tidaknya dia nak cari 50 blogger je.. tapi aku orang yang 76 buat komen.. so memang tak mengharaplah untuk dapat jemputan tu.. tup-tup buka email tadi.. rupanya nuffnang dah antar satu jemputan melalui email untuk menghadiri event tu.. alhamdulillah thank you Nuffnang & Citygolf atas jemputan ni.

Bloggers-Sports-Carnival

Dari apa yang aku tahu sikit-sikit pasal citygolf ni. dia orang buat satu tempat permainan golf secara simulator.. bukan main dekat padang tapi main atas kapet depan skrin besar.. so seolah-olah korang macam main betul atas padang.

Kata orang tu.. kalau nak berlatih main golf sebelum masuk padang golf betul dekat sinilah tempat yang sesuai untuk korang training dulu.

Kiranya kalau panas atau hujan pon korang takkan basah atau berpeluh.. sebab korang main golf ni dalam bangunan beraircond.. hehehe.

citygolf nuffnang

Tak sabar pulak rasanya nak jumpa blogger-blogger yang pandai main golf ni.. hehehe.. memang teruja sangat dapat jemputan ni.. almaklum jelah ni first time nak pegang kayu golf ni.. mana tahu satu hari nanti boleh main dengan tiger wood.. tak tiger wood pon tokey tiger show pon tak apa.. hehehe

Sapa lagi yang dapat jemputan ni ye? jumpa disana ye..

Saturday, June 25, 2011

Durian Balik Pulau Kg. Mertuaku

 

Salam semua,

Sebelum sampai umah mertua malam tadi.. sepanjang jalan masuk ke Balik pulau ni dah asik bau durian je.. almaklum jelahkan sekarang ni penangkan tengah musin durian.

Bangun pagi2 terus bapa mertua ajak g pungut durian dekat dusun sebelah umah.. apa lagi ni memang kegemaran aku masuk kebun ni.. jom layan gambar operasi pungut durian tadi pagi.

durian balik pulau 1

D24, sanggup ikat pakai tali.. so kalau dah masak durian ni tak jatuh ke bumi.. di tergantung je.. hehehe.. amacam ada berani nak curi durian ni.. jgn nanti kena potong tangan. Durian ni bukan pak mertua aku punya.. yang ni durian jiran kebun bapa mertua aku.

durian balik pulau 2  durian balik pulau 3 durian balik pulau 5  durian balik pulau 4

Perjalanan menuju ke dusun durian.. sambil tu bapa mertua sempat menebas lagi.. aku pulak dah tak sabar nak pungut durian ni.. hehehe

durian balik pulau 9 durian balik pulau 6 durian balik pulau 7 durian balik pulau 8

Kali ni nasib baik.. sebab kira kamilah yang paling awal masuk kebun.. so dapatlah rasa keseronokkan pungut buah durian tu.. hehehe.. tahun sebelumnya pencuri durian masuk dulu

durian balik pulau 16 durian balik pulau 10 durian balik pulau 11 durian balik pulau 15

Sepanjang perjalanan masuk kebun tu pasti akan terjumpa sebiji buah durian yang dah jatuh… bukan sebiji je.. tapi berbiji-biji.. hehehe

durian balik pulau 18 durian balik pulau 12 durian balik pulau 17 durian balik pulau 13

korang tengok pokok-pokok durian yang penuh dengan buah dekat atas tu.. rezeki tahun ni banyak pulak buah durian ni… rezeki menantu ni.. hehehe

durian balik pulau 14

Haaa.. tu dia hasil pagi ni satu bakul.. memang terbaiklah.. balik dulu ye.. nak makan durian sat

Artikal Terdahulu

Catatan Popular Bulan Ini