Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Sayangku | Sekuntum Ros Merah Hadiah Dari Suamimu

12/18/2011 12:01:00 PG , 9 Comments

 

Salam Sayang & Rindu Buat Isteriku,

Buat isteriku yang sedang berpantang sekarang ini.. abg ingin mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan ke-2 kita sayangku.. Semoga Mahligai yang kita bina 2 tahun yang lalu akan berkekalan sampai ke Syurga.. Insyaallah amin…

Maafkan abg kerana tahun ini tiada hadiah istimewa dari suamimu.. hanya sekuntum Ros Merah ini sebagai tanda cinta & kasih sayang abang terhadapmu.. Terimalah hadiah ini dengan senyuman.. andai kau rindukan diriku ini.. ciumlah Ros merah itu sayangku.

Ros Untuk Tersayang Myvitrd

Kalau dulu kita hanya berdua.. tapi alhamdulillah atas kurniaan darinya kini kita telah bertiga.. semoga dengan kehadiran si comel Muhammad Harraz Fahim menguatkan lagi ikatan cinta yang kita bina selama ini.

Muhammad Harraz Fahim

Sebagai penutup kata yang tak berapa nak romantik ini.. terimalah dua rangkap pantun dari suamimu.

---------------

Anak itik mulailah terbang,

          Ambilkan dedak berilah makan,

Janganlah sayang merasa bimbang,

         Segala kehendak abang tunaikan.

---------------

Budak-budak membuang dedak,

         Penuh setimba di celah batu,

Berdua tidak, bertiga pun tidak,

         Kasih abang hanyalah satu.

…. Love U & Miss U Forever Sayangku

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

9 ulasan:

  1. tq sayangku..selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke-2 juga...love u forever syg...pandai abg berpantun ya,tak pernah pun pantun sblm ni,hehe...

    BalasPadam
  2. So sweet.. Semoga bahagia dunia akhirat tau...huhuhu

    BalasPadam
  3. @malarang_kak : he2 dulu dkt sekolah sbg juara pantun saja taknak tunjuk bakat.. Simpan untuk anniversary ke 2 kita.. He2

    BalasPadam
  4. ala seronoknya ada yang sayang.. ros merah tu tanda ingatan dan kasih sayang paling tulus...

    BalasPadam
  5. so suweett jerr...hihi neway selamat ulangtahun perkahwinan yang kedua bersama2 baby harraz...semoga perkahwinan kamu berdua kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

    BalasPadam
  6. Happy annivesary, moga kekal hingga akhir hayat, amin.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..