Sambungan Cerita Geng Talibarut Berpesta Makan

 

Salam semua,

Sekarang ni aku nak sambung balik cerita aku pasal GTBC ni yang berpesta makan di Sekinchan Ikan Bakar, Setiawangsa beberapa hari yang lalu.. kalau korang nak baca entri part 1 tu boleh baca di “Mesyuarat Agung Pertama Geng Talibarut Di Sekinchan Ikan Bakar”.

Tapi kali ni aku tak nak bebel panjang aku nak korang layan gambar je ye.. hehehe.

Sesi suai kenal 1 Sesi suai kenal 2

Sesi suai kenal antara GTBC & juga orang-orang penting Sekinchan Ikan Bakar

Dewan makan

Semua GTBC sedang berada di dewan makan sambil mendengar taklimat dari pengurus restoran.

Taklimat PengurusUcapan Akautan SekinchanUcapan Pemilik Sekinchan

Sesi taklimat dari Pengurus, Pemilik (Datuk Jamal) & Pegawai Kewangan Sekinchan Ikan Bakar

Blogger hadir 6 Blogger hadir 1 Blogger hadir 2 Blogger hadir 3 Blogger hadir 4 Blogger hadir 5

Ramai juga GTBC yang hadir.. korang kenal tak sapa yang ada dalam gambar dekat atas tu?

 Nasi Lemak sekinchan Nasi Lemak

Malam tu kami dihidangkan dengan nasi lemak untuk dimakan bersama menu-menu terbaru

Kari Ayam

Menu paling menarik hati aku.. sebab kari ayam ni memang kegemaran aku.. dan kebetulan rasanya memang sesuai dengan tekak aku.. SEDAP beb.. hehe

Sotong Sos A

Pari Sos A

Sos Jenis A ni warnanya merah.. rasanya pedas… dicampurkan bersama sotong & ikan pari

Pari Sos B

Udang Sos C Sayur Sos C Siakap Sos C

Sos Jenis B dihidangkan bersama dengan siakap kalau tak silap aku.. selain dari tu udang dan  sayur juga boleh dicampur dengan sos jenis B ni.

Kerang Sos D

Udang Sos D

Sos Jenis C dihidangkan bersama dengan kerang & udang

 

Menu Sekinchan 2

 Menu Sekinchan 1

Macam mana menu dekat atas tu menarik tak?

blogger menjamu selera

Time ni.. semua GTBC dah mula nak makan.. jadi gambar untuk part makan memang kuranglahkan sebab semua dok syok nak merasa menu-menu terbaru sekinchan ni.

Habis Makan

Orang ke jin yang makan ni.. licin semuanya… hahaha

Blogger bergosip

Time ni semua GTBC dah kenyang.. apa lagi bila dah kenyang mulalah berkumpul untuk bergosip.. sampai aku pon jadi bahan gelak ketawa dia orang.. hehehe.. selamat aku ni jenis sporting.. hehehe… Sorang lagi tu yang pakai baju biru (Mat Tiger) tengah sembang dengan manager Sekinchan… apa yang diorang borak pon aku tak tahu.. sebab time ni .. aku masih makan lagi.. hehehe.

Apa pon terima kasih kepada Sekinchan Ikan Bakar yang sudi menjemput kami mencuba menu-menu terbaru mereka.. paling tidak dilupakan rakan GTBC juga sdr Shakiddo yang memperkenalkan kita semua dengan Restoran Sekinchan Ikan Bakar ni.

Insyallah review Restoran Sekinchan Ikan Bakar akan menyusul nanti.. Teruskan bersabar menanti.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

  1. memang best jumpa reramai..ada ajer yang di sembangkan sampai rasa cam tak nak balik lah pulak

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..