Mesyuarat Agung Pertama Geng Talibarut Di Sekinchan Ikan Bakar

 

Salam semua,

Setelah beberapa bulan bersembang di alam maya akhirnya malam tadi Sekinchan Ikan Bakar di Setiawangsa menjadi saksi perjumpaan kami.. Walaupun tak semuanya hadir atas faktor kesihatan dan kekangan masa tapi alhamdulillah nak dikatakan lebih dari separuh Geng Talibarut ni datang.

Sebenarnya nilah kali pertama aku dengan cik malarang menjejakkan kaki ke kedai Sekinchan Ikan Bakar ni.. walaupun nak dikatakan setiap hari aku lalu kedai Sekinchan area umah aku dekat Segambut. Cerita lanjut Pasal Sekinchan Ikan Bakar ni, nanti aku akan buatkan review khas untuk korang semua.. tunggu tau entri tu.. :-)

GTB Sekinchan Ikan Bakar 1

Kalau ikutkan perjanjian semua Geng Talibarut kena ada dekat sekinchan ni.. jam 8.30 tapi atas faktor masalah cuaca hujan.. ramai juga yang sampai lewat.

Macam aku pulak terlewat dek kerana aku tersilap jalan masuk dekat KL.. emmm hampeh betul.. hampir satu jam aku redah jam nak buat u-turn.. selamat cik malarang tak naik angin… hehehe.. maklum jelah orang berbadan 2 ni.. ada angis kus-kus.. hehehe.

Sebelum sampai dekat kedai Sekinchan tu singgah solat magrib sat dekat Petronas area setiawangsa tu.. habis solat je.. tetiba phone aku berbunyi pulak… tengok-tengok Jejai call aku.. dalam hati pasal apa pulak ni.. dia dah sampai ke dekat Sekinchan tu?

Jejai : “Asalamualaikum Datuk” (dalam hati bila masa aku jadi Datuk ni… hahaha)

Myvitrd : “Waalaikumsalam Bos” (aku pulak panggil dia bos.. memang kenalah tu.. hehehe)

Jejai : “Ko datang ke dekat Sekinchan tu”

Myvitrd : “Insyaallah tengah ontheway, singgah solat sat”

Jejai : “Aku nak bagi sikit barang dekat wife kau” (la… bukan nak bagi barang dekat aku rupanya.. wife aku yang dia nak bagi.. huhu)

Myvitrd : “ok, terima kasih… terima kasih.. ”

Jejai : “nanti ko sampai call aku”

Myvitrd : “ok.. ok.. no problem”

Jejai : “Aku tak join korang, aku datang kejab je bagi barang”

Myvitrd : “apasal hang tak join?”

Jejai : “sebenarnya aku nak keluar dari Geng Talibarut ni” (dalam hati pasal apa jejai cakap macam tu)

Myvitrd : “hang biar betul bro?”

Jejai : “Aku dapat info sapa yang rapat dengan Geng Talibarut ni.. low class & susah nak masyuk” (dalam hati mata duitan juga ko jejai..)

Myvitrd : “Sapa pulak cakap dengan ko macam tu bro.. Mat tiger dah tahu ke?”

Jejai : “Mat tiger tak tahu lagi… sebab dialah punca segalanya” (dalam hati.. ko ni nak main tikam belakang ke Jejai.. sampai nak buruk2kan mat tiger pulak)

Myvitrd : “pulak dah… gosip panas ni..”

Jejai : “ kalau ko nak tahu sebenarnya Mat Tiger tu…. tut..tut.. tut… tuuu…tuuuuuuuu”

Myvitrd : “hello.. bro… hello… hello…, alamak putus pulak line telefon ni.”

Tulah antara perbualan aku dengan Jejai malam tadi sebelum aku sambung gerak gi Sekinchan ikan bakar.. korang nak tahu apa yang Jejai bagi dekat cik malarang… korang tunggu nanti entri dari cik malarang pulak ye.. hehehe.

Sampai-sampai je dekat depan restoran Sekinchan tu.. parking kereta dulu dan lepak dalam kereta sambil cik malarang layan FB… tiba-tiba cik malarang perasan Pengerusi Geng Talibarut lalu sebelah kereta bersama koncu-koncunya.. yang diiringin bersama Firdaus (bodyguard kak Ina).

Aku tak keluar kereta lagi.. tak lama lepas tu.. JMR lalu dengan pasangannya… wah bawa teman seh..

Lepas JMR lalu je terus aku keluar dari kereta menuju dekat meja dia orang.. tengok-tengok dah ramai yang sampai rupanya.. muka first yang aku tengok Bean Moreno dengan pasangannya.. dah tu aku tengok pulak mamat yang sedang online sapa pulak ni ye.. mcm aku kenal je.. oh… HazmanFadzil rupanya.. Sebelah dia ada sorang lagi pakai baju oren-oren kuning.. sekali dia toleh kebelakang.. lah nilah rupanya KID @ Shakkido.. first time jumpa ni.. hehehe.

GTB Sekinchan Ikan Bakar 3

Tak lama lepas aku duduk tu.. tiba-tiba ada sorang mamat pakai seluar pendek pulak datang.. sapa pulak ni.. oh.. Daydeck dengan pasangannya.. tapi pasangan daydeck bukan pompuan.. dia bawa lelakilah.. hehehe.

GTB Sekinchan Ikan Bakar 2

“BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH”

Macam panjang je entri ni.. aku stop sekejab boleh.. ambil nafas sat.. sat lagi nanti aku sambung part 2 ye… sebab banyak benda nak cerita ni.. Sabar ye.. banyak gosip panas yang kami sembangkan… hehehe.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

17 ulasan:

  1. cepat2 nak tahu pasaipa jejai cakap camtue? adakah jejai?


    p/s : hadiah dah pos. nt kalu dh smp inform ekk..sbb guna pos laju nie kdg2 prob juga.. =)

    BalasPadam
  2. hak3...ooo..je jai buat citer ya...meh2, kasi BB torch 9860 tu kat eden

    BalasPadam
  3. Mantop2! =D terasa rugi tak pergi semalam.. ape kan daya =(

    BalasPadam
  4. jejailah musuh dalam selimut dalam diam dia bukak stationery haha

    BalasPadam
  5. jejai tikam bontot [tikam belakang]

    BalasPadam
  6. perghhh.... menarik betul la citer panas JEJAI nie....patut la dia tak nak join kita semalam....

    BalasPadam
  7. urrghhhh nak ikut... nangis kat sini nie... huhuhuhuhu

    BalasPadam
  8. wah..! best nyer jadi geng tali barut.. ada borang kosong lagi tak...? hehe

    BalasPadam
  9. @far_east : hehehe.. Jejai kini jadi mangsa.. hehehe.. Tq ye post hadiah tu.. sangat2 di hargai

    @Eyriqazz : hehehe.. ni semua gara2 dia dah dpt BB torch 9860 tulah... dah tak geng dah dengan kita.. hahaha

    @Shahrul : Tulah cari2 juga hang tak datang rupanya.. makanan sangat banyak dan sedap bro.. hehehe.. takpe.. kak ina ada banyak kupon makan diskaun.. hehehe

    BalasPadam
  10. @Bean Moreno : hahaha... sekarang dia dah tukar kerjaya bro.. hehehe.. sejak dpt BB torch 9860 dan tak campur dah... hehehe (jgn marah ye Jejai)

    @Sw33tdarling : opsss.. bahaya tu... hehehe..

    @Hazman : hehehe.. sebab tu dia tak tunjuk muka.. takutlah tu.. hehehe

    BalasPadam
  11. @CiklilyPutih : takpe nanti kami pos ye.. hehe.. lagi sedap dari kari mamak beb.. hehehe

    @Zairiehusin : hehehe.. borang tak dapat cetak.. ink printer habis.. tengah order.. hehehe

    BalasPadam
  12. Each complete by Sekinchan Ikan Bakar Cafe there are so many individuals ready both within and outside.

    BalasPadam
  13. Hahahaha..Adoiiyaiiii...Kalo aku tak demam...memang aku tikam sorang-sorang depan-depan..tak tikam belakang dahhhh..wakakakaka

    BalasPadam
  14. @jai: nasiblh bro dah jd bhn ko dlm ni..he3

    BalasPadam
  15. makan free mestilah best kannn

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..