Salam semua,
Setiap ibu & ayah mesti nakkan yang terbaik untuk anak-anaknya, begitu jugalah aku dengan cik malarang telah mengambil keputusan untuk mendaftarkan nama anak, membuat tahnik dan mencukur rambut anak kami.
Muhammad Harraz Fahim nama diberi.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik apa yang kami rancang dengan bantuan seorang ustaz di kampung cik malarang ni untuk membuat tahnik dan juga mencukur rambut baby kami ni.
Sebelum membuat tahnik.. ustaz membacakan doa.
Gambar diatas menunjukkan ustaz sedang mentahnikkan Muhammad Harraz Fahim..bahan-bahan yang digunakan untuk membuat tahnik adalah air zam-zam, kurma, kismis dan madu.
Video Rakaman Tahnik
Habis sahaja membuat tahnik.. ustaz terus mencukur rambut Muhammad Harraz Fahim sampai botak licin.. rasanya kalau nak cukur kena orang yang dah biasa.. kalau tak memang susah sebab asik bergerak je baby ni.
Rambut yang telah dicukur tadi kami akan timbang dan nilaikannya dengan emas @ perak.. dan nilai berat rambut tadi disedahkan kepada orang miskin atau anak-anak yatim.
Video semasa mencukur rambut Muhammad Harraz Fahim
Tu dia rambut dah gondol.. licin habis.. tak tahulah bila boleh tumbuh rambut dia ni.. hehehe
Insyallah lepas ni.. tinggal nak sempurnakan aqiqah baby je.. insyaallah ada rezeki 2 ekor kambing akan ditumbangkan hujung bulan ni sebelum aku pulang ke KL.
Rasanya bila semua urusan dah selesai, balik KL pon bolehlah hati tenang sikit.. walaupun lepas ni akan merindui Muhammad Harraz Fahim & ibunya.
Info tahnik boleh baca disini








We observe many birth days of our national heroes. We observe the birth day of Mahatma Gandhi, Sarvepalli Radha Krishnan, and Nataji Subhas Bose and many others. Can we not observe the birth day of Shahjahan, the master of artist of Mughal Emperor who built the Taj Mohal, one of the Seven Wonders of the World and that too in a period when the technology was not developed.
ReplyDeleteWhy, so all of the emotionally unstable people in the world can live less of their life because of this knowledge? You need to think this through a bit, buddy.Thanks...
ReplyDelete