Maybank2u Dalam Aplikasi Android | Saya Dah Guna Anda Bila Lagi

12/22/2011 06:48:00 PTG , 4 Comments

 

Salam semua,

Tengahari tadi tengah aku buat blogwalking tiba-tiba ternampak entri yang ditulis oleh amanz.my berkenaan “Aplikasi Maybank2U Untuk Android Kini Sedia Dimuat-Turun Oleh Semua”.. Apa lagi lepas baca entri tu je terus terjah facebook maybank kot-kot ada info dalam tu.. dan sememangnya apa yang dikatakan oleh blogger amanz.my tu adalah benar.. buktinya dibawah ni.

maybank2u di Android

Rujuk facebook Maybank

Memandang sekarang aku adalah salah seorang pengguna Android.. jadi mana mungkin aku nak melepaskan peluang mencuba aplikasi baru dari maybank2u nikan.

Macam biasalah kalau nak test aplikasi kenalah download dalam Android Market.. dan hasilnya dibawah ni.

maybank2u android 1 maybank2u android 2

Masuk dalam Android Market dalam phone dan buat carian “Maybank2u” seterusnya Download

maybank2u android 3 maybank2u android 4

Sebelum download baca dulu apa kelebihan perisian Maybank2u versi Android ni..

maybank2u android 5maybank2u android 6

Tidak sampai seminit aplikasi telah berjaya di install pada Samsung Galaxy Note

 maybank2u android 6-1

Flash screen aplikasi Maybank2u Versi Android

 

maybank2u android 7 maybank2u android 8

Seperti biasa page utama memaparkan Username, Setelah username dimasukkan screen untuk memasukkan password pula dipaparkan

 

maybank2u android 9 maybank2u android 10

Setelah akaun berjaya disahkan menu utama memaparkan 5 pilihan iaitu, maklumat akuan bank, maklumat card kredit, bayaran, pindahan wang & topup untuk prepaid

Untuk kali ini aku mencuba untuk membuat pindahan wang ke akaun rakan sekerja.. dan pilihan <Transfer> <Favourite 3rd part transfer> menjadi pilihan.

maybank2u android 11 maybank2u android 12

Pilih mana-mana akaun yang hendak dipindahkan.. dan seteruskan masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan, Description & pilih From Account * (Akaun anda)

maybank2u android 13 maybank2u android 14

Tentukan tarikh bila wang tersebut nak di transfer dan pilih “Done” seteruskan untuk meneruskan pindahan wang tersebut pilih butang “Confirm” setelah semua maklumat betul.

maybank2u android 15 maybank2u android 16

Akhirnya wang berjaya dipindahkan ke akaun rakan.. paparan status “Successful” akan dipaparkan sebagai bukti wang telah dipindahkan..

Tidak lama selepas itu mesej susulah pengesahan akan dihantar melalui SMS sebagai bukti wang telah berjaya dipindahkan.

 

Ulasan Tentang Aplikasi :

- Sangat sesuai untuk pengguna yang selalu membuat transaksi maybank2u.

- Sesuai untuk skrin yang besar.. dan semua pengguna Android

- Daripada 5 bintang aku bagi **** bintang untuk aplikasi ini

 

P/S : Kepada rakan-rakan yang menggunakan device Android apa kata jom ramai-ramai mencuba aplikasi ini.. selamat berjaya dan terus menyokong aplikasi Android.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. teringin nak angkat android sebiji, tunggu le

    BalasPadam
  2. wow.... menariknya bro... ade rezeki dapat pakai android memang aku nak install aplikasi nie...

    BalasPadam
  3. I am developing an Android application and am trying to find a way to open media files from the SD card. How do I browse for files on the SD card within the application, then open them?

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..